Wednesday, December 2, 2015

9th of december 2015

hi everyone...it takes few months for me to write in this blog..hah...lamanya tak menulis. walau pun sebenarnya banyak sungguh perkara nak dikongsi kan bersama dalam laman maya ni..
minggu depan, dengan izin Allah aku akan melahirkan seorang lagi anugerah dan ujian dariNya dari dewan bedah Hospital Angkatan Tentera Lumut Perak. maybe in the morning. oh, jgn lupa...itu adalah ketika di saat aku mengandung 37 minggu. kenapa tak cezer on 38th weeks? ntah lah.. doktor sharifah cuti this whole week. jadi ada doktor lain yang gantikan tempat dia and decide untuk follow the 37th week date. redho je la.... din is adjusting his holidays to ensure he can azan our third son soon. surat pelepasan x siap lagi tapi tiket dah book... hahaha... abang2....
minggu ni dan minggu lepas k ayu ada datang kemas rumah. plannya lepas balik dari jakarta, nak terus masuk rumah baru di manjung. semua dah selesai urusannya.. tinggal nk g tukar nama kat geran dan pos semula ke bpp je la. semoga semuanya boleh diselesaikan dalam masa din cuti sebulan nanti. oh ya... our first flight to jakarta will be on 16th january 2016 insyaAllah...
sebelum cuti sekolah, banyak sungguh kerja kena buat. macam2 especially pt3. pening la dgn LPM ni. jarak masa dekat sangat. tak tahu lah.. yang pergi janji dan umum dengan semua orang nak bagi keputusan pt3 pada 18hb disember tu buat apa. dah pening pentaksir nak mentaksir. takde sekolah yang nak ubah penandaan skrip jawapan tau. sbb tak sempat dah nak key in markah kalau pentaksiran kali ke3 kena buat. kdsk mmg catat rekod penandaan paling teruk aku rasa tahun ni. pening tgk. camna ek diorang setelkan masalah2 yang aku dah betulkan tu. semoga ada lah penambahbaikkan dari situ.
dari semua hal2 sekolah tu, paling tak tahan ada lah kerja su koku. tahun dpn azharul amik alih. kami siap g meeting lagi buat takwim koku..menangis dalam sendu aku time tu sbb masa tu tgh busy taksir pt3. pk koku nak buat jgk. lagi pun masa tu ja depa free. maka dengan gigihnya aku pun memakai kot (sbb nak cover baju yang dah sendat dek usia bb dah nak cecah 8 bulan setengah) ke ppd. pk koku baru org koku. mmg minat dengan kokurikulum. sesuailah dengan jawatannya. low profile tp nampak juga ketegasannya. tapi tak lah nmpk serius mcm pengetua. atapun mungkin sbb dia bukan pengetua kut. jadi tak lah nampak cam pengetua kan...haha.... siap jg la takwim utk 2016 masa tu. cuma top up sikit2 je la.. last week pun dah pulun siapkan file2 untuk 2016. i really can see the differences of koku management next year. mesti gempak. tapi aku tgk dr jakarta je lah.. hihi... rasa sedih jg sbb tak leh jadi one part of the team next year.. however, husband call is never can be no 3 after Allah calls. sian kat suami i yang menanggung rasa rindu dan mainan ngan anak2 kalau kami tak ikut. mental torture tau...!! lagi pun anak2 mmg kena ada dgn bapaknya dalam usia yang kecil ni.. emak akan sibuk di dapur, melayan makan minum, baju2 dan keperluan suami. ayah akan penuhkan masa terluang anak2 dengan gurauannya.. it's true right when people says father is needed in producing a brilliant children.
aku tgh tunggu anak2 bangun ni. nak g HAT. tapi tak bangun2 pun bertuah dua orang ni... geram haih kt pipi depa..kolagen banyak lagi. cium pun rasa tejal lagi kan... best2... ;)

Monday, September 14, 2015

it's really one day left now...

