Saturday, November 7, 2009

kenapa pelajar suka merokok di sekolah?


kalau nak difikirkan logik akal, kenapa la student2 ni tak merokok di luar kawasan sekolah kan? nak kata diorang takut kena marah, tak mungkinlah... sebab diorang ni bukannya habiskan masa kat rumah pun. lebih suka lepak dengan kawan2 kat shopping complex. tak pun, buang masa dengan kawan2 kat rumah kawan2 lain yang mak ayah nya bekerja ikut shif. betul tak? betul kan.. jadi alasan takut kena marah dengan mak ayah tu memang tak boleh diterima akal. eh, diorang ni takut ke dengan mak ayah? aku rasa tak takut kut.. kalau takut, mesti budak2 ni hormat kita (cikgu2 sekolah).


kalau melintas tandas student lelaki, mesti bau busuk. bau busuk gandingan mantap bau tandas dan bau rokok. aku gi kursus di sekolah2 lain pun sama juga keadaannya. semua sekolah ada masalah masing2. dan aku rasa kebanyakan sekolah yang lebih kurang sama taraf dengan sekolah aku ni mempunyai masalah yang sama. kenapa mesti ada bau rokok di sekitar sekolah? nak kata cikgu2 lelaki hisap rokok, aku jamin tak ada yang macam tu. pakcik jaga hisap rokok? takkan lah bau asap rokok dari pagar sekolah tu boleh berlegar2 di kawasan kelas kut.. ish.. tak logik... tak logik... pekerja kantin? ntah, tak pernah lagi aku tengah pekerja kantin hisap rokok. memang tak pernah. tak kira la kat sekolah mana pun. memang aku tak pernah tengok pekerja kantin hisap rokok rasanya.. rasanya la.... =)


masa aku ngajar di sekolah lama, ada seorang student tingkatan 4. nama dia farid. farid kata kat aku, "hari ni kantoi la cikgu.. tak pernah saya kena tangkap camni. dari tingkatan 1 sampai tingkatan 4, tak pernah kantoi, cikgu. hari ni pulak kena..." nak tahu kena apa? kena tangkap sebab tengah merokok. aku tunjuk isyarat 'bagus' kat dia. "padan muka awak". aku tak simpati pun. tapi, dengan ikhlas aku cakap, padan muka kat dia. banyak lagi kes2 macam ni. tak pernah kena tangkap, last2 dah hujung2 nak berhenti sekolah, kena. jadi, membuat kan aku tertanya. kenapa mesti merokok di sekolah kalau tak nak kena hukuman dari pengetua atau hem? kaji punya kaji, selidik punya selidik, aku dah jumpa jawapannya...


"kalau merokok di sekolah, dan tak kena tangkap dengan cikgu2 terutamanya cikgu disiplin, itu sudah dikira 'bonus' atau 'mata' untuk pelajar2 ni. mereka akan dianggap 'hero' oleh pelajar2 lelaki lain. hebat la tu....."


ulasannya begini. budak2 sekolah boleh je nak merokok di luar. kat kompleks membeli belah contohnya. tapi diorang tetap nak merokok jugak di sekolah. bukan sebab nak elakkan mengantuk dalam kelas (diorang ni bukan dari jenis yang nak belajar pun... hehe.. ), tapi saja nak jadi hero dan glamor dalam kalangan geng2 sendiri. siapa tak kena tangkap, dia dikira hero dan hebat. senang kan.... hm... ada siapa2 nak tambah..?

