Friday, November 7, 2014

pt3 dan kesannya

hari ni aku mulakan pantauan pt3 sains dengan sekolah kdsk. sekolah baru dengan bilangan pelajar tingkatan 3 nya 138 pelajar.
bagus budak2 sekolah ni. masalah disiplin biasa ttp ada, tapi kesungguhan untuk mencuba menjawab soalan tu mmg dikagumi. biar cuba sedaya upaya, janji jgn mengalah sebelum tiba masa. hah...! dh macam pantun dah aku rasa. haha....
ada lagi 4 buah sekolah menanti. menanti untuk ditaksir dan disahkan penandaan@penskorannya. macam2 istilah aku belajar sejak jadi pentaksir pt3 ni. macam2... ilmu... mesti digali dan terus digali.. jangan tunggu saja orang tawarkan. betul?
KBAT ; kemahiran berfikir aras tinggi. mmg diterapkan dalam soalan2 pt3. sejujurnya aku mmg sokong 100% KBAT ni. soalannya mmg susah. tp perlu diterapkan dari sekarang atau pun dari dulu lagi. ~barang yang lepas jangan dikenang~
rata2 cikgu kt Malaysia mmg tak bersedia dengan KBAT. sama macam aku. gambaran KBAT datang dari PISA (sbb sekolah aku ambil ujian PISA saja. TIMSS tak ambil). bila dirujuk2, mmg idea bentuk soalannya begitu. perlukan murid2 untuk berfikir 360 darjah.
komen dari pentaksir negeri : soalan2 peperiksaan di Malaysia terlalu longgar. terlalu memfokus. tidak seperti di negara2 maju lain, soalannya lebih kepada pemikiran. contoh ; beri 2 cadangan untuk mengatasi masalah pencemaran udara. jika di negara maju, berikan cadangan untuk mengatasi masalah pencemaran udara. walau pun dgn perkataan 2, ia mampu memberikan pelbagai jawapan yang datang daripada pelbagai latar belakang murid. kebanyakan soalan KBAT menitikberatkan 'cause and effect'. KBAT melatih murid untuk berfikir kenapa jadi dan apa kesannya.
jadi, sediakah kita (guru2 dan ibubapa) dengan KBAT?

Thursday, September 25, 2014

cabaran pt3

hari ni aku kna pantau (chewah....) 5 buah sekolah bawah seliaan aku untuk subjek sains pt3 2014. alah..., kursus yang 3 hari 2 malam yang aku gi kat klang tu. ini lah rentetan perjalanannya... hiargh...!

dari semalam duk baca berulang2 kali tatacara pergi ke sekolah2 dan cara untuk mengendalikan pt3 ni. macam2 dalam kepala. kalau soalan bocor macam mn? kalau soalan tak cukup macam mana? kalau tulisan tak jelas macam mana pulak? hish.... semuanya gara2 cikgu jgk yang kna g observe penyediaan instrumen. mujur soalan2 dibekalkan dari lembaga peperiksaan.. lega haih.....

ada sekolah yang ink printernya macam dah nak habis. dah semput2. bahagian tengah soalan dah nak pudar. tapi gambarajah masih memuaskan. ada sekolah yang dakwat printernya marvellous. sbb baru ganti ink. dengan gambar2 belakangnya sekali print. ada sekolah yang pengetua nya ada. ada sekolah yang pengetuanya takde. pandai2 lah kome nak dapatkan tandatangan pengetua kome ye... kerja aku hanya pastikan kesemua instrumen dipasanga dengan betul dan menepati standard keprintiannya... haha.....

geng2 aku semuanya amik 2 hari untuk setelkan sekolah2 depa, aku setel semua hari ni. sekolah dekat2. takkan nk amik spai 2 hari. depa ya la... hari ni ke hulu, esok ke hilir. mileage aku 40.0 km jah! letih weh...hihi... tgk lah nanti bayk mana dapat claim... kuikuikui....

tunggu bulan november pulak ye.... nanti saya datang lagi ke sekolah tuan2 dan puan2 ya... babai...

