Saturday, December 28, 2013

bila nak amik lesen motor ni.....

lagi 3 hari disember 2013 akan digantikan dengan januari 2014. bukan lama sangat pun...maknanya bukan lama sangat pun cuti aku berbaki. haha.... semalam mesyuarat pertama guru untuk 2014. aku dilepaskan daripada disiplin tapi digantikan dengan kokurikulum. jadi setiausaha tahun ni. bekerja dengan azharul dan aimran. pengsan! dengan azharul ok. tp dgn aimran tu, mcm aku kna belasah dia je... tgk lah mcm mn nanti. sebaik2nya, aku minta pertolongan Allah lebih awal. semoga aku dipermudahkan berurusan dengan dia. dan semoga lebih jelas keberkatan rezeki aku nanti. insyaAllah....
aku beli skuter secondhand. untuk dibawa dan digunakan di pangkor. lepas ni kelas pemulihan adli setiap 2 minggu. jadi tak mungkin lah kut aku nak berulang ke sekolah dan hospital dengan van. jadi, aku bincang dengan din untuk beli skuter. pergi survey bbrp kedai, akhirnya dapat lah satu skuter yang nampak ok. tak mahal sgt dan nmpk mcm ok enjinnya. aku bukan reti pun bawak motor. minggu depan siap katanya. aku nak bawak balik rumah dan praktis dulu banyak kali sampai cekap, baru nk bawak masuk pangkor. kena bawak masuk pangkor sebelum din pergi usm.
# aku ada lesen motor ke...? mana ada!

Wednesday, December 25, 2013

rezeki along @ saiful adli bin khairuddin

minggu lepas, aku bawa along adli ke Pakar Kanak2 kat Hospital Manjung. baru kali ni dapat jumpa doktor yang betul2 dalam bidang kanak2 (rasanya lah). sebab 2 pertemuan sebelum ni macam tak bersungguh2 je aku tgk. aku terus ajukan pasal pendidikan along. tahun depan along dah 4 tahun. aku ada rancang nak hantar dia ke sekolah awal. sekurang2nya umur 5 tahun dah mulakan pendidikan. semakin banyak aku tanya, semakin jelas perancangan aku atas dia. semoga Allah terus memberi petunjuk kepada aku dan din untuk membesarkan dia mcm kanak2 lain. # walaupun pada hakikatnya, dia adalah sangat istimewa untuk aku! doktor bawa aku dan along adli jumpa pakar kanak2. doktor shila terus suruh tulis borang oku. oh...mula2 tu mcm terkejut tapi tak berapa terkejut sbb kak bariah pun cadangkan aku daftar kan along terus bawah jkm. senang utk kebajikan dia. aku jadi sebak masa isi borang tu. aku pernah tgk borang oku tu masa aku pam susu untuk angah kat wad bersalin. tak sangka kali ni aku betul2 kena isi untuk anak aku sendiri. dugaanMu ini Allah, kadang2 menjadikan aku semacam orang hilang panduan sekejap. aku pohon dariMu ya Allah, Engkau mudahkanlah urusan along adli dan mudahkanlah juga aku, suami dan semua orang disekelilingnya mendidik dia ya Allah.... aku rancang nak hantar along ke sekolah tahfiz memandangkan kelebihan dia yang senang menghafal ayat alQuran. Engkau mudahkanlah Allah.... amin....

along dan autisme..... perjalanan baru untuk aku, suami dan dirinya sendiri....! keep going!
# sebaknya mengarang ayat atas ni...kuatkan lah aku, ya Allah.. tabahkan lah aku......

Wednesday, December 11, 2013

KBAT

Argh..pagi2 lagi dah kena mengadap KBAT ni! marah betul... tapi rasa nak gelak pun ada juga.. sendiri yang lambat buat, mestilah sendiri yang kena tanggung, kan? haha... aku dah pergi sekolah hari tu. tapi terlupa betul nak amik salinan/handout/buku yang dapat. jadi, sekarang ni meroyan lah seorang2 kena rangka balik jawapan. padahal masa kursus tu, dah bincang dan buat dah. nasib2... itulah, kalau dah mmg cuai, ini lah jadinya.. minggu ni kena siapkan jugak kerja2 ni. sbb minggu depan nk puasa. sambil2 tu nak menjahit. baju k huda banyak lagi ni...! tudung zi pun tak mulakan lagi... tolong....!!!