din is here..! best2... tapi dah nak balik dah... uwa... dan uwa sekali lagi... oh tidak....
seminggu lebih dah ni din ada kat sini. dari jumaat lepas sampai lah ke hari ni. hari ni din kena amik darah. sbb kencing manis. jumaat lepas kena tahan wad. terkejut aku. sbb bacaan gula tinggi sangat. 21 kut rasanya. rasa pelik jg pergi tgk dia kt wad. first time kut din masuk wad semenjak kami kawin ni. anak pun dah nak masuk 3. ini first time aku g ziarah dia kt wad. perasaan bercampur2. cumanya tak risau sgt sbb dia masuk wad sekejap ja. betul2 utk masuk air dalam dan dan monitor gula ja. syukur alhamdulillah.. lega weh... tulang rusuk aku sakit. mesti aku pun terasa jgk.
din nak balik jakarta dah. rabu ni. kebetulkan cuti Hari Malaysia. jadi boleh la lepak2 sikit. tak lah rush sangat nk berkejar. tapi mesti sayu nanti ni kat umah dan of course, masa drive balik dari bus station ke rumah. perit tau... hangpa x alami, hangpa xtau. aku yang sedang mengalami ni, rasa seksanya....
tak sabar nk duk skali ngan dia kt sana nun...

Friday, September 11, 2015

1 day left

hi everyone... din is here..! for almost 1 week. dari last friday, and today is friday. visa dah siap. tunggu masa ja nk terbang semula ke jakarta ahad ni.. uwa...
anak2 pastinya lebih sukar dari aku emotionally. dan aku semestinya teruk secara emosi dan fizikal. haha... seminggu ni anak2 mmg happy sungguh la. mana taknya, best friend depa balik. ada depan mata. tapi first time jumpa tu, mcm lawak jg la. along n angah, both of them jadi blur2.. betul ke ni bapak depan mata. haha... masing2 mcm pening. tapi lepas tu, emosi stabil. terus main sama2 ngan apak. sabtu tu just after i finished do soalan percubaan spm biology, terus shoot pergi pasir salak resort. pergi rehat2kan badan aku yang nak naik lemau uruskan diri sendiri, sekolah dan anak2. baru tahu peritnya handle kids when u re pregnant 5 months and teaching in pangkor. haha.. ni lepas ni, 6 bulan pulak usia kandungan. lagi horror kut.. semoga dipermudahkan urusan aku lepas ni.
the next plan is go to jakarta and give birth there! phew..! nk ngadap doktor untuk sign pelepasan pun dah jadi 1 hal nanti. nak beranak kat sana nanti pun 1 hal jgk tu. tapi memikirkan keadaan aku yang nak berpantang di rumah yong nanti, jatuh rasa kesian pulak ke dia. nak ke sekolah lagi.. nak handle anak2 aku lagi. nak handle adli ke sekolah lagi pagi2. and that is the only part i like if we stay there during the confinement periods. kan? along boleh pergi sekolah macam biasa and have a formal education there in yong's school. kalau kat jakarta, aku kena study and of course kena buat semua sendiri. tapi takpe, untuk itu aku dah sedia dgn rph murid prasekolah.
oho...tak sabar nak cuti dan jadi suri rumah tangga full time..!

Tuesday, August 18, 2015

bila tuan punya tulang rusuk tiada di sisi...

