Thursday, May 28, 2009

kfc on friday..!


hari tu, bulan mac, ada 1st test. biasa la, awal2 tahun mesti buat 1st test. kalau tak, nanti takde TOV untuk student. hm... best ke ada TOV ni? aku janji ngan student2 ni, 'sape lulus science, saya belanja!" diorang tak percaya cakap aku... apa la....


jadi, pada bulan Mac itu, mereka pun ambil la exam tu dengan tenang. diorang ni mmg sentiasa tenang kalau amik exam! aku tak tahu la bila masanya diorang ni kelam kabut.. time ada serbuan handset, baru la aku tgk muka pucat lesi sorang2!


macam aku cakap sebelum ni, senang je tanda kertas diorang ni. tak menjawab. jadi, setelah dikira, ditolak, dibahagi dan didarab, ada la beberapa students yang lulus. tapi tak beberapa jugak la.. ramai jgk sebenarnya.. hu... menyesal? oh, tidak. mmg aku dah berniat dah pun... =)


oleh itu anak2 murid ku sekalian, kepada mereka yang lulus itu, cikgu menjemput kalian ke satu majlis meraikan korang mengikut maklumat seperti di bawah :


tempat : KFC Kamunting

masa : 3.30 ptg

(boys, make sure solat jumaat first ok! karang, tak pasal2 je kena kilat.. boom!)

pakaian : yang menutup aurat & bersopan


jumpa di sana.................! =)