ni dah masuk minggu ke 4 dah rasanya cuti sekolah ni... minggu dpn kena gi sekolah untuk dengar taklimat SBPA. hoho.... adli nak duk ngan sapa ni... nak bwak gi sekolah ke nak tinggalkan kat suami? hm....
selama bercuti ni, puas betul tgk adli membesar depan mata. makin macam2 perangai comel dia. geram betul! nak gigit2 je rasanya! din pun suka setiap kali main ngan dia. dah macam2 dah ingat skang ni. lagu burung kakak tua (dah lama hafal), abc (hafal lama dah), 1 2 3 (pun dah lama hafal). skang ni hafal anak itik tokwi, one two three, tepuk amai2.. hehe... comel! banyak jugak yang dah rakam. buat kenangan! hm... i love u, son!
Wednesday, December 14, 2011
Thursday, November 24, 2011
mak cuti 1 bulan, 2 minggu..! best!
cuti sekolah dah mula minggu ni. hari ni dah hari ke4 aku kat rumah, layan anak dan suami sepenuhnya... best! bahagianya rasa...
tapi suami pulak minggu depan dan minggu lagi 1 tu still sibuk... mesti jadi camni tau every year. time anak2 cuti sekolah, ayahnya mesti sibuk memanjang. ada audit la, itu la, ini la. din pun dah bising. kenapala mesti buat audit betul2 hujung tahun. kenapa la 5S pun mesti buat betul2 hujung tahun... buat la awal sikit. ofis kan beroperasi sepanjang tahun. bukan cam sekolah. hujung tahun takde sapa kat situ kecuali pentadbir ngan orang pejabat je..
plan dah ada untuk cuti tahun ni. last year, gathering kat melaka. this year, ada family day kat tambun lost world. tahun ni datang adli dah besar sikit. boleh la main2 air dengan gembiranya bersama bapak. mak? duduk diam kat tepi kolam je la sambil jaga barang.. huhu....

Friday, November 11, 2011
adli demam..!
anak aku demam. semalam lagi dah demam. kul 2.30 pagi dia kejut aku bangun. panasnya! aku terus jerlum kepala dia. tapi still kuat la demam dia. kul 5.30 pagi, dia bangun lagi. kali ni taknak tidur. layan dia kejap sampai la dia tidur balik lebih kurang kul 6.30 pagi. kesiannya.. dia dah lama tak demam.
aku tgk gigi no. 17 dia dah keluar skit2. demam sbb nak keluar gigi ke? time aku rasa dahi dan tahu dia demam tu, ada instinct lain sikit. adik ni nak jalan kut! hehe.. tapi nampak gayanya macam demam gigi je. kalau betul demam gigi, alhamdulillah. aku takut demam sbb dia jatuh katil last week. risau betul la! doktor cakap kalau jatuh2 ni, kesan dia akan dapat rasa dalam tempoh 6 bulan. huh... lamanya nak pastikan adli betul2 sihat dan selamat.. ya Allah, sihatkan lah anak aku.. amin...!

Thursday, November 3, 2011
kesalan yang tak akan aku lupa!
kenapa aku cuai? kenapa aku mesti ambil ringan setiap perkara yang aku sendiri tahu kemungkinan kecelakaannya? kenapa mesti aku terus berperangai macam tu walaupun aku sendiri tahu kemungkinan perkara2 buruk tu akan berlaku. dan sikap ni berulang kali diulang-ulang........ ya Allah, kuatkan semangat aku untuk sentiasa berubah menjadi yang lebih baik dari segi ibadah ku... amin....!
Friday, October 28, 2011
dah Jumaat dah..........
last day untuk bergembira betul2 ni.. esok, ahad, dan isnin, saya sudah mula bekerja... adoiya... dah keje balik dah....
adli dah bangun! babai....
adli dah bangun! babai....
Monday, October 24, 2011
cuti 1 minggu!
hari ni start cuti 1 minggu sempena deepavali. sekolah lain kebanyakannya cuti 1 hari je. tapi sekolah pangkor cuti 1 minggu. haha... mesti dah jenuh ganti cuti awal2 tahun haritu.. hoho... cuti seminggu ni memang best, tapi ada jgk yang tak bestnya nanti. time raya haji cuti 1 hari je... tak dapatlah gi tgk korban. kendurikan daging korban.
mak dah start kemoterapi + radioterapi hari ni. then, continue for 45 days! lamanya kan... semangat mak kuat, mungkin sbb bakal kehadiran cucu yang ke2 kut awal tahun depan. he... mintak2 la girl! best kan... hm... =)