Sunday, September 21, 2014

wasiat dan kehendak...

beberapa hari sebelum menjelang hari raya aidilfitri tahun ni, emak mertua aku meninggal dunia di hospital angkatan tentera lumut. din belayar masa ni. tapi alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah untuk dia masuk balik ke jeti dan mengadap maknya sebelum menghembus nafas terakhir di sini. rezeki emak mertua aku - meninggal di lumut. bukan di kuala kangsar, baik di jeli atau di rumah anak2nya yang lain. aku dan anak2 kat luar wad. waiting there. budak2 main masa tu. bersama2 dgn sepupu2 mereka.

it has been a very long story - a sad story (actually). din belayar ahad sebelum tu. he had to. no excuses. without him, the ship cannot sail. from what happened during my mother in law was here, give us a very high lesson to remember. a lot.

few months before her dead, she told my husband to take her house lot in kamunting. as a gift. tapi din, diam ja. angguk tak, geleng pun tak. aku tak tahu pasal ni. satu hari tu, arwah mak mertua bgtau kat aku pulak. aku terus tanya. kenapa. bila aku cerita benda ni kat din, dia kata dia dah tau. 'mak dah cakap kt abang. tp abang buat tak tau ja. tak mau amik. risau nnt jadi macam2.' hm...suami aku...kalau pasal benda2 ni mcm ni, mmg sanggup rugi dan letih dan segala2nya, asalkan tak bersangkut di kemudian hari. aku yang jadi letih dan frust!

sebagai langkah permulaan, aku bgtau kat mak din. kami nak jual tanah kt kelantan. kami nak beli rumah di sini. jadi duit tanah tu nak buat tampung loan. mak din angguk kepala, nnt mak bgtau abah. tny2 org kt situ sapa nak beli tanah. abah din mmg rajin bab2 tanah. dia terus naikkan iklan. lepas tu ada beberapa org call untuk deal harga. kami letak 120k. alhamdulillah ada pembeli. cuma proses pertukaran nama masih tak buat sbb din belayar sokmo sekarang ni. tunggu oktober pulak kut rasanya.

rupa2nya mmg arwah mak din betul2 nak bagi tanah tu kat kami. di depan kubur, abah din bagitau hal ni.depan anak2 yang lain. dalam kereta balik ke lumut, aku berdiskusi dgn din. kami dah setuju sebelum ni untuk pulangkan kembali tanah tu ke abah sekiranya mak betul2 bagi tanah tu. bila balik semula ke jeli (raya ke 5, sbb din belayar sehari sebelum raya spai raya ke 5), kami suarakan hasrat kami. aku kira itu adalah nazar din. kami pulangkan semula. tapi abah tak nak. dia pulangkan semula ke kami. tup2 keluar cerita lain...... tak tahu dari mana wujudnya idea ni - 10k utk setelkan bayaran kereta 4x4 abah, 10k utk qurban arwah mak dan upah haji, 10k belanja tahlil. jumlah 30k. dari mana nak datangnya duit 30k ni?

sila angkat bahu sambil senyum2....
(we're sooooooooooooooooo upset and of course, angry.............)

Tuesday, July 22, 2014

ramadhan 2014

kurang dari seminggu, umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidilfitri 2014. kali ni aku beraya di Lumut. sabit mak mentua masuk wad di sini. perancangan awal, aku dan anak2 akan beraya di Sg Relong. tapi apakan daya. Allah itu sebaik2 perancang. mak din datang Lumut isnin lepas dan terus warded. mmg patut warded pun sebab keadaan dia sangat teruk.
emak mentua aku dalam keadaan tenat (bagi aku). jaundice dia makin teruk. Doktor tanya, kenapa lewat sgt baru hantar? nk jawab macam mn ya... sejujur aku, jawapan aku mudah. depa lari. sendiri. saat menunggu giliran untuk diperiksa, kedua2nya setuju untuk tidak menerima rawatan. jadi, macam mana ya reaksi suami dan aku? merelakan dalam terpaksa. terpaksa sbb kami juga sibuk kedua2nya. aku? kesibukan aku tidak lah melampau. tapi keadaan din yang terpaksa berdepan dengan work out kd kinabalu, membuatkan kami satu keluarga tidak berpeluang pun untuk menjengah balik ke kelantan. ~ usah persoal kenapa lewat hantar ~
sekarang keadaan mak mentua nampak sangat daif. din belayar 6 hari. semalam dah mula cuci darah. mri kata semuanya ok kecuali ada sesuatu yang menyumbat saluran ke hati. sebab tu kuning nya tahap serius. letih aku tgk keadaan dia, aku pasti dia lagi letih menerima keadaan diri sendiri macam tu. luluh hati aku sejak aku tgk dia masa sampai ke wad kecemasan HAT minggu lepas. rasa nk menjerit dan menangis tepi dia sekuat2 mungkin. kenapa pilih jadi macam ni? kenapa?
din mmg tak seberapa nak masuk campur. takut. takut bergaduh. takut dimarahi. semuanya tentang ketakutan menerima sumpah. sumpah ibu bapa sendiri. sumpah ibu bapa kebiasaannya mmg menjadi kenyataan. ~ doa elok2 ya sam... ~

