Friday, May 29, 2009

cuti sekolah 2 minggu...! =)


hi.. mulai esok, semua pelajar di Malaysia akan memanjakan diri mereka sepanjang cuti sekolah ini selama 2 minggu... yuuhuu....!! best2!!


kepada guru2 Malaysia , selamat bercuti sekolah selama 2 minggu setelah 20 minggu memerah otak mengajar dan sekaligus mendidik anak2 pelajar kita.. =)


kepada anak2 pelajar Malaysia, selamat bergembira.. =) tapi jangan lupa homework korang, ok!


Thursday, May 28, 2009

kfc on friday..!


hari tu, bulan mac, ada 1st test. biasa la, awal2 tahun mesti buat 1st test. kalau tak, nanti takde TOV untuk student. hm... best ke ada TOV ni? aku janji ngan student2 ni, 'sape lulus science, saya belanja!" diorang tak percaya cakap aku... apa la....


jadi, pada bulan Mac itu, mereka pun ambil la exam tu dengan tenang. diorang ni mmg sentiasa tenang kalau amik exam! aku tak tahu la bila masanya diorang ni kelam kabut.. time ada serbuan handset, baru la aku tgk muka pucat lesi sorang2!


macam aku cakap sebelum ni, senang je tanda kertas diorang ni. tak menjawab. jadi, setelah dikira, ditolak, dibahagi dan didarab, ada la beberapa students yang lulus. tapi tak beberapa jugak la.. ramai jgk sebenarnya.. hu... menyesal? oh, tidak. mmg aku dah berniat dah pun... =)


oleh itu anak2 murid ku sekalian, kepada mereka yang lulus itu, cikgu menjemput kalian ke satu majlis meraikan korang mengikut maklumat seperti di bawah :


tempat : KFC Kamunting

masa : 3.30 ptg

(boys, make sure solat jumaat first ok! karang, tak pasal2 je kena kilat.. boom!)

pakaian : yang menutup aurat & bersopan


jumpa di sana.................! =)

Sunday, May 24, 2009

periksa pertengahan tahun = hampeh = aku tak pandai ajar ke?


last week, 19.5.09 exam paper biology form 4. 2 papers. aku dah habis tanda dah pun. cepat? haah, cepat sbb ramai tak jawab soalan. mmg senang sungguh jadi cikgu biology ni. tak yah amik masa nak tanda kertas exam. diorang tak nak jawab. ramai tak leh jawab soalan. paper 2 tu kut la susah. aplikasi. tapi paper 1 yang senang ciput tu pun diorang tak jawab. apa masalah diorang ha?


nak kata aku tak bagi tips? huh.. menipu! berdentam dentum aku bagi tips kat diorang. enzym, lipid, mitosis, meiosis. tu kan semua keluar exam tu.... kertas 1 lagi la senang. kalau baca, mesti boleh punya. trust me! aku bukannya kejam sangat nak bagi semua soalan susah.. aku pun kesian jgk kat diorang ni. tapi kan, 1 je la realitinya... diorang ni MALAS!


aku bagi soalan dwibahasa. abih, camna nak bagi english semua.. aku ajar pun campur2. nak ajar semua dalam bahasa inggeris? elok2 kepala aku sorang je pening sakit kepala nak translate semua term tu dalam bahasa inggeris, ngan anak2 murid aku sekali makin pening sakit kepala sbb nak translate back to malay.. hahahaha..... melampau la diorang ni... aku dah bagi dwibahasa pun masih tak boleh buat....


tapi tu la kan... diorang ni MALAS. aku tanya sendiri budak2 ni. sapa study biology untuk exam ni? (time ni aku dalam kelas, lepas habis exam) sorang pun tak mengangguk. kut mengangguk pun ada la 1 ke 2. yang lain = hampeh! then, i asked again. study tak biology? tak............ mereka menjawab beramai2. sengih2. sakitnya hati aku!!!


aku ni tak pandai mengajar kut...? diorang ni pun satu tau. dah aku tak pandai ajar, datangla cari cikgu biology lain kat sekolah ni. ada lagi 3 orang cikgu biology kat sekolah korang ni. korang je PEMALAS kan? kalau korang tak malas, mesti korang dah cari saya... cikgu ajar best, tak ngantuk, bla... bla... blah la korang! best konon! kalau best, tapi tak paham, lepas tu tak nak tanya, buat apa? lebih baik la korang gi main silat ke, berkawad ke, tu la berfaedah ye.... huh...


tension2... kena muhasabah ni.. kena tgk senior2 mengajar ni.... kena amik skil.. mintak2 la lepas ni aku terer macam cikgu tuisyen korang! hahaha....

Thursday, May 21, 2009

hari pertama sbg blogger...


thanks to mr. kathi. dia la yang ajar aku + cikgu2 lain hari ni macam mana nak create blog. ingatkan boleh guna yahoo nya email, tapi tak boleh ek? sejak bila tak boleh?

memandangkan suami aku pun ada blog, kakak aku pun ada, jadi aku pun kena ada jugak satu. mana aci diorang je ada. aku pun canggih apa....

nanti boleh la aku share cerita aku kat sekolah. cerita aku + pelajar2 ku, cerita aku + rakan2 sekerja ku... hm... korang tgk la nanti camna aku akan memporakperandakan cerita tentang dunia sekolah aku nanti! hahaha......

ok, c ya.... daa.....

welcome cikgubio83!




selamat datang cikgubio83 ke alam blog! yuuhuu .................