Wednesday, October 12, 2011
hm... bestnya...!
semalam baca blog wawa. dia skang stay kat australia kut. teman husband buat phD kat sana. husband dia celebrate birthday dia grand. banyak suprises.. hehe.. boleh ke request camtu kat suamiku.. hihi.. seganlah! takkan nak request kan..
Tuesday, October 11, 2011
s/u kelas elit?
semalam mr. lee nak jumpa aku kat ofis. nak bagi good news. hoho.. ingatkan dapat tukar ke smk pangkalan tldm, rupa2nya nak tambah skop kerja/fail meja aku rupanya... hehe... dengan rasminya, semalam @ 10.10.11 aku dilantik menjadi s/u kelas elit. walaupun sebenarnya takde pn surat lantikan yang betul2.
aku terus pergi tempat solat nak solat zohor sbb lepas tu ada meeting kul 2.15 ptg. nasib baik la ramai senior kat situ. aku terus tanya kelas2 elit yang ada kat smk pangkor ni. mak ai... ada 5 kelas. tapi setiap tingkatan ada 1 kelas je yang elitnya. yang lain2 tu bukan. he...
so, lepas ni kena buat betul2 ni kerja ni. kalau tak, mesti kena bambu ngan yang lain2 ni.. maklumlah, cikgu agresif la katakan!

Monday, October 10, 2011
serang... perang!
aku isi borang pindah secara online. mintak tukar ke sekolah2 daerah manjung. dapat ke tak, tak tahu la... kena tunggu lagi sebulan. then, dapat la tahu. kalau dapat sekolah pangkalan tldm kan best...?
minggu lepas ada LADAP. aku jadi penceramah bertauliah selama 30 minit. inti pati kursus 3 hari 2 malam aku simpulkan dalam 30 minit ceramah tu. haha... kelam kabut jadinya. lantak lah janji kerja tercapai dan bagi aku, objektif pun tercapai jgk rasanya. sbb rata2 paham kut dengan kuliah setengah jam aku tu.
pengetua kata aku serang dia! haha... adakah dia tercabar sehingga nak call ppd manjung dan mintak aku dipindahkan dengan kadar segera? hehe.. pada pendapatnya aku ni cikgu agresif. ye ke..? mungkin kut sbb banyak kali jgk aku jumpa dia untuk mintak itu ini. keadaan yang berbeza kat sini menyebabkan aku rasa aku patut bersuara. bukan tak pernah mengajar di sekolah lain. sebelum ke sini, dah 7 orang pengetua rasanya aku pernah kerja sama-sama. tapi tak pernah lagi la jumpa yang macam ni.. hehe.... cabaran2!
jadi, aku dengan rasminya akan memulakan PERANG ke atas dia.. sbb? dia kata aku selalu SERANG dia!

