Monday, April 6, 2015

2015

hi every one.... hoho.. lama betul tak menulis dalam blog ku sayang.. lama betul laptop tecik ni masuk workshop. hantar utk repair. tapi lain yang rosak. aiyak....!! 4 kali tak silap aku (sebab aku tgk dalam resit) laptop ni masuk kilang. nasib la... sama mcm laptop hat kat sekolah tu. 4 kali ganti motherboad kat sen heng, baru ok. mujurnya sbb masih dalam warranty. jadi all the messes were free..!! semoga asus ku ini tidak lagi rosak lah dengan izinNya... amin...

urusan pembelian rumah telah selesai. yang tak selesainya ialah, mana nak cekau rm90k untuk diberi tunai ke tuan rumah asal. beza harga rumah dengan harga penilai tu rm90k. jadi kena bayar cash lah jawabnya.... kami nak jual tanah kat jeli. sebelum ni dh ada stand buyer. tp x jadi pulak. lepas tu ada lagi seorang. tak jadi jgk sbb dia nk suruh balik weekend tu jgk nk suruh din sign tanah. sudahnya sampai sekarang lah masih menanti pembeli yang nak beli dengan harga rm130k. semoga ada lah orang nya ya Allah yang engkau izinkan hatinya untuk beli tanah tu.. amin...

adli dah sekolah! best2! macam2 perubahan sikap aku dan din perasan. mulut dah makin riuh dan konfiden untuk cakap walaupun kami tak faham apa yang dia cakap. mmg nampak comel betul. dh la encem... pakai pulak uniform.. mmg bertambah encem lah jadinya.. din pergi ambil borang sekolah sk tldm 2. cikgu ppki suggest adli masuk situ. mcm menarik. tp nnt adli takde ramai kawan lah. ada 5 org sahaja kawan. sian jgk. tapi takpe. kita lancarkan dulu tulisan dan fokusnya. lepas tu nnt kita masukkan balik ke tadika kemas. aku rasa mcm tu lebih bagus dan praktikal tak utk dia...cikgu balkis mmg cikgu yang baik lah aku rasa. dia sanggup terima adli dan sanggup layan perangainya. kesabaran cikgu2 tadika ni agak2nya mmg di tahap maksimum lah kut. adli pernah terberak dalam seluar. cikgu dia call. pembantu dah tolong basuhkan. mujur din ada kat umah sebab tak kerja. sabar2 betul org2 yang dipilih Allah ni... aku ni, dah nak tua ni lah baru rasa mcm dah cool sikit.. masa muda2 dulu, kira nak bedal ja murid2.. haha....