Monday, April 10, 2023
Pindah ke Kota Kinabalu 2020
Tahun 2020 adalah tahun yang dinantikan oleh satu dunia (aku rasa) sebab nombornya yang cantik. 2020. Ramai yang rancang nak kahwin, dan ramai juga yang rancang untuk melahirkan anak pada tahun 2020.
Tapi rancangan dari Yang Esa itu lebih baik. Hadirnya Covid 19 di penghujung 2019 tapi kesan ketara bermula pada awal 2020. Lebih kurang dari Januari ke Februari, akhirnya semua sekolah bawah kelolaan KPM dicutikan bermula daripada cuti sekolah. Kami semua sempat ke Kota Kinabalu untuk bercuti (sebab Din dah mula bertugas sebagai Pemangku KOMPAK dan CO KD SKK di PTKK bermula Januari 2020) dan akhirnya terus melepak di CM32 sehingga Jun/Julai. Din terus ke Pernama, belikan mesin basuh, peti ais dan tv, dan pasang Unifi.
Bermula juga pembelajaran maya - online teaching and learning. Aku di KK, mengajar pelajar di Tawau. Bilangan pelajar yang boleh online pun terhad sebab bukan semua ibubapa mampu sediakan telefon bimbit dan line telefon untuk anak-anak pada masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Ramai yang diberhentikan kerja sebab syarikat/kedai ditutup bawah arahan ni. Nak kurangkan penyebaran Covid19. Doktor dan jururawat semua ber'PPE'. Masa genting ni, ramai kakitangan kesihatan, ATM, Polis etc bekerja siang malam di pintu sempadan, sekatan jalan raya (tak dibenarkan merentas daerah dll kecuali sebab yang terdesak). Everybody in home. Work from home. Bonding time masa ni MasyaAllah....., sangat erat bagi yang memanfaatkannya. Solat berjemaah, Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di rumah masing-masing. Din jadi imam dan bacakan khutbah. What a lovely memories! Tapi untuk kebanyakan keluarga yang pendapatan tidak menentu, PKP ni jadi menyeksakan. Ada yang tiada pendapatan sebab gaji harian, jadi ramai yang membunuh diri. Ramai yang menyeksa isteri dan anak2. Talian Nur jadi iklan untuk seketika. Seksanya masa tu, ramai yang terkorban dalam perasaan dan desakan hidup.
Anak-anak hilang fokus pada pelajaran. Semangat hilang, yang ambil SPM hilang fokus. Untuk keluarga yang terkesan dengan PKP (anak-anak yang hanya boleh harapkan sekolah sahaja untuk belajar), jadi susah untuk belajar sebab tak mampu nak adakan telefon bimbit dan talian internet. Soalan SPM pun diolah supaya dapat bantu calon SPM. Masalahnya, calon-calon pun tak ramai yang dapat belajar kecuali yang betul-betul mampu untuk belajar ja. Jadi, bantuan dari LPM tu macam tak boleh nak gunakan untuk semua calon.
Subscribe to:
Comments (Atom)