Saturday, August 15, 2009

sabtu = sekolah


hari ni hari Sabtu. hari yang sepatutnya aku dan rakan2 seperjuangan berehat2 di rumah bersama keluarga. tapi dah jadi sebaliknya pulak... kena sekolah.... haru..!

hari ni sekolah sbb nanti time cuti Deepavali, kita boleh cuti lebih satu hari dari sekolah-sekolah lain. bagus2...! jadi, tak boleh merungut la ni...

tapi tak ramai pun yang datang. budak2 form 3 lagi la tak ramai. diorang semalam dah last paper percubaan. lebih baik hari ni bergumbira di rumah. tapi untuk kelas depan2 tu, ramai je yang hadir. kelas2 hujung je yang berkeadaan 'normal' seperti biasa. kelas 3p4, sorang pun tak datang rasanya. kalau datang pun, diorang gi bengkel Bahasa Melayu kat Dewan Perpaduan kat depan ni ha... pendek kata hari ni, mmg tenang la... tak ada budak2 lepak kat kantin. maklumlah yang buas2 semua nya 'sakit'. jadi bila sakit, tak yah datang sekolah. yang tinggal hanya lah pelajar tingkatan 4 sbb diorang exam, ujian 2. tapi kelas2 yang takde paper hari ni, studentnya tak datang jugak... haha... bergumbira la semua orang...!

Thursday, August 13, 2009

H1N1...


semalam aku baca berita, kes terbaru H1N1 ialah kes 2 kanak-kanak dan 1 kes ibu hamil. dah melarat dah kes ni.. kat sekolah aku ni, student dah ramai yang pakai mask @ penutup mulut + hidung tu. bagus la kalau ada kesedaran. tapi masalahnya, yang pakai tu student2 yang sihat. bagus jugak untuk perlindungan. yang selsema dan batuk-batuk, tak nak pakai pulak. slumber je batuk dalam kelas. pehtu, biar batuk dan selsema tu bagi satu kelas dengar. diorang ni takde kesedaran sivik betul la...

tadi aku jaga kertas Matematik II, percubaan PMR. aku rasa semua orang boleh bayangkan keadaan kelas sekolah harian macam mana saiznya. tak besar mana pun. kita bukan sekolah swasta yang nak sediakan kelas besar-besar. dalam kelas tu ada 36 orang pelajar. 36 orang hadir dan semua juga boleh bayangkan susunan dalam kelas tu macam mana kan? padat. sempit. rapat2. yang jadi tak syoknya ialah ada seorang dua yang selsema dan tak nak pakai mask. aku naik angin betul la... hari Isnin hari tu, aku dah tegur sorang student kelas yang ni jgk. nasib baik baik hari ni dia pakai mask. tadi aku tegur jugak kawan dia yang tak pakai mask lagi ni. hm... elok aku lintas koridor je, member dia lagi sorang pandang2 senyum2 kat aku. salah aku ke tegur dia? .... ?

minggu depan exam tingkatan 4 pulak. minggu ni pun dah ramai tak hadir. minggu depan tak tahu la macam mana sambutannnya. sekolah aku ni, time tak exam mmg ramai tak datang. tapi minggu exam, penuh pulak kerusi-kerusinya. kadang2 aku ni sampai naik pelik bila masuk relief kelas. eh, tak pernah nampak pun muka awak ni..? member2 dia nanti akan tolong jawab. cikgu, dia ni mmg datang time exam je.. dan disambut oleh gelak ketawa beramai-ramai.. hahahaha...... nasib korang la.... jangan menyesal sudah la satu hari nanti...

Thursday, July 30, 2009

ppsmi...

ppsmi back to malay language? yahoo......!

tapi anak murid aku tetap tak paham aku ajar apa.... haha.... sbb? tak paham konsep awal sains masa sekolah rendah + menengah rendah dulu... alasan ke tu?

budak2 sekarang........!


ish2.... budak2 sekarang ni... macam2.... macam2 hal.... macam2 karenah.... macam2 lah...!
ada sorang budak baru masuk. dari sekolah lain. nak masuk sekolah aku. reason? sebab rumah dekat sikit cikgu, kalau pindah sekolah ni... hm... ye la tu makcik... aku terima je la.... nak buat camne, mmg ini pun sekolah paling dekat dengan rumah diorang ni..... sabar ye sam.....
dah la masuk dah lewat tahun, lepas tu memilih2.... ish... aku pun tengok la resultnya... result PMR. sebelum tu, aku tanya, keputusan PMR berapa ye? (tanya dengan muka yang manis tau).. ha? tak ingat la cikgu! apa? tak ingat? (terus muka garang, siap ngan suara garang2). lepas tu, dia tanya mak dia pulak... mak, berapa ye keputusan kakak? ada ke patut tanya mak... aku ingat boleh la dapat jawapan. sekali mak dia jawab, mana mak tahu. mana mak ingat. tu kan keputusan kakak!... aduh...., sama je la makcik oi dengan anak makcik ni... sama je la.... ! =(

