hai everyone..lama nya lah haih tak menulis. sibuk ya amat. bila nak menulis di sekolah, rasa bersalah sebab guna internet sekolah. nak menaip di rumah, ku rasakan waktu itu tidak mencukup 24 jam sehari. keletihan di sekolah, bersambung dengan kemeriahan anak-anak dirumah tidak memberi aku waktu untuk menulis. tambah pulak, laptop berat tu selalunya aku tinggal kat sekolah. hari ni aku menulis daripada laptop sekolah yang aku pinjam setahun. tak perlu dah berulang alik bawak balik laptop gedabak tu ke rumah.
Din masih di Mindef. tinggal lah aku dengan along, angah dan uda. mengharungi hari-hari bahagia dan hari-hari aku menjadi naga di rumah ni..haha.....best sebenarnya bila tengok gelagat anak-anak. hilang tension sekejap. tapi satgi tension tu datang balik bila tiba-tiba teringatkan sekolah. choi..!!
aku rasa nak minta pindah selepas SPM ni. nak panjat PPD untuk mohon pertukaran manual sebab aku tak minta tukar online itu hari. aku kemalangan bulan lepas. dasyat juga. stress sebab hari-hari datang lewat. linda terpaksa susun jadual pdpc aku setiap hari lambat. sampai bila kan nak begini. setahun aku tak buat appointment adli berkaitan autisme dia. tak sempat. dah la datang lewat ke sekolah. takkan nak mohon balik awal selalu pulak untuk adli. dah la appointment uda pun aku selalu minta balik awal dah. tu pun, sejujurnya berkali dah aku balik juga lewat untuk appointment uda.
hm...semoga aku dapat tukar ke smk samudera. amin....