Wednesday, May 14, 2014

HKCC

aku stokis hkcc utk area pangkor. aku datang ke rumah haida untuk suntik modal bagi dia. tapi katanya dah ada yg sudi memberi modal. at the end of the talking, she suggested me to contact mimie. mimie has a big potential because she's doing well with hkcc before this. bincang punya bincang, lastly aku dan din pi hantar kopi ke rumah dia sebagai permulaan untuk jualan. things go well... and now, i'm taking chances to promote the cappucino through my fb. while others are busy reporting things they did to public, i choose to publish my hkcc too, while also busy reporting what me and my family is doing. haha.... so far is not so good...
we always been asked about consuming caffien and getting pregnant. kalau sesiapa yg guna shaklee, mmg distributor dia tak galakkan atau ada yg lebih agresif kata : tak boleh minum benda yang ada kafein!!! oh..... ramai sungguh org tanya pasal soalan tu. tp aku sendiri tak janjikan jawapan yang tepat. kalau ikut rekod bertulis bos aku a.k.a haida, dah lebih 200 org ngandung asbab minum hkcc. haida kamaruzaman collagen cappucino. nampak tak perkataan cappucino tu? itu kafein tau!
aku nak huraikan lebih lanjut pun aku tak leh bagi bukti sbb hkcc ni takda panel saintis macam shaklee untuk kaji setiap kesan herba yang ada dalam tu. tp yang pasti ada 6/7 herba dalam hkcc. dan kafein dalam hkcc ni bagi aku sangat sikit sbb ramai dah pengguna yang migrain minum nescafe tapi lebih santai kepalanya untuk menerima hkcc. jadi, takde migrain dah bila minum hkcc walaupun dalamnya ada kafein. tp ada jgk yang still cannot drink hkcc sbb still get migrain after it. aku ada 2 customer mcm tu. 2-2 aku suruh berhenti minum. aku tak nak amik risiko weh... kita takde panel dan kita takde kepakaran pun dalam bab2 biji kopi ni...stay away if you cannot tolerate with the cafien in it.
menulis ttg hamil dan kopi..... ramai jgk yg stop shaklee after few month sbb tak berjaya. ada yang xleh telan supplement. tp ada ja yg pregnant dgn shaklee. xde masalah. yg penting berusaha. apa jua caranya, biar lah Allah sahaja yang menentukan. bila sampai waktu, sampai pada rezekinya, pasti ngandung. tp aku rasa nak marah jgk pada mereka2 yang berfikir bahawa kopi mmg xleh nk minum sbb takut tak boleh hamil.. aku tak nampak kaitannya. kita bukan kunyah pun biji kopi tu. org dulu2 tu macam mana ya keadaannya. pasti lah kan minum kopi kasar atau teh. tak mungkin air lain. ada ke perasa laici, rut bir, sarsi, anggur pada zaman tu.. rasanya macam xda ja... tp hamil jg.. dgn izin Allah, kan... kesian kat kawan2 yang nak cuba hkcc tp lebih takut pada kafien yang ada dlm hkcc ni.
point aku mudah. ciri2 herba dalam hkcc telah berjaya menindas tindakan cappucino dalam tu. jadi, herba2 ni punya manfaat jauh lebih berharga daripada ketakutan pada kafein dlm biji kopi tu. siapa lah yang sanggup makan manjakani, kulit kayu manis dan segala2 herba dlm hkcc tu mcm2 tu ja...mesti tak sanggup kan? jadi, pm/wasap saya 0196658187. peace yo...!

'eat that frog' dan netbook baru ambo!