dah nak masuk seminggu dah din pergi jakarta untuk kursus bahasa indonesia dan seterusnya sambung kursus di sana. it's tuesday today. dah 2 hari jg along adli di ppki sk tldm 2. macam2 perasaan timbul masa nk hantar din ke lapangan terbang. dalam hati terselit perasaan bangga dan bersyukur kerana din terpilih ke sana untuk kursus ni. mtat. kursus kelayakan untuk ke pangkat seterusnya. tapi dalam perasaan bangga dan syukur itu, perasaan sedih dan hiba tu lagi maha hebat kesannya... din dah lama sangat tak belayar, dari januari tahun ni. tiba2 kena pergi dalam keadaan begitu terdesak. anak2 pastinya lebih sedih dan lebih struggle untuk hadapi benda ni.
pertengahan puasa ramadhan tahun ni, din dapat tawaran tersebut. bersiap sedia untuk ke sana pada september nanti. medical report disediakan. sangkut kencing manis. kata doktor, dari tahun 2007 sudah ada tanda2 kencing manis. tapi masih tidak memulakan rawatan asbab pulhems nya saban tahun mendapat kelulusan doktor. aku dan din dah seronok sbb tak jadi pergi ke jakarta kerana sangkut masalah kesihatan ni. kami dah merancang untuk kembali bergembira semasa konvo dia nanti november hujung tahun ni. dah kembali berangan2 mahu menangkat gambar studio di samping bayi dalam kandungan yang semestinya semasa itu sudah pun mencecah 9 bulan. bestnya nanti...! tiba2 dapat panggilan ke jakarta. mesti pergi ke jakarta sebab panglima tentera laut sudah tandatangan kelulusan. adui....pening semula kepala. bertambah pening bila tahu kena pergi lebih cepat dari tarikh asal. aku dan anak2 bersedia ke jabatan imegresen. siap passport. esoknya din ke kuala lumpur membawa passport kami semua untuk urusan visa. everything is going too fast. i'm not ready for that. kemas baju din pun hanya bermula sehari sebelum berangkat ke kl. suasana sepi di rumah. senyap. masing2 melayan emosi. din jadi sukar melawan perasaan. mungkin tertekan tgk aku beremosi. sedih dalam hati tak dpt disembunyikan. suasana rumah sepi dan sepi. kerja aku menangis dan menangis dan menangis. sedihnya kali ni sukar untuk digambarkan. mungkin pembawakan budak. aku merengek2 minta dia temankan aku tidur malam2. mcm budak2. lebih dari anak2. tapi din melayan ja permintaan aku.
sampai hari ni, aku tgk angah dapat tempias lebih teruk dari along. demam. asyik tanya apak mana? kalau dgr bunyi enjin kereta atau motor pun, disangka din balik. tapi dia sendiri jgk yang jawab apak kerja... aku jadi sedih...jadi hiba..xtahu nk tahan macam mana air mata dari berderai. angah jadi sgt struggle utk lepaskan rindu dia pada din. aku ingat aku ja yang teruk. rupa2nya angah pun sekapal dengan aku. aku kena kuat! tapi tak larat dah nk kuat2 sangat dalam keadaan mengandung ni. letih aku uruskan rumah, tak tahu lah...tunggu peluang untuk tidur ja... malam tadi, sambil melayan kehendak angah untuk tgk youtube, aku lena di tepi. tiba2 angah kejut, ajak aku tidur atas katil. along pun bagi kerjasama yang sangat baik malam tadi. layan adiknya tgk pada zaman dahulu. tapi, bab nak menggaru badan sebelum tidur tu masih belum boleh tolerate!

Saturday, May 9, 2015

karenah cikgu @ guru

hi...selamat petang...selamat malam sebenarnya.. anak2 dah tidur. aku belum lagi walaupun kalau ikutkan hati, mmg nak tarik bantal dan lena dah sekarang ni. oh ya..i'm pregnant! my fifth prengancies, our third child, insyaAllah.. sebenarnya tak kompem pun lagi dengan doktor. duk cek sendiri ja.. yang pastinya, aku dan din akan cuba sembunyikan berita gembira ni dari adik beradik yang lain. macam mana ya nak cakap. anak adalah isu paling sensitif aku rasa untuk adik beradik aku. especially yong, i think. just do not what are their reactions when we tell them the news. so, ambil kata putus, biarlah dulu. actually, aku dah test upt masa lewat period seminggu. and it's negative. tapi din mtk jgk aku test sekali lagi. he looks very excited! haha.. and so confident that this time is a girl...hehe... whatever it is, alhamdulillah... a great2 alhamdulillah... yg kureng bestnya ialah, anak hujung tahun....!!! haha..... anyway, it's from u Allah. and we are so glad that we are the choosen.. alhamdulillah....