Tuesday, December 10, 2013

menjahit sambil meneman suami...

salam... dah pukul 12 tgh malam lebih. suami dah tidur.. padahal dia yang kna stay-up sebenarnya sebab nak siapkan assignment usm dia. hehe...'nanti kejut abang pukul 12 tau'..hm.. tak sampai hati pulak, sbb mcm best je dengar dia berdengkur.. haha... nantilah lepas habis taip ni aku kejut dia bangun. sepatutnya hari ni dah kena hantar tapi dia dah telefon ketua dia, esok baru hantar.
sepanjang 2 minggu ni, dia ada eksesais. sabtu ahad pun ada. macam mana kitaorg nak pergi kenduri anak abang damar kat kuala kangsar..pening2... mak dan abah turun jgk tu. harap mereka faham dan buat-buat faham. abah kan dulu askar, aku rasa dia akan faham sefaham2nya. oh ya, kna ingatkan suami untuk buat tinjauan harga diari islamik utk abah. abah nak beli kan untuk ajk masjid gemang.
2 minggu lepas, sisir angin/nyamuk kat rumah ni dah diganti. amik masa smpai 2 minggu nak kena siapkan! mengamuklah encik suami ku yang boleh tahan jugak marahnya tu. mungkin kontraktor baru - yang baru nak berjinak dengan pentadbiran dalam pangkalan. buat kerja kurang serius. kena komplen, baru nak bergerak laju sikit. itu pun terbengkalai jgk. minggu lepas, masalah tersumbat dalam bilik air utama selesai. lebih kurang 2 jam je. siap semua. mmg tabik spring lah kat kontraktor tu. suami cakap, dalam stor tak nampak pun macam bekas orang buat kerja. very clean, i guess!
suami aku adalah penguat semangat aku dalam bidang menjahit ni. mmg bagi sokongan 100% pun. aku cakap takde lampu waktu menjahit malam2, dia ajak beli lampu study. aku pun pi la beli dengan dia dan anak2 kat billion. pakai lama lah jugak. last2 rosak. aku komplen lagi. aku ajak dia g cosway beli lampu kecil yang boleh gantung kat leher tu. jom... pi beli... lepas tu aku komplen lagi. kena pasang lampu ni, baru cerah! lepas tu, dia pi beli kat hardware lepas main badminton. haha... abang.. abang....love u sayang! love u very much walaupun kadang2 tu mmg geram je rasa nak marah kat abang! jadi sekarang, aku nak menjahit malam dah xde masalah. lampu terang benderang! hehehe.... bilik ni mmg dah diwartakan jadi bilik menjahit pun! hehe.....
aku mmg suka menjahit..... minat arwah emak yang aku kira aku je yang dapat 100%. 2 minggu lepas aku pergi kelas menjahit langsir kat kolej komuniti manjung. macam biasa, suami mmg bg sokongan penuh. sanggup jaga anak sambil kontraktor sisir nyamuk tu datang buat kerja. really love u sayang... till jannah... amin....

