Wednesday, December 7, 2016
yeay...! di Malaysia dah...
alhamdulillah..dah nak sebulan touch down kat Malaysia, negara ku terchinta... ! ahaks.. kitaorang balik ke sini pada 9hb November 2016. and the next day, appointment lasik dengan prof muhaya. and actually, it became the reflex smile procedure for my eyes. retina nipis. tak boleh proceed dengan lasik. so, tambah lagi dalam rm4k, here we go.... reflect smile. lebih mudah. lebih cepat. 4 minit ja weh... dan lebih cepat sembuhnya. insyaAllah...
kelmarin pergi first follow up dengan klinik prof. dan sign agreement for my new car..! haval m4. insyaAllah, jumaat ni dah boleh amik. din la kena amik. sebab? sebab dia dah ke mindef! uhuk2... marilah kita berusaha membesar dan mendidik anak3 dengan acuan panduan Islam dah bagi. along dah kena ajar solat tu tahun depan. angah dah mula ke KEMAS. uda, hopefully dah boleh berjalan hujung tahun ni kan.
Tuesday, August 16, 2016
Serabut kepala barangkali..!
Salam subuh dari Jakarta.
Malam tadi tak leh lena tidur. Kenapa ek.. sekejap2 bangun sampai lah jam 4.51pg. Sebab jam bunyi. Solat subuh awal sikit pagi ni. Alhamdulillah.. . Memikir jadinya aku ni kenapa x lena malam tadi. Sebab makan lewat kah? Tapi bukannya aku tak biasa makan lewat malam sebelum2 ni...lena ja...
Anak3 masih x sihat. Angah dengan tonsil bengkaknya. Along dengan batuk. Uda dengan kahak dan hingusnya. Dah bawa ke satkes (pusat kesihatan) dalam seskoal ni. Risau juga tengok angah tu. Malas mandi. Naik panas2 badan walau pun bukan demam. Xmau makan. Tonsil punya penangan. Uda pulak x habis2 dengan hingus. Aku ada baca dalam fb, katanya mungkin ada tercekik apa2 asbab selsema x habis2. Tapi doktor seskoal kata paru2 clear. Hm..aku nk request xray pun aku segan. Kalau kat Malaysia ni, request dah rasanya. Satu bahasa. Lebih mudah mungkin.
Semalam bangunan rumah Sahil n Kushi terbakar. Dia sekeluarga ok selamat. Sekarang kami dah ada jiran baru dari India. Hehe.... depa duk sini ja kut sampai hujung tahun. Eh, salah. Sampai depa habis kursus.
Minggu ni insyaAllah jalan lah kodi2 hanaroo aku. Semoga semua selamat sampai. Amin....♡♡♡
Monday, June 13, 2016
Bedung instant Hanaroo
Kali ni di Jakarta, kita meniaga bedung instant. Masa belikan utk uda, mcm best lah pulak bedung ni. Study punya study, we end up the conclusion that we must sell this item.
Tadaa.....bedung instant Hanaroo sekarang sedia bercabaran dgn bedung jenama yg sama tapi dari penjual yg berbeza. Dan juga sedia bercabaran dgn bedung instant jenama lain.
Sempena Ramadhan kali ni, aku berdoa sangat Allah mudahkab segala urusan jual beli bedung aku. Aku berdoa utk habiskan semua stok aku sebanyak 60 helai ni sebelum Julai 2016. Amin2....
Bedung instant Hanaroo ni kainnya lebih lembut dan sememangnya sangat2 elastik. Bayangkan uda yang dah cecah 6 bulan tu pun still boleh dizip kainnya. Tp kepanjangan bedung tu mmg dah tak muat lah...sbb bayi meninggi kan..
Lagi 1 bedung ni ada 2 warna berbeza depan belakang. Boleh guna 2 warna. Jadi, lebih jimat kan?
Boleh wasap saya di 019 665 8187 untuk maklumat lanjut. Ahaks....!!