'eat that frog' buku yang oyun bagi kat aku masa aku beli shaklee vivix dari dia. aku beli bersama2 dgn omega guard. aku baru nk merasa guna vivix sbb kulit aku ni dah makin sensitif. sikit2 gatal... bangun pagi mesti meleleh punya air hidung. tertekan aku!
oh ya... last 2 weeks din hadiahkan aku netbook. as my birthday and our anniversary gift for this year. laptop aku kat sekolah yang dah berusia hampir 8 tahun (2006-2014) kadang2 buat perangai jg. tp x lah perangai sangat pun. kadang2 ja suka padam tiba2. selalunya ada lah tu aku tersalah download ka, apa ka.... aku sayang sungguh laptop tu. arwah mak belanja... sepatutnya aku kna bayar semula duit komputer yang mak aku bayarkan masa semester 2 aku beli. tp mak cakap takpa, yang tu kira dia belanja aku. gantikan duit komputer tu dengan laptop aku. banyak dah jasa dan cerita aku dgn dia. 4 kali rosak motherboard. tp sbb aku dan nyah decide at that time to continue the warranty, then i saved a lot. last sekali rosak was when i were at pontian. technician acer datang sendiri ke smk kukup to see and collect my laptop himself. after few weeks, a delivery of laptop reached my school. that was the last time the mother board is changed. and till now, she still works for me.
untuk din, aku bg dia note3 first. kesian aku tgk dia guna blackberry. dasyat betul hang nya... ada sekali tu dia lempar je bb dia depan anak2. haha... punya lah dasyat penangan bb dlm hidup suami aku yang tercinta itu..kihkih....
buku 'eat that frog' tu mmg bagus lah! walaupun aku baru baca beberapa muka surat, tp kesannya dalam diri ni dah terasa. kita kena makan juga katak tu. walaupun katak tu rupanya hodoh dan menjijikkan, tp kita mesti makan. that is implemented on works too. the bad look frog means a very bad works, a very hate work, and a very annoying works to do within a short time. haha... u want it or not, sooner you still have to eat/finish the frog. yarkkkk...... jadi, letakkan kepentingan kerja terlebih dahulu untuk melangsaikan pekerjaan... kerja yang penting mesti diselesaikan terlebih dahulu. faktor kegagalan orang selalunya ada lah kerana dia suka menangguhkan kerja dan buat kerja kurang penting dahulu. betul....!

Thursday, May 8, 2014

saiful aqli bin khairuddin..28.9.12

Alhamdulillah...walaupun agk perit sikit kali ni nk masuk ke fasa ceser tu, akhirnya dgn izin Allah, aku selamat melahirkn Saiful Aqli bin Khairuddin pd pkl 10.00 pg. Syukur byk2 dikurniakn waris ke2 oleh Allah. Walaupun lps ni x mgkn dh dpt anak seramai mungkin sprti yg aku cita2kn,xpe lah. Sekurang2nya aku masih ada rezeki utk memiliki ank sendiri. X semua org dpt rezeki ni walau pun dh berusaha sekeras mgkin. Aku tiba2 rasa bersalah jgk smlm bila mmikirkn x bsalin scr normal. Tp Allah itu tuhan kita. Dia maha mengetahui yg terbaik utk aku n din. Dia jgk maha mengetahui apa yg sebenarnya aku n din perlukan dlm hidup ni. Jd knp nk pelik bila dah mmg ketentuanNya anak aku mingkin plg ramai pun 4 org je...

LETIH...TOLONG.....!

akhirnya malam sabtu kakak dan keluarganya sampai jgk ke rumah aku. disebabkan aku ni keletihan berpuasa, aku buat tak berapa tahu sgt. mujur depa semua dah makan kat rnr. kalau tidak, memang aku minta din lah pi beli sat. tak kuasa dah aku nak memasak. makan banyak dan diselangi air. akhirnya aku sengkak perut. jom rehat dan tidur!

are u that tired?

