Thursday, May 8, 2014

saiful aqli bin khairuddin..28.9.12

Alhamdulillah...walaupun agk perit sikit kali ni nk masuk ke fasa ceser tu, akhirnya dgn izin Allah, aku selamat melahirkn Saiful Aqli bin Khairuddin pd pkl 10.00 pg. Syukur byk2 dikurniakn waris ke2 oleh Allah. Walaupun lps ni x mgkn dh dpt anak seramai mungkin sprti yg aku cita2kn,xpe lah. Sekurang2nya aku masih ada rezeki utk memiliki ank sendiri. X semua org dpt rezeki ni walau pun dh berusaha sekeras mgkin. Aku tiba2 rasa bersalah jgk smlm bila mmikirkn x bsalin scr normal. Tp Allah itu tuhan kita. Dia maha mengetahui yg terbaik utk aku n din. Dia jgk maha mengetahui apa yg sebenarnya aku n din perlukan dlm hidup ni. Jd knp nk pelik bila dah mmg ketentuanNya anak aku mingkin plg ramai pun 4 org je...

LETIH...TOLONG.....!

akhirnya malam sabtu kakak dan keluarganya sampai jgk ke rumah aku. disebabkan aku ni keletihan berpuasa, aku buat tak berapa tahu sgt. mujur depa semua dah makan kat rnr. kalau tidak, memang aku minta din lah pi beli sat. tak kuasa dah aku nak memasak. makan banyak dan diselangi air. akhirnya aku sengkak perut. jom rehat dan tidur!

are u that tired?

salam... aku masih di sekolah. saja balik lambat. solat dan pam susu siap2. nanti balik rumah terus amik anak2 syurga aku dan din, terus balik rumah. senang. x yah pikir dah nk pam susu. kalau pam susu sebelah dan sebelah lagi nyusu aqli, jawabnya tak dapat banyak lah..hari ni kurang minum air kosong. pehtu minum pulak air ais kat kantin tadi.., memang x meriah lah susu. dah lama jgk aku berjaya disiplinkan diri untuk tidak minum ais, tapi seminggu ni asyik tewas je... uhuk2...
pagi tadi mak n abah pi amik darah. aku serba salah nk g teman ke tidak. tp din cakap takpe. dia setelkan setakat dia mampu sebelum dia g belayar. semenjak insiden isnin lepas, aku jadi makin tawar hati. kenapa? berdosa. aku tahu berdosa, tp aku belum mampu mengatasi tawar hati aku tu. mungkin aku terlalu marahkan abah. dan kurang kesian kan mak. mungkin.... selepas apa yang aku dengar dan alami sendiri, aku tak nafikan sikap abah yang tegas. tegas dgn anak2. tapi aku masih kecewa sbb aku tak terbiasa sebegitu. air mata mmg mengalir tiap kali terfikirkan takut nya aku pada pandangan 2-2 mentua aku ni. macam2 aku pikir. sbb tu Islam tak bagi kita bersangka buruk kan? bila kita mula bersangka buruk, kita sendiri secara automatiknya akan melakukan perkara yg buruk tu. aku jadi takut nak masuk bilik depa, risau nanti tersembang. setakat ni aku masih bertahan, walaupun aku tgk sendiri aku semakin pandai menegakkan pendapat aku depan ke2-2nya.
bila duduk dan mula berfikir, aku rasa berdosa kepada 2-2 orang mentua aku. rasa berdosa sbb menceritakan masalah aku kepada kawan2. rasa berdosa seolah-olah aku sendiri yang membuka pekung di dada. abah dan mak bukannya orang lain pun. syurga suami aku sendiri. masa yang telah lepas saat aku menzahirkan perasaan sedih dan kecewa melayan kerenah kedua-dua mentua aku tu mmg tak kan dapat aku putarkan kembali. untuk aku meminta maaf kepada mereka juga kelihatannya agak mustahil. oleh itu, aku berazam untuk tidak lagi menceritakan apa2 kekecewaan aku pada kedua-duanya pada sesiapa pun kecuali suami aku sendiri. "ampunkan bibah, mak dan abah". semoga kita akan menjadi lebih bahagia selepas ini.