Friday, November 22, 2013

cuti sekolah 2013

salam.... hari ni dah nak masuk seminggu cuti sekolah hujung tahun 2013. aku kat sekolah ni, siapkan kerja sikit lagi. nak habiskan kerja berkaitan dengan PBS. PBS kelas 1 delima. tak siap pun lagi. layan blog sendiri kejap...
sebenarnya banyak sangat benda nk tulis dalam ni. macam2... perkembangan anak2..perkembangan kerjaya suami...perkembangan kerjaya diri sendiri...mcm2! perkembangan kopi pun tak terlepas... hihi...
adli dah pandai main ngan aqli. tp main tolak2... haha...sian jgk kat angah sokmo jatuh. tapi tu mungkin permulaan untuk along bermain dengan angah kut... angah pun saja tau kadang2.. kuat nangis.. along buat sikit je, tapi melalaknya macam kena buat teruk sangat. kesian along kena marah saja dari aku n din. haha... hakikatnya, mak dan bapak dia tahu siapa yang bersalah sebenarnya! haha... angah2... geram betul nk cubit! oh ya, dia dah boleh berjalan sejak 2 minggu lebih. cepat dari along - my handsome and soleh boy! makin besar makin cantik perkembangan dia.. alhamdulillah.. ya Allah, bantulah anak2 ku untuk berjaya menjadi hambaMu yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.. amin...
what is so great about having a blog? huh...susah betul nak jawab. tp aku suka buat blog. i just luv it! - sama macam aku suka menjahit! # boleh ke perumpamaan tu? hentam lah...
last wednesday was along's last appointment with Dr Dzul. Doc said, no more appointment after this. sbb tonsil dia nmpak macam dah ok. tidur tak berdengkur. demam tak kerap. oh ya... along just recovered from chicken pox! dapat dari anak2 kak ayu (pengasuh). anak2 dia dah kena 4 orang, baru along kena. tapi anak dia kena campak je. sekali along kena pelentung daa... hihi...xpe kak ayu, jangan risau. by time, kena jugak penyakit tu... it's ok...
# where is the point of having vaccine? - kita boleh berusaha, Allah juga yg tentukan. betul?
abang zainal @ suami nyah dah dapat kerja. disember 2013 di taiping. nyah will stay at kl for time being with imran. go go go nyah! mesti kuat semangant. # teringat kat diri sendiri.. hehe....
susah atau senangnya menjaga anak2 sewaktu suami xde ni, hanya yang berpengalaman je boleh komen. itu pun, kita dalam keadaan yang berbeza. suami orang lain outstation mungkin ada line telefon. tapi untuk isteri2 askar ni, takde line telefon. bila tgk wasap ada 2 tanda betul, boleh senyum sengih sepanjang hari, ok! haha.... kenangan pahit yang menjanjikan kenangan manis bila kita dah berjaya harungi ia... know what, i can say that we are the strongest wives among others! # jgn cemburu....

Monday, October 7, 2013

..sombong..

Makin hari nampak makin sombong. Kenapa ya? Adakah sebab kita dh berjaya (pada pendapat aku, belum lagi berjaya sepenuhnya)? Adakah sebab mmg mcm tu perangai manusia yg sememangnya dan selayaknya sentiasa diuji oleh Allah? Pening...

Thursday, October 3, 2013

nak berhenti kerja boleh tak sayang...?

Salam... salam dari diriku yang dah lama tak menulis dalam blog. pada hakikatnya aku sangat suka menulis diari. mungkin sebab dari kecil lagi aku telah dilatih untuk menulis diari. know what, when i was in standard 3 (if not mistaken), bapak gave me one diary. black color. maybe he knew that i liked to write. and, yes i wrote in there especially when it took about my admire boy - my husband now! haha...
hm... din belayar ni 9 hari. kali ni macam lama sikit. selalunya dalam 7 hari je. tapi kali ni, lama. anak2 terutamanya along nampak sangat rindu ke bapaknya. sedih betul tgk dia... selalu din yang main2 dengan dia. aku jarang2 main. tapi dalam seminggu ni, aku la yang main dengan dia. hihi... bukan main lagi gelaknya... rindu pulak kat along... apa lah yg dia tgh buat tu ngan angah kat umah k ayu... rindu deh...
best kan kalau duk rumah, jaga anak2, jaga pakai minum suami dan anak2. menjahit daripada rumah. berkebun sikit kat luar tu. ya Allah, berilah aku petunjukMu ya Ilahi...sungguh, perasaan untuk menjaga anak2 ini lebih mendalam berbanding dengan keseronokan mendapat gaji dan melarikan diri ke sekolah untuk bekerja.. mudahkan lah ya Allah.. Engkau permudahkanlah kerana hanya Engkaulah yang maha memudahkan... amin... lantas, mengapa masih disini?

Saturday, July 20, 2013

malam istiadat....

assalam...isk2.. ni dah masuk kali kedua dah ni menulis dalam minggu ni.. hehe.. apakah terlalu tiada kerja untuk dilangsaikan atau aku sememangnya rajin nak menulis walaupun banyak sungguh kerja yang menanti.. haha... malangnya semua kerja tu ada di seberang laut - di smk pangkor tercinta! balik rumah untuk rehat (walau pun sebenarnya kepala ni tgh susun jadual perjalanan esok di sekolah supaya jam-jam yang dilalui menjadi detik2 yang dikira sebagai ibadat oleh Allah). Permudahkan urusan ku esok ya Allah! amin....
mengikut perancangan awal, jumaat ni ada malam istiadat. dalam tentera laut, menghadiri malam istiadat adalah seumpama menghadiri satu majlis bersama orang-orang besar (ingat Sam, majlis mu ketika buku amalan mu akan diserahkan nanti di hadapan Allah akan menjadi detik yang paling menakutkan kelak!). macam-macam istiadat ada dalam ni. ni kali kedua aku datang. dan kali ni sebagai isteri CO. hehe... malu i...