salam... aku masih di sekolah. saja balik lambat. solat dan pam susu siap2. nanti balik rumah terus amik anak2 syurga aku dan din, terus balik rumah. senang. x yah pikir dah nk pam susu. kalau pam susu sebelah dan sebelah lagi nyusu aqli, jawabnya tak dapat banyak lah..hari ni kurang minum air kosong. pehtu minum pulak air ais kat kantin tadi.., memang x meriah lah susu. dah lama jgk aku berjaya disiplinkan diri untuk tidak minum ais, tapi seminggu ni asyik tewas je... uhuk2...
pagi tadi mak n abah pi amik darah. aku serba salah nk g teman ke tidak. tp din cakap takpe. dia setelkan setakat dia mampu sebelum dia g belayar. semenjak insiden isnin lepas, aku jadi makin tawar hati. kenapa? berdosa. aku tahu berdosa, tp aku belum mampu mengatasi tawar hati aku tu. mungkin aku terlalu marahkan abah. dan kurang kesian kan mak. mungkin.... selepas apa yang aku dengar dan alami sendiri, aku tak nafikan sikap abah yang tegas. tegas dgn anak2. tapi aku masih kecewa sbb aku tak terbiasa sebegitu. air mata mmg mengalir tiap kali terfikirkan takut nya aku pada pandangan 2-2 mentua aku ni. macam2 aku pikir. sbb tu Islam tak bagi kita bersangka buruk kan? bila kita mula bersangka buruk, kita sendiri secara automatiknya akan melakukan perkara yg buruk tu. aku jadi takut nak masuk bilik depa, risau nanti tersembang. setakat ni aku masih bertahan, walaupun aku tgk sendiri aku semakin pandai menegakkan pendapat aku depan ke2-2nya.
bila duduk dan mula berfikir, aku rasa berdosa kepada 2-2 orang mentua aku. rasa berdosa sbb menceritakan masalah aku kepada kawan2. rasa berdosa seolah-olah aku sendiri yang membuka pekung di dada. abah dan mak bukannya orang lain pun. syurga suami aku sendiri. masa yang telah lepas saat aku menzahirkan perasaan sedih dan kecewa melayan kerenah kedua-dua mentua aku tu mmg tak kan dapat aku putarkan kembali. untuk aku meminta maaf kepada mereka juga kelihatannya agak mustahil. oleh itu, aku berazam untuk tidak lagi menceritakan apa2 kekecewaan aku pada kedua-duanya pada sesiapa pun kecuali suami aku sendiri. "ampunkan bibah, mak dan abah". semoga kita akan menjadi lebih bahagia selepas ini.

Saturday, May 3, 2014

i think we need a rest...

salam...i'm fasting today....! wee.... puasa ganti untuk hari ke 4. ada lagi berbaki 2 hari.
minggu lepas adalah minggu paling sibuk untuk din rasanya. navy day. kali ke 80. din jadi ketua bahagian keselamatan. dah macam udang bakar dah aku tgk masa kitaorng (aku, along n angah) g sana nk tgk pameran dan persembahan helikopter dan paskal. meriah mmg meriah sbb byk booth dan persembahan. tp tu lah, sian lak kat suami aku yang tercinta tu. hitam legam dah rasanya. adik beradik aku yang lain pun ada mai jgk minggu lepas. sabtu malam baru semua berkumpul. esoknya nak cari baju untuk kenduri adik mar lah kononnya. sudahnya x beli pun sbb nyah xde saiz. haru betul... hihi....yong pun mai sbb nak amik corelle. syukur lah hari ahad tu corelle sampai. hehe...
aku pun 2-3-4 minggu ni rasa letih ntah apa2. itu pun din dah banyak cover kerja aku tu. kerja rumah. lipat baju. tu pun aku still rasa penat. mungkin sbb kita jaga org sakit kut. tension pesakit tu datang ke aku agaknya... letih.... mak din aku tgk macam dah ok.tp hari ni abah xde, dia macam biasalah, look mentally down. kuat betul kuasa suami ni ek... abah kata kat din hari ni kakak nak mai. tapi tak nampak batang hidung pun. xjadi datang ke? ntah..

Monday, April 14, 2014

phew...letih jgk rasanya....

hai.. its has been a long time not to write here..hehe..... just being fine now and hopefully will be fine till the end of the month and years forward. mak din is still admitted in HAT Lumut. things go bad, i think. more machines on body. and more additional medicines in body too.. she looks sometimes fine but most of the time looks bad. is she misses his beloved son which is in London now? i asked her yesterday. she said no. his son has no money. we are willing to lend him money, if she really wants to meet him. then she quiet and i was turning myself into a silent mode too. she actually has no idea at all where actually his son is. haha.. she hasn't need to know it. no need at all.
how disappointed we here, no one know. while we here busy taking care of their mother up here, he goes for a trip. with his family. what are the reasonable reasons should he tell us? already booked? already asked for a holiday from manager? already tired with the his wife study?

Friday, March 7, 2014

happy 6th anniversary

salam....happy anniversary sayang..! yang ke 6. alhamdulillah dah 6 tahun hidup bersama. macam2 perkara telah dikongsi. suka duka. ceria muram. masalah penyelesaian. di umur 6 tahun perkahwinan, kita telah pun dan sedang mengumpul pengalaman untuk panduan mencorakkan kehidupan kita bersama anak2.. i'm so blessed to have u as my husband and soulmate, sayang... mhuah...
doa ayang, semoga kita terus diberkati dan dirahmati Allah; tak kiralah apa jua halangan dan dugaan, bersama2 dengan nikmat dariNya untuk kita dan anak2. amin...
i love u.. and my pray is, i always love u till jannah sayang....