Wednesday, June 8, 2016
Puasa di perantauan
Hari ni dah masuk 3 ramadhan. Dan bermakna dah 3 hari jugak din berpuasa di sini. Aku? Hehe.... baru 2 hari. Kus semangat ye...
Kat sini xde pasar ramadhan. Xde param. Yang ada cuma kuih2 yang biasa di makan dan air minuman yg biasa2 jgk. Macet nya keadaan nk pergi beli tu jgn cakap. Sbbnya bertembung sekali dgn orang balik kerja. Pelik sikit macet kt sini. Kalau traffic jammed tu, sekali dgn motor2 jammed nya. Haha.... ini mmg rare ok..!!
Letih nya lah haih puasa kali ni. 3 hero. 1 tgh nenen. Mujur juga lg 2 ok masa2 puasa ni. Esok uda dh nk stat makan. Mudah2an ringan sikit lah dugaan letihnya tu. Amin ..
Thursday, May 19, 2016
SUAMIKU MILIK NEGARA
hari ni din dah ada di Jakarta semula. semalam sampai. dah lepas azan asar baru sampai. tu pun lps sampai rumah, dia g hantar aaron balik ke gandaria sekejap. pak hilal ada kecemasan. jadi tak boleh nak ambil dia dari seskoal dan hantar pulang ke gandaria. gandaria tu shopping complex tau. kat sini belambak2 shopping complex ada apartment/studio suite untuk orang sewa.
dah hampir 9 tahun kawin ni, selalu dah kena tinggal dek suami sebab tugasnya demi negara. cheewah.... ate, semua kerja kat Malaysia ni pun mmg demi negara lah kan (special for government servants only, ok). saban waktu. daripada masa takde anak, sampai lah anak dah 3 ni. masa jadi CO KD Kinabalu dulu, lagi sokmo rasanya. eh... lebih kurang je kut sama macam masa kat KD Lekiu. cumanya pos yang berbeza. jadi, jenis urat muka yang tegang tu pun tak sama lah.. haha.....
malam tadi, konon2 bajet boleh tidur awal. sekali suamiku itu tarik dengkur lagi awal dari aku. tak mandi. x salin seluar. x solat isyak lagi (masa tu lah). udah di kabor, pergi solat dulu. lepas tu baru tidur. ngantuk sangat. tidur dulu. ikut la hai...nanti bangun sendiri. aku gi mandi. anak2 mandi. uda tidur dan menangis. macam2. angah nak anik. along pun nak nasi. aku pun kebulur jugak. satgi nk nenen uda tengah2 malam. jom, kita turun makan...! lepas makan, kita tidur. setel. tiba2 angah cakap 'mak, nk botol owen'. ha...? pi kejut apak. haha....suami ku bangun dan terus solat isyak.. selamat dunia akhirat untuk malam ni.
mimpi malam tadi. pasal outstation lagi. haha....ini mmg tak pernah berlaku (seingat aku). baru balik ptg, malam ni dah mimpi din kena p outstation lagi. haha..... kali ni tak lama sgt. dalam 4 hari je kut. aku dah memikir nak buat aktiviti apa dgn anak2. takkan nk g shopping dengan anak3 kut. haha....dalam mimpi pun aku sempat pikir nak buat apa. naya sungguh. terus terjaga. dan sampai sekarang, masih berjaga. hebat sungguh penangan mimpi kali ni.
nak buat camna.....suamiku milik negara..... redha.... i love u sayang...!!