Puasa...

wargh.... lama betul tak menaip dalam blog ni... ni ada kesempatan sebab hari ni sabtu, and yet i'm working today! huh....
din kat rumah jaga anak-anak. tak perlu hantar ke pengasuh sbb din ada. lain lah kalau suami ku tiada, jadi wajib hantar ke blok a28 tu. oh ya, sekarang dah ada pengasuh baru untuk anak-anak aku. k milah dah tak nak ngasuh, badan dia jadi sakit-sakit. sekarang dah ok rasanya. tapi aku pun dah selesa hantar anak-anak ke kak ayu (pengasuh baru). duduk kat tingkat 5. jadi setiap kali pun kena naik lif. jangan lah ada masalah dengan lif. jenuh rasanya nak mengangkut dua anak soleh tu ke atas... tambah2 pulak bulan puasa ni..
din insyaAllah akan belayar 29hb ni, seminggu. lagi 2 hari sebelum raya, balik lah kut. dapat lah beraya bersama. tapi di kelantan! oh tidak.... setiap kali nak raya ke kelantan, perasaan aku jadi tak best. muka mesti berkelat. raya kat kelantan tak meriah. tak seronok. harap ke budak2 je yang datang. yang tua2 pun datang jugak, tp aku tak kenal. tak best. bersembang pun mesti macam depa tak puas hati (gaya mukanya lah....) haha.... biasalah.... biarlah rahsia...hahaha.... eh, aiman dan alif ada ke ha? oh.... tidak.....!!! tak suka....! insaf2...
hari ni tak bangun sahur. sedar2 dah pukul 5.50 pagi. aku tanya din, subuh kul berapa? dia kata 5.50. lepas tu baru azan. ish.. kalau la din bgtau 5.51 pagi kan bagus. boleh la aku minum... din nampak rasa bersalah sbb dia set hanset dia untuk 'weekdays'. hset aku? ada tapi tak dengar.....hset dia lagi kuat bunyinya.. semoga terus bersemangat di hari bekerja ni! pening.....



Saturday, April 20, 2013

dan bila jiwa menjadi kelam......

as salam... kali ni 9 hari sahaja suami belayar.. masih dianggap lama oleh orang yg belum biasa dan dianggap sekejap oleh orang yang sudah terbiasa. haha... aku? ntah.. sekejap kut... sudah mangli (kata orang kedah dan pulau pinang). banyak juga perkara yang mengikut jadual (syukur padaMu ya Allah) dan ada juga yang menjadi kelam.. (sabar sam, ini semua ujian Allah untuk hamba yang dipilihNya).
rabu lepas berkesempatan menonton Reset Minda Prof Muhaya - Guru. hm...macam betul je kan.. guru mendidik; bukan sahaja mengajar. mendidik anak orang lain sebaik mungkin kerana Allah akan hantar guru yang sedemikian untuk anak-anak kita. jiwa aku yang kelam... harus bagaimana rezeki anak-anak aku kelak?
orang yang tidak bahagia (menurut Prof Muhaya) akan melakukan empat perkara dalam hidupnya. mengumpat, mengeluh, menyesal dan merungut (kalau tak silap aku). hohoh.... aku tidak bahagia kah? aku mengumpat.. aku juga mengeluh.. tapi jarang2 sangat untuk menyesal dan aku juga merungut (akhir-akhir ni aku selalu merungut tentang sikap GK Koku sekolah aku. dan bukan aku seorang sahaja merungut tentang dia. seantero unit sukan macam tu). sangat terbukti yang kami ni mmg tidak bahagia bekerja di bawah pentadbirannya. tapi sampai bila mahu tunggu dia yang berubah, melainkan kita sendiri yang berubah terlebih dahulu. benarlah kata Prof Muhaya ; dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya. jika kami adalah org yang positif, pasti suatu hari nanti dia pun akan menjadi orang yang positif. ampunilah aku ya Allah..., kurniakanlah kebahagiaan kepada aku....
mengapa tidak bahagia sedangkan itu adalah rezeki yang telah pun Allah tetapkan untuk kami bertugas di situ. dugaan datang bertimpa bila pembelajaran yang sepatutnya menarik dan tertarik habis dikerahkan untuk memanggil pelajar pulang ke kelas (but, lately there were so little in numbers malay students hang around the school). dan keringat kami jugak tidak dihulurkan sebaik mungkin kerana pelajar2 cina sungguh sukar didekati lebih-lebih lagi dalam kelas belakang. bermain daun terup dan berjudi menjadi perkara biasa. bukan tidak pernah ditegur (mana mungkin ada guru yang membiarkan pelajarnya dan pelajar lain berjudi dalam kelas). ditegur secara baik, pasti diulang permainan tersebut. ditegur dengan kasar, maka jawapannya juga mestilah dalam bentuk kasar dan pedas. selagi pelajar Islam tidak terlibat, aku hanya boleh menggertak pelajar cina ini untuk menyimpan daun terup dan wang taruhan mereka sebelum perkara ini dilaporkan kepada encik lai (semua pelajar di sekolah tu takutkan encik lai melampaui takutnya kepada pengetua). kelas yang sepatutnya sejam sepuluh minit diisi dgn ilmu hanya tinggal 10 minit untuk dilangsaikan tanggungjawab. selebihnya disia2kan dengan memujuk pelajar lain pulang ke kelas masing-masing dan memeriksa penulisan nota oleh setiap pelajar....
ya Allah, bantulah hamba mu ini..... (yang seikhlasnya menjadi guru)....amin....