pelik la parents sekarang ni... ada ke keputusan periksa anak2 tak ingat. kalau keputusan periksa kecik2 ok la tak ingat. ini keputusan periksa besar tau! aku rasa kalau mak aku pun, dia ingat lagi kut kalau orang tanya. 8A. hehe..... 1 more thing, dah jadi tradisi family aku, semua adik beradik mesti tahu keputusan kakak2 atau adik2 yang lain! wajib!

eh, ni bukan cerita reka2.. ini adalah kebenaran. tu tak masuk lagi cerita pasal student tanya bapak dia pulak. sama je dialog nya, cuma tukar perkataan mak tu ngan perkataan abah. pakcik pun sama la jugak ngan anak pakcik... mmg sama la....
lepas tu kan, bila dah mai sekolah aku tu, demand lebih la pulak.. nak kelas ni la, tak nak kelas ni la... subjek ni susah la... subjek ni ada keje kursus la... tengok la dulu keputusan korang.. aduh..... korang mmg tak suka belajar. tu alasan je tu. dan yang paling pelik jugak, mak ayah diorang ni cakap tak kisah. ambil la kelas mana pun, kakak yang nak belajar.. boleh ke... masalah nya, kakak ni mmg tak nak belajar dah. nak lepak2... nak senang2 pakwe.. nak senang2 jalan2.... hm..... budak2 sekarang..... mana nak belajar... alasan? ntah... banyak sangat... tak tau mana satu yang paling tepat.... budak2 sekarang macam ni la..... =(

Tuesday, June 30, 2009

transformers : the revenge of fallen

transformers : the revenge of fallen..! mms best sangat2! sangat best! dan mmg sangat best! hehe.....
korang mesti tengok cerita ni (untuk sapa yang mmg suka fiksyen la... sapa2 yang tak suka tu, jangan la pegi tgk..)! anak murid aku mmg jeles la... haha... padan muka korang semua! hihihihihi...........

Friday, May 29, 2009

cuti sekolah 2 minggu...! =)


hi.. mulai esok, semua pelajar di Malaysia akan memanjakan diri mereka sepanjang cuti sekolah ini selama 2 minggu... yuuhuu....!! best2!!


kepada guru2 Malaysia , selamat bercuti sekolah selama 2 minggu setelah 20 minggu memerah otak mengajar dan sekaligus mendidik anak2 pelajar kita.. =)


kepada anak2 pelajar Malaysia, selamat bergembira.. =) tapi jangan lupa homework korang, ok!


Thursday, May 28, 2009

kfc on friday..!


hari tu, bulan mac, ada 1st test. biasa la, awal2 tahun mesti buat 1st test. kalau tak, nanti takde TOV untuk student. hm... best ke ada TOV ni? aku janji ngan student2 ni, 'sape lulus science, saya belanja!" diorang tak percaya cakap aku... apa la....


jadi, pada bulan Mac itu, mereka pun ambil la exam tu dengan tenang. diorang ni mmg sentiasa tenang kalau amik exam! aku tak tahu la bila masanya diorang ni kelam kabut.. time ada serbuan handset, baru la aku tgk muka pucat lesi sorang2!