Thursday, September 29, 2011
best ke kursus kat luar negara?
ntah kali ke berapa pun tak tau la ayat kat atas ni berlegar kat ruang pemikiran kepala aku ni. best ke kursus kat luar negara? kenapa mesti kat luar negara....? sebab kita takde kepakaran tu? mungkin tepat!
suami a.k.a khairuddin mungkin terpilih untuk kursus kat US next week. 2 months. huh... rindunya nanti.. teringat pulak time kekasih hatiku ni pegi kursus kat India last 2 years. 8 months. seksanya rasa... tapi tak terasa sangat sbb aku duk ngan mak time tu. malam2 mesti online. guna YM, guna skype. memandangkan akunya laptop takde webcam, aku pun beli la camera portable tu... nak tgk muka dia malam2... aku ngajar petang. jadi malam2 kul 12 baru online sbb kat India baru kul 10 mlm. tidur dalam kul 1.30 - 2.00 pagi. kul 5.15 pg bangun sahur. then, sambung tidur! haha.... tapi sekarang, camne? ngajar pagi. ada adli lagi. tak boleh dah la kut nak buat semua2 tu.
pasrah nya...... redha je la sam... kali ni hadapi la susah payah tu bersama adli. semoga dipermudahkan hidup aku selama mana tempoh 2 bulan ni.. jangan2 la adli dapat penyakit teruk2... semoga keadaan emak pun stabil... amin....

Wednesday, September 28, 2011
pertukaran guru online
esok hari last untuk sesiapa yang nak berpindah sekolah isi borang tukar secara online. cikgu sekolah ni rata2nya nak mintak tukar. but still have many of them that still want to work here. hehe...
aku? sehingga saat ni masih belum buat keputusan walaupun rasa2nya keputusan tu dah lama buat.
mak start chemotherapy on October till November, might be. and after that, i'm not sure where she will stay. KL or Taiping. that keeps my brain thinking and thinking. a lot of thinking. hubby said, move! realizing there is always chances for him to posted back to ship. ship means sailing and sailing and sailing........ my youngest sister said, no! stay Lumut. she can take care of mak. she worries if she cannot take care of my Saiful Adli very well.
I said, CONFUSED!

Tuesday, September 6, 2011
selamat hari raya aidilfitri 2011 1432H
salam.... selamat hari raya! hehe.... hm.. raya tahun ni tema oren. mcm last year, din sama ngan adli. aku sorang2.. haha.. takpe, nanti ada anak ppuan mesti sama ngan aku! tak sabar nak anak ppuan plak... he....
raya tahun ni giliran kelantan. pehtu balik ke kl. tahun ni tak raya ke kamunting pun sbb ibu rumah @ mak ada kat kl. mak baru selesai operate kepala. nampak ok tapi bila makan ubat (doktor tambah dos), terus tangan bengkak2 and mak jadi tak larat. aku suggest kat yong to reduce the number. tapi tak berapa berani. doktor pun tak berani nak kurangkan kuantiti ubat tu.
tahun ni cuti seminggu. suami pun seminggu jgk. tapi nak dijadikan cerita, aku + suami cuti hampir 2 minggu sbb adli sunat!

Wednesday, August 3, 2011
ramadhan ke 2 bersama adli, ke 4 bersama suami.. =)
tak sabar nak raya! haha.....
sekolah pangkor balik macam biasa walaupun di bulan puasa. kakitangan kerajaan lain pun aku rasa ada rebat 1 jam time bulan puasa ni. takde rezeki la aku nak memasak kat umah sbb sangat penat bila dah sampai rumah. rasa nak baring dan rehat sepanjang petang. nak bangun time dah azan maghrib je. boleh tak? i'm still waiting for the time i can cook during this year fasting month..

Tuesday, July 12, 2011
kadang2 semangat.. kadang2 tak semangat!
minggu ni sebulan la aku kat sini. lebih tepat lagi, esok genap la aku sebulan mengajar kat sekolah ni.. macam2.... dah rasa penat dah ngajar sini.. camne nak buat ni.. huhu...
khamis ni aku kena pegi teluk intan. ada kursus kat sana sehari. lebih kurang 70km daripada rumah. stat kursus kul 8 pagi. aku gerak kul 7 pagi la kut. mmg akan sampai lambat, tapi aku nak gerak lambat jgk! lantak la... tak paham la kenapa mesti buat kursus gabung sampai 3 daerah. dah kena travel jauh2... jpn ni mmg nak menanggung keselamatan pergerakan kakitangan ke.. tak paham la... langkah penjimatan? mcm tak praktikal je dalam kes macam ni...
kadang2 rasa semangat time melangkah masuk ke sekolah ni.. tapi pada masa yang sama masih rasa tak semangat di celah2 semangat yang ada tu. dah 3 sekolah aku mengajar sejak jadi ppps dg41 ni. sekolah pangkor adalah sekolah yang paling mencabar. mencabar kewibawaan aku yang bergelar seorang cikgu. kewibawaan seorang yang mempunyai cita2 besar dalam bidang perguruan. aku sememangnya berminat 100% sejak dari sekolah rendah untuk jadi cikgu. aku nak jadi cikgu yang baik, cikgu yang berkesan, cikgu yang berjaya di dunia dan akhirat, cikgu yang mempunyai anak2 yang juga berjaya di dunia dan akhirat. tapi bila aku ditugaskan di sini, semua semangat tu semakin pudar aku rasa... aku rasa nak berhenti kerja! perkara yang sering aku rungut bila bersembang dengan suami...
nak berhenti kerja...! mana pergi semangat2 tu....?