Wednesday, March 27, 2013

dan begitu lah kiranya....

as salam... untuk kesekian kalinya aku dan anak2 akan menghabiskan sisa cuti sekolah ini tanpa suami sebab dia kena kerja di laut.. dah terbiasa? ya... tapi kadang2 masih memikirkan apa lagi hikmah di sebalik jodoh dan rezeki aku yang dikurniakan Allah ini (walaupun pada hakikatnya, aku sendiri sudah nampak hikmah itu). rasa tanggungjawab dan kehebatan arwah emak menguruskan kami sekeluarga sesekali menyelinap dalam hati aku. 'agaknya macam ini lah arwah emak selesaikan urusan anak2 bila arwah bapak pergi ke hutan....' zaman dahulu kala, mana ada hubungan internet dan sebagainya. syukurnya aku sekarang ini ialah bila sudah ada talian yang boleh dihubungi untuk bercakap dengan teman sejiwa aku.. syukur ya Allah.... along ikut achu dia ke kolam mandi. kata achu (masa kami melambai ke suami) kepada along ' takpa, nanti dah besar, bapak tak belayar dah. masa kecil ni biarlah bapak belayar dulu, along tak ingat apa2 dah nanti bila dah besar'... oh..., indahnya jika ditakdirkan Allah nanti Din menjadi Panglima. jadi pada masa itu, bapak betul2 dah tak perlu belayar.. amin... bila Din belayar, aku ambil peluang untuk hebatkan pengurusan masa aku. tapi, biasa lah... masih ada hal-hal yang tak selesai. bak kata achu maria, 'ko ni suka buat kerja separuh jalan..' haha... apa lah yang dia tahu dan faham keadaan isteri yang bekerja dan pada masa yang sama menguruskan anak2 di rumah... takpa, sudah 'mangli' di telinga aku.. dah tak menjejaskan reputasi aku pun... hihi..... 'abang, semoga semuanya selamat dan sejahtera...' daa.... =)

Saturday, March 16, 2013

....aircond...

as salam... semalam orang dari sen heng datang rumah untuk pasang penghawa dingin kat bilik utama rumah aku. alhamdulillah... akhirnya....! rezeki Adli dulu, kami beli kamera Nikon D90. kali ini pula, rezeki Aqli dapat beli penghawa dingin untuk keselesaan bersama... hi... kira semalam dapat tidur macam dalam bilik hotel lah kiranya! minggu depan din belayar.. hu... 10 hari. hm.. sunyi la cuti sekolah bulan 3 ni.. dah lah sebelum ni cuti raya cina seminggu pun din belayar jugak.. aduh... kalau din ada kat rumah, boleh minta tolong dia kemas rumah dan uruskan anak-anak. jadi aku boleh keluarkan kemahiran memasak aku yang hebat tu! haha... ni dah tak ada orang nak tolong tengok2kan anak2, maknanya pendam saja lah kemahiran aku yang baru berusia setahun jagung tu. lagi pun, memasak untuk din ni membahagiakan aku... perasaan memasak sesuatu yang istimewa untuk suami ni lain macam sikit. rasa seronok dan puas hati (sebenarnya tersengih-sengih dalam hati) melanda diri. tambah pula kalau dia cakap 'hm.. sedap!' oh, lagi lah best! =) hm.. tunggu cuti bulan 5 pula lah jawabnya ni...