karenah guru zaman sekarang. berdasarkan pergaulan aku dgn geng2 hkcc. most of the customers (yang cikgu) are not the likes one. nampak gayanya mmg dah ada satu kefahaman yang cikgu2 ni banyak songeh. haha... am i included in this group? tak tahu lah... tapi yang pastinya, setiap kali customer itu bermasalah, 99% adalah guru! haish... naik pening aku. dan dengan pastinya, naik malu. tapi, ntah la..bagi aida, cikgu dan jururawat adalah orang yang paling tidak sesuai untuk berniaga. kami ada gaji tetap. tiada keperluan mendesak untuk mendorong kami berjaya dalam perniagaan. really? for some reasons, they are right. but there is another reason. LETIH. letih ngadap anak murid yang beratus2 tu. just imagine, 1 class consists of +- 30 students. and in 1 day, you might enter 4 classes. huh...boleh anda bayangkan keletihan fizikal dan mental seorang guru? haha... kerja2 profesional lain mungkin mewajarkan penatnya otak (mental) dari jam 8.00 pagi ke 5.00 petang. tapi untuk seorang cikgu (terutamanya yang mengajar sekolah luar bandar), keletihan itu diwajarkan dengan fizikal mengeluarkan suara dan mengawal kelas, bersama2 dengan keletihan mencari idea untuk memahamkan 30 anak murid tadi. bukan semua faham dengan 1 kaedah saja. selalunya, mmg kena terangkan dalam pelbagai bentuk, dan pastinya mestilah dikaitkan dengan alam kehidupan mereka yg sangat update ni. huh..! and don't forget about marking papers, note books, exercise books, and put in the data into the rubbish systems! dare u?

cikgu2 mmg pandai membebel. that is our expertise. tak percaya? haha....ada lah sorang dua cikgu yang mmg tak suka membebel. tapi seingat2 aku, mmg cikgu2 pandai membebel. sekurang2nya 3 ayat bersambung. and, i'm one of them! haha....aku tak suka berleter. tapi aku boleh membebel. want a try? baik tak payah, tak seronok pun membebel. berleter lagi tak seronok! berleter dalam blog, mmg aku suka! and i'm doing it right now! hahaha...

da....

Monday, April 6, 2015

2015

hi every one.... hoho.. lama betul tak menulis dalam blog ku sayang.. lama betul laptop tecik ni masuk workshop. hantar utk repair. tapi lain yang rosak. aiyak....!! 4 kali tak silap aku (sebab aku tgk dalam resit) laptop ni masuk kilang. nasib la... sama mcm laptop hat kat sekolah tu. 4 kali ganti motherboad kat sen heng, baru ok. mujurnya sbb masih dalam warranty. jadi all the messes were free..!! semoga asus ku ini tidak lagi rosak lah dengan izinNya... amin...

urusan pembelian rumah telah selesai. yang tak selesainya ialah, mana nak cekau rm90k untuk diberi tunai ke tuan rumah asal. beza harga rumah dengan harga penilai tu rm90k. jadi kena bayar cash lah jawabnya.... kami nak jual tanah kat jeli. sebelum ni dh ada stand buyer. tp x jadi pulak. lepas tu ada lagi seorang. tak jadi jgk sbb dia nk suruh balik weekend tu jgk nk suruh din sign tanah. sudahnya sampai sekarang lah masih menanti pembeli yang nak beli dengan harga rm130k. semoga ada lah orang nya ya Allah yang engkau izinkan hatinya untuk beli tanah tu.. amin...