Sunday, May 15, 2016
Mei di Jakarta
di manakah lakiku? hehe... din ada kerja lapangan kat Bali. 10 hari. bapok lama! isnin lepas dia pergi dan akan pulang semula khamis ni. kitaorang pun baru je balik dari Bali dan Lombok tu sebenarnya minggu lepas. din belanja jalan2, ambil angin di negara orang sementara masih merasa gaji penuh ni. well, potongan rumah dah bermula dan aku pun mulai Jun ni dah kena potong gaji. dan nampak gayanya ada juga orang kena bayar semula ke kerajaan dalam rm15k sbb kerajaan dah terbayarkan gaji aku walaupun hakikatnya aku dah mulakan cuti tanpa gaji ni sejak bulan Mac. kukikuki... menangislah kau Sam lepas ni.... uwa....
jalan2 di Bali tak lah seseronok yang di gambarkan. terlalu banyak (diulangi, terlalu banyak) candi atau pura (tokong kecil - special for hindu) di sepanjang jalan dan keadaan. di mana2 mesti ada pura. naik pening tgk. dan masyarakat hindu kat Bali ni boleh diandaikan golongan yang taat pada fahamannya. sampaikan satu bos di kedai (aku beli beg2 kat kedai dia) kata, dia sendiri upah kawan2 di pulau lain untuk siapkan beg2 tu sbb katanya kalau upah di Bali juga mesti lambat siap sbb terlalu banyak acara keagamaan. tapi mmg betul pun...ada satu hari tu, tgh berlangsung acara apa entah. aku dgn pantas suruh din baca ayat quran sbb anak3 semua tidur dalam kereta. risau jgk. siap usung2 keranda dan keliling tempat. and the thing is, they look like Malays. pakaiannya, mukanya dan segala2nya. and kesimpulannya ialah i would not recommend for those who has small kids to Bali. a very unfriendly places for kids but a very interesting shopping center for mothers! ahaks...!
lepas 4 hari 3 malam kat Bali, kita ke Lombok. flight delayed pulak dah! lakiku sudah hampir merah masa staff lion air tanya "puan dah isi borang pelepasan bawa bayi belum?" haha...mmg betul pun kata laki aku. masa kita duk senang2 tunggu flight tu, hang mai la tanya. buat pengumuman. kan senang macam tu. aku dengan sabar pun turunkan lah tandatangan dan secepat kilat letak no seat flight. tapi kat Lombok Airport best. siap2 isi masa kita nak check in. senang. efisien. kat Lombok, more of all mmg pantai nya lah yang mengagumkan. tapi kos semua lebih mahal berbanding dengan Bali. sewa kereta mahal. hotel juga mahal. yang bestnya ialah hampir kesemuanya Islam. mudah. tapi masjid tak secantik masjid2 di Jakarta. masjid2 sini tiada tandingan.
after 5 nights and 6 days, we went back for Jakarta. dan bermulalah episod super mom semula..! yeeha....!!!
Monday, March 21, 2016
Puasa ke7
weeehu.. selamat pagi semua! selamat pagi dunia!
Hari ni dh hari ke7 puasa. Smlm berbuka kt umah dato' jalal. DA kt sini. Duta dr kementah. Dato buat utk students2 ja. Ramai jg dtg. Baru lah boleh kenal sama2 isteri yg dtg sini. Tp aku sorg ja duk jakarta. Army n air force duk bandung. Jadinya aku je lah yg panas kt sini. Puak2 tu mmg sejuk lah. Nasib badan...haha.....
Semua pakat balik Malaysia cuti raya kecuali tuan army. Keluarga dia pun dh mai sini dh. Baru mai ja. Puasa ke2. Jadi depa mmg raya kt indonesia ja thn ni. Kami hat lain semua balik Malaysia.
Kurang 2 minggu lagi aku n family naik flight ke tanah air tercinta. Puasa kt sini best. X brp panas sbb umah aircond ja. Haha....wpun masak tu agak meletihkan tp kalau stat masak awal, mmg lega ya amat. Tahun ni nk aim khatam quran 30 juz. Alhamdulillah setakat ni still on track. Kita tunggu hasilnya selepas 30 hari puasa. Mudah2an Allah perkenankan. Alang2 cuti tanpa gaji kan, kita up sikit amalan kita...!!