macam aku cakap sebelum ni, senang je tanda kertas diorang ni. tak menjawab. jadi, setelah dikira, ditolak, dibahagi dan didarab, ada la beberapa students yang lulus. tapi tak beberapa jugak la.. ramai jgk sebenarnya.. hu... menyesal? oh, tidak. mmg aku dah berniat dah pun... =)


oleh itu anak2 murid ku sekalian, kepada mereka yang lulus itu, cikgu menjemput kalian ke satu majlis meraikan korang mengikut maklumat seperti di bawah :


tempat : KFC Kamunting

masa : 3.30 ptg

(boys, make sure solat jumaat first ok! karang, tak pasal2 je kena kilat.. boom!)

pakaian : yang menutup aurat & bersopan


jumpa di sana.................! =)

Sunday, May 24, 2009

periksa pertengahan tahun = hampeh = aku tak pandai ajar ke?


last week, 19.5.09 exam paper biology form 4. 2 papers. aku dah habis tanda dah pun. cepat? haah, cepat sbb ramai tak jawab soalan. mmg senang sungguh jadi cikgu biology ni. tak yah amik masa nak tanda kertas exam. diorang tak nak jawab. ramai tak leh jawab soalan. paper 2 tu kut la susah. aplikasi. tapi paper 1 yang senang ciput tu pun diorang tak jawab. apa masalah diorang ha?


nak kata aku tak bagi tips? huh.. menipu! berdentam dentum aku bagi tips kat diorang. enzym, lipid, mitosis, meiosis. tu kan semua keluar exam tu.... kertas 1 lagi la senang. kalau baca, mesti boleh punya. trust me! aku bukannya kejam sangat nak bagi semua soalan susah.. aku pun kesian jgk kat diorang ni. tapi kan, 1 je la realitinya... diorang ni MALAS!


aku bagi soalan dwibahasa. abih, camna nak bagi english semua.. aku ajar pun campur2. nak ajar semua dalam bahasa inggeris? elok2 kepala aku sorang je pening sakit kepala nak translate semua term tu dalam bahasa inggeris, ngan anak2 murid aku sekali makin pening sakit kepala sbb nak translate back to malay.. hahahaha..... melampau la diorang ni... aku dah bagi dwibahasa pun masih tak boleh buat....


tapi tu la kan... diorang ni MALAS. aku tanya sendiri budak2 ni. sapa study biology untuk exam ni? (time ni aku dalam kelas, lepas habis exam) sorang pun tak mengangguk. kut mengangguk pun ada la 1 ke 2. yang lain = hampeh! then, i asked again. study tak biology? tak............ mereka menjawab beramai2. sengih2. sakitnya hati aku!!!


aku ni tak pandai mengajar kut...? diorang ni pun satu tau. dah aku tak pandai ajar, datangla cari cikgu biology lain kat sekolah ni. ada lagi 3 orang cikgu biology kat sekolah korang ni. korang je PEMALAS kan? kalau korang tak malas, mesti korang dah cari saya... cikgu ajar best, tak ngantuk, bla... bla... blah la korang! best konon! kalau best, tapi tak paham, lepas tu tak nak tanya, buat apa? lebih baik la korang gi main silat ke, berkawad ke, tu la berfaedah ye.... huh...


tension2... kena muhasabah ni.. kena tgk senior2 mengajar ni.... kena amik skil.. mintak2 la lepas ni aku terer macam cikgu tuisyen korang! hahaha....

Thursday, May 21, 2009

hari pertama sbg blogger...


thanks to mr. kathi. dia la yang ajar aku + cikgu2 lain hari ni macam mana nak create blog. ingatkan boleh guna yahoo nya email, tapi tak boleh ek? sejak bila tak boleh?

memandangkan suami aku pun ada blog, kakak aku pun ada, jadi aku pun kena ada jugak satu. mana aci diorang je ada. aku pun canggih apa....

nanti boleh la aku share cerita aku kat sekolah. cerita aku + pelajar2 ku, cerita aku + rakan2 sekerja ku... hm... korang tgk la nanti camna aku akan memporakperandakan cerita tentang dunia sekolah aku nanti! hahaha......

ok, c ya.... daa.....

welcome cikgubio83!




selamat datang cikgubio83 ke alam blog! yuuhuu .................