Friday, July 8, 2011
adik, jalan la cepat..!
rasa2nya minggu ke4. ntah2 dah minggu ke5 kan.. haha... semalam bawak adli g hospital taiping untuk checkup buah pinggang. mcm biasala... alhamdulillah untuk kesekian kalinya pada Allah kerana tiada lagi masalah pada buah pinggang adli. alhamdulillah...
aku bersembang dengan Dr Saiful Rijal, pakar kanak2 kat hospital taiping. he is a really good man and doctor. serious! saje share cerita anak aku tak berjalan lagi. doktor kata kita kasi dia lagi 2 bulan untuk berjalan. then, kalau takde perkembangan, kita mungkin try kaedah lain. hm... macam2 ek budak2 ni.... hehe.. anak aku la tu...
doktor kata lagi, kalau baby dah mencecah umur 1 tahun, dia mmg akan gayat lebih lagi untuk berjalan. hehe... so, takde la terkejut sangat kut. kalau ikut yong pun, mmg jalan lambat. 1 tahun 5 bulan baru jalan. adli now is 1 year 4 months. jadi, on December 2011, there will be another appointment to see the progressive. he... mintak2 la time adli dah berjalan.
adik, jalan la cepat....!

Tuesday, June 21, 2011
adli.... mak rindu adik!
rindunya kat anak teruna aku yang seorang tu.. rindu sangat2 walaupun pagi tadi aku baru je jumpa dia sebelum aku gi sekolah. alah... time jumpa tu pun dia still tido.. rindunya kat anak aku tu! rindu sangat2... walaupun bila dah berjumpa aku tak la bermain sepenuhnya dengan dia, tapi aku masih hargai kehadiran dia di sisi aku.. i miss him... really miss him...
semenjak aku posting di pangkor ni, aku rasa sunyi sangat2.. bermula dengan langkah pagi bangun subuh dan mandi, aku dah mula rasa sunyi dan sepi... semua ni terjadi lepas aku berada di sini.. kenapa mesti diteruskan perasaan macam tu cikgu? kenapa?
semuanya kerana saiful adli bin khairuddin, permata hati mak yang ditinggalkan selama 9 jam secara puratanya bersama pengasuh yang paling mak percaya...

Monday, June 20, 2011
minggu ke2 di pangkor
ada lagi 19 minggu yang suram untuk dihabiskan di daerah manjung. suram? sorry... terlalu awal ke untuk menyatakan minggu2 akan datang ni adalah minggu2 yang suram? tak tahulah....setakat yang ada ni, mmg lah suram... kenapa perlu jadi suram?
Tuesday, June 14, 2011
sekolah baru..
salam... lama betul tak menulis dalam blog ni... sekarang kat sekolah baru. smk pangkor. apa la yang ada di sekolah ni? tak tau la nak cakap apa yang best kat sini... apa yang pasti, cabaran di sini jauh lebih hebat dari sekolah2 yang sebelum ni aku mengajar. tapi, masih ada sesuatu yang sekolah2 lain ada tapi takde di sekolah ini....
Subscribe to:
Comments (Atom)