adli dah sekolah! best2! macam2 perubahan sikap aku dan din perasan. mulut dah makin riuh dan konfiden untuk cakap walaupun kami tak faham apa yang dia cakap. mmg nampak comel betul. dh la encem... pakai pulak uniform.. mmg bertambah encem lah jadinya.. din pergi ambil borang sekolah sk tldm 2. cikgu ppki suggest adli masuk situ. mcm menarik. tp nnt adli takde ramai kawan lah. ada 5 org sahaja kawan. sian jgk. tapi takpe. kita lancarkan dulu tulisan dan fokusnya. lepas tu nnt kita masukkan balik ke tadika kemas. aku rasa mcm tu lebih bagus dan praktikal tak utk dia...cikgu balkis mmg cikgu yang baik lah aku rasa. dia sanggup terima adli dan sanggup layan perangainya. kesabaran cikgu2 tadika ni agak2nya mmg di tahap maksimum lah kut. adli pernah terberak dalam seluar. cikgu dia call. pembantu dah tolong basuhkan. mujur din ada kat umah sebab tak kerja. sabar2 betul org2 yang dipilih Allah ni... aku ni, dah nak tua ni lah baru rasa mcm dah cool sikit.. masa muda2 dulu, kira nak bedal ja murid2.. haha....

Friday, January 16, 2015

kalau lah feri pukul 7.30 pagi.....

salam....dan selamat petang semua...
hari ni dah masuk hari ke 3 adli ke tadika KEMAS tldm. selasa dan rabu lepas dihantar oleh bapaknya. hari ni dihantar oleh emaknya. emaknya yang kelam kabut sbb tak iron baju siap2 semalam sbb terlupa langsung hari ni pakai batik. dan kelam kabut sbb tgk ada kotoran minyak kat baju putih along. huh....sangat memenatkan dah mengkelamkabutkan...
angah pun tadi nangis lah pulak masa nak hantar ke rumah k ayu...uwa....ni betul2 mencabar pengurusan masa aku. hari ni din ada lari satu pangkalan. jadi xleh nk hantar. sama lah mcm minggu depan. 2 minggu din ke usm. for the last final semester. insyaAllah....amin....
hari ni syukur dapat naik feri pukul 8 pagi. mujur jgk linda dah tolong adjust waktu ngajar mula pada waktu kedua. aku memberanikan diri berjumpa dgn pengetua. cuba ceritakan pasal adli dan masalah penghantarannya. ibu mana yang tak sebak, kan? anak sulung. anak syurga. anak soleh aku. pengetua looks like ok. but not so agree dgn option yang aku kemukakan. aku request utk datang lewat dan pulang lewat. the most reason yang membuatkan dia tak berapa setuju is, kelewatan ini akan berpanjangan. katakan din belayar 3 minggu. jadi 3 minggu aku akan lewat. kalau din kursus 3 bulan, aku akan lewat selama 3 bulan. ada logiknya dalam hujah dia.
nak harapkan adli naik van atau bas, rasanya itu bukan satu pilihan kut. aku sendiri tak percaya kat dia. macam mana nak harapkan dia dari van ke pintu lif. katakan k ayu kena turun dan tunggu kat lif. macam mana kalau k ayu turun lambat. adli pergi mana nanti. takkan nak harapkan driver van tu tunggu pulak ke along. mesti dia kena hantar budak2 lain lagi..sungguh merungsing jiwaku.
ada juga aku minta tolong dari k ayu. harapkan bantuan dia atau suami utk hantar dan ambil along, bersama2 dengan aina dan faqihah. tapi suami dia tak mau naik kereta. kalau suami dia mahu naik kereta ke tempat kerja, selesai masalah aku. tapi sbb kan suami dia tak mau, aku xleh paksa. bukan tanggungjawab dia pun untuk hantar anak aku. itu tanggungjawab aku dan din. buat masa sekarang ni, k ayu dah sukarela utk amik adli kalau din xda. takkan aku nak balik dari pangkor utk ambil adli. gerak dari pangkor naik feri 11.30 dan kembali ke sekolah dengan feri 1.00 ptg. sangat tidak logik! aku hantar adli ke sekolah nanti setiap hari (sepanjang masa din tiada) dan akan naik feri pukul 8.00 pagi. jadi, setiap hari lah puch card aku warna merah dan bertandatangan cikgu daman...uwa......
xpe lah sam...adalah tu salah aku buat dengan Allah. solat lambat, contohnya kan? huh....it comes from u, and u are the one who should solve it!