Tuesday, February 26, 2013

minggu yang mendebarkan jiwa...

assalam...din belayar lagi..8 hari...aku dan anak2 mcm biasa kt rumah. tp sebelum 2 malam ni, makcik ada sini temankan aku dan adli dan aqli.. smlm makcik balik. tu pun dh ptg sgt. tu pun sbb malamnya dia bertugas kt bilik gerakan. hm.. dah nak dekat dgn pilihanraya lah ni ek.. pertama kali mengundi adalah masa hari perkahwinan aku. aku pergi mengundi dlm pakaian songket hijau. din x mengundi pun. aku sorang ja yg mengundi bersama dgn arwah mak dan nyah yong kakcik. eh, kakcik ada ke masa tu? ntah...tp yg pasti adik tak terjatuh sbb koridor licin. dan jatuhnya tu dpn awek2 cun yg tgh tgu bawah kantin. he... adli admitted to ward last week. fortunately din ada kat sini. setiap malam selama 4 hari, dia lah g teman adli kt wad. aku tidur kt rumah dgn angah aqli. boleh je aku nak tidur dgn along kt wad. tp nnt kesian pulak kt din kt rumah nak kena panaskan ausu malam2 kalau aqli menangis. kesiannya tgk anak mak ni kena amik darah. serata alam badan dia kna cucuk. x jumpa saluran drh. budak kecil. x makan pilak tu. jadi mmg bertambah lah tahap ketidakjumpaannya itu... ok..esok atau bila2 kita sambung lagi. mata aku ni tak boleh nak bukak dah....daa...

Monday, January 28, 2013

cabaran 2013...=)

as salam... hari ini sudah mencecah 28 Januari 2013. sudah 28 hari kita melangkah dalam tahun 2013 ni. macam-macam perkara dah terjadi. Din sudah pun menjangkau umur 30 tahun! he... tapi yang paling kerap sekali terjadi adalah perpisahan sementara antara aku dan anak2 dengan suami. perpisahan kerana suami melaksanakan tanggungjawabnya dan kerana kerjaya aku sebagai guru kini bersambung kembali. suami aku dah nak masuk 2 bulan menjawat sebagai ketua memerintah KD Kinabalu. satu pencapaian yang membanggakan aku dan sudah pasti pada diri dia sendiri. satu pencapaian yang sepatutnya menjadi batu loncatan kepada kami untuk lebih rapat dengan Allah kerana semua ini adalah dengan izin Allah dan keredhaanNya. seperti kata Halim Cho, 'being a navy is just about time and luck'. kerana rezeki daripada Allah ini lah, seharusnya dapat menambahkan iman aku dan din kepada Allah, pencipta sekalian alam.dan sepanjang tempoh ini, dah beberapa kali aku dan anak-anak ditinggalkan sbb dia kena belayar.. (ye lah, takkan nak bawa keluarga pula setiap kali belayar. =)) dah seminggu Din menjejakkan kaki ke USM untuk menghadiri kelas intensif yang diwajibkan ke atas setiap pelajar PJJ kat USM. kali ini, 3 minggu. tahun lepas 2 minggu je. sepatutnya Din tak balik pun sepanjang tempoh tu. tapi nak dijadikan rezeki aku dan anak-anak, pagi sabtu (lebih kurang pukul 2 pagi), Din sampai di muka pintu. sayangnya aku dan anak-anak dah tidur dengan lenanya dalam bilik. bila aku bangun dalam pukul 3 pagi, aku tengok dia dah tidur atas lantai. suamiku.... suamiku.... sampai begitu sekali tak nak kejut aku bangun tidur. bila ditanya esok paginya, dia jawab 'kesian. tengok lena sangat tidurnya'... hm... terima kasih sayang.. baru sekejap tadi, hantar Din balik depan muka pintu. sedihnya.... sabar cikgu Sam. lagi seminggu 4 hari je lagi. dan dua tahun je lagi macam ni. insyaAllah selepas tu selesai. tapi buat masa ni tak selesai lagi sebab lepas balik je dari USM pada 7hb Februari, panggilan kerja telah pun bersiap sedia. 8hb - 16hb Februari, belayar..! habislah cuti seminggu cikgu Sam kali ni.... uwa....=(