kurang dari seminggu, umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidilfitri 2014. kali ni aku beraya di Lumut. sabit mak mentua masuk wad di sini. perancangan awal, aku dan anak2 akan beraya di Sg Relong. tapi apakan daya. Allah itu sebaik2 perancang. mak din datang Lumut isnin lepas dan terus warded. mmg patut warded pun sebab keadaan dia sangat teruk.
emak mentua aku dalam keadaan tenat (bagi aku). jaundice dia makin teruk. Doktor tanya, kenapa lewat sgt baru hantar? nk jawab macam mn ya... sejujur aku, jawapan aku mudah. depa lari. sendiri. saat menunggu giliran untuk diperiksa, kedua2nya setuju untuk tidak menerima rawatan. jadi, macam mana ya reaksi suami dan aku? merelakan dalam terpaksa. terpaksa sbb kami juga sibuk kedua2nya. aku? kesibukan aku tidak lah melampau. tapi keadaan din yang terpaksa berdepan dengan work out kd kinabalu, membuatkan kami satu keluarga tidak berpeluang pun untuk menjengah balik ke kelantan. ~ usah persoal kenapa lewat hantar ~
sekarang keadaan mak mentua nampak sangat daif. din belayar 6 hari. semalam dah mula cuci darah. mri kata semuanya ok kecuali ada sesuatu yang menyumbat saluran ke hati. sebab tu kuning nya tahap serius. letih aku tgk keadaan dia, aku pasti dia lagi letih menerima keadaan diri sendiri macam tu. luluh hati aku sejak aku tgk dia masa sampai ke wad kecemasan HAT minggu lepas. rasa nk menjerit dan menangis tepi dia sekuat2 mungkin. kenapa pilih jadi macam ni? kenapa?
din mmg tak seberapa nak masuk campur. takut. takut bergaduh. takut dimarahi. semuanya tentang ketakutan menerima sumpah. sumpah ibu bapa sendiri. sumpah ibu bapa kebiasaannya mmg menjadi kenyataan. ~ doa elok2 ya sam... ~