Sunday, May 6, 2012
hm... sunyi dan sepi.....
25hb april 2012, mak meninggalkan dunia ni. mungkin telah berjumpa bapak di syurga sekarang.. tinggal lah aku & adik beradik yang lain. 4 orang dah berkahwin, ada lagi bongsu yang belum ketemu jodoh. semoga dipermudahkan urusan jodoh dia.. amin...
dengan automatiknya, cuti separuh gaji aku terbatal dengan sendiri. minggu lepas dah bermula balik kerjaya aku sebagai cikgu kat smk pangkor. huh... rasa tak nak bangun pagi khamis tu. malasnya.... nak dijadikan cerita, feri pun pagi tu tersangkut2 sbb air surut. jenuh jugak rasanya pemandu feri tu menggunakan semua kemahiran dan pengalaman dia. bila dah sampai kat jeti pangkor, terlanggar jeti pulak. rasa macam dalam kemalangan jalan raya. bezanya ni kemalangan laut. senget2 feri. cikgu2 perempuan rata2nya menjerit. kedengaran suara melawak rakan2, ni sbb nak sambut sam datang sekolah ni. haha.... nampak sangat aku tak sesuai kat pangkor tu!
pagi tadi hantar din pergi kdsi, naik bas ke kuantan untuk belayar. huh.... mengeluh lagi! rindunya kat dia.... di saat2 kesedihan melanda seluruh jiwa aku ni, din pulak takde depan mata.... semoga dia selamat pergi, selamat di sana dan selamat pulang ke pangkuan aku dan anak2... amin....
Subscribe to:
Comments (Atom)