Tuesday, January 6, 2015

adli dah nak tadika...!!! yeeha.....:)

kalau tak dek kerana banjir teruk di kelantan, terengganu dan perak, mungkin sekarang ni aku masih di sekolah dan adli dah pun pulang dari tadika dan sedang berehat di rumah k ayu. adli dah ke sekolah! yeay...! tadika kemas pangkalan tldm. satu institusi pembelajaran yang aku setuju sejak dari dulu. tadika KEMAS. aku pun berasal dari situ. cikgu yang penyayang, sabar dan semestinya kreatif. guru yang paling banyak pahala (aku rasa) sbb dari mereka ni, aku dan orang2 lain dapat mengeja, mengenal huruf dan belajar berkawan.
aku doakan cikgu adli dapat terima adli seadanya dan berusaha bersungguh2 untuk masa depan anak2 muridnya.. amin...
debaran menunggu hari persekolahan dia macam mana ya nak cerita.... aku risau tapi tak tonjolkan. buat masa sekarang aku masih belum tegas dalam rancangan tv di rumah. masih belum tegas dalam ulangkaji. masih belum tegas dalam waktu tidur. dan aku akan mula bertegas sebaik sahaja dia mulakan langkah menuju ke tadika minggu depan.
ya Allah, permudahkanlah urusan aku, suami, angah, guru2 adli dan keluarga k ayu untuk menguruskan adli... amin...

leftenan komander khairuddin bin mohamad paudzi

semalam, 5 januari 2015 - genap lebih 2 tahun din jadi pegawai memerintah di kd kinabalu. after all tears, pains, sacrifices and happiness finally he made it to the end. alhamdulillah.. xde ucapan yang lebih berharga daripada kalimah tu. lega, bebas dan semuanya bermain dalam satu perasaan yang aku sendiri rasa kesedihannya. pilu, rindu dan semestinya bangga berpadu pada dia. i know it! ada sikit riak sedih dan seolah berat nak melepaskan kapalnya kepada pemerintahan yang baru. mungkin sebab terlalu lama di situ. jiwa dah sebati. marah, bengang, letih dan rindu pada kami sekeluarga sewaktu belayar tak mungkin akan dia lupakan dengan mudah. air matanya di situ. debarnya di situ. keletihannya di situ. rindunya juga di situ.
sepanjang 2 tahun lebih din berkhidmat di kd kinabalu, terlalu banyak peristiwa yang tak mungkin akan dilupakan. kesukaran belajar pjj sambil mengemudi kapal. keletihan menguruskan perubatan arwah emaknya sehingga meninggal dunia di sini. kerinduan yang ditanggung semasa belayar. dan semuanya adalah memori terhebat yang Allah dah kurniakan pada dia. aku kira, menjadi pegawai memerintah di kd kinabalu jg ada menyumbang kepada keimanannya pada Allah. bangun tengah malam utk solat hajat. memulakan solat jemaah di kapal. tapi masih ada yang belum habis sepenuhnya - baran dan marah! haha..... tak mungkin hilang kut....
kini dia bertugas kembali seperti pegawai yang lain. menimba ilmu di tempat baru - pustakmar. satu tempat yang bagi aku sgt susah nk berhubung sbb xde line telefon. aku doakan dia akan mahir dan dapat menyesuaikan diri dengan cepat di situ, sambil menimba ilmu2 yang belum dia kuasai. dan semestinya, semoga kehadiran dia situ menyenangkan semua dan dapat merapatkan diri dia dengan Allah. kami di rumah setia menanti dia dan mendengar keluhannya which is i like to hear. anytime. any place.
to encem ayang, all the best! i will always be here for you; anytime, all the time. semoga dengan kasih sayang dan cinta kita, kita akan sentiasa diredhai Allah dan sentiasa mendapat rahmat dariNya. i love u and always love u.... mhuah....