Friday, November 7, 2014

pt3 dan kesannya

hari ni aku mulakan pantauan pt3 sains dengan sekolah kdsk. sekolah baru dengan bilangan pelajar tingkatan 3 nya 138 pelajar.
bagus budak2 sekolah ni. masalah disiplin biasa ttp ada, tapi kesungguhan untuk mencuba menjawab soalan tu mmg dikagumi. biar cuba sedaya upaya, janji jgn mengalah sebelum tiba masa. hah...! dh macam pantun dah aku rasa. haha....
ada lagi 4 buah sekolah menanti. menanti untuk ditaksir dan disahkan penandaan@penskorannya. macam2 istilah aku belajar sejak jadi pentaksir pt3 ni. macam2... ilmu... mesti digali dan terus digali.. jangan tunggu saja orang tawarkan. betul?
KBAT ; kemahiran berfikir aras tinggi. mmg diterapkan dalam soalan2 pt3. sejujurnya aku mmg sokong 100% KBAT ni. soalannya mmg susah. tp perlu diterapkan dari sekarang atau pun dari dulu lagi. ~barang yang lepas jangan dikenang~
rata2 cikgu kt Malaysia mmg tak bersedia dengan KBAT. sama macam aku. gambaran KBAT datang dari PISA (sbb sekolah aku ambil ujian PISA saja. TIMSS tak ambil). bila dirujuk2, mmg idea bentuk soalannya begitu. perlukan murid2 untuk berfikir 360 darjah.
komen dari pentaksir negeri : soalan2 peperiksaan di Malaysia terlalu longgar. terlalu memfokus. tidak seperti di negara2 maju lain, soalannya lebih kepada pemikiran. contoh ; beri 2 cadangan untuk mengatasi masalah pencemaran udara. jika di negara maju, berikan cadangan untuk mengatasi masalah pencemaran udara. walau pun dgn perkataan 2, ia mampu memberikan pelbagai jawapan yang datang daripada pelbagai latar belakang murid. kebanyakan soalan KBAT menitikberatkan 'cause and effect'. KBAT melatih murid untuk berfikir kenapa jadi dan apa kesannya.
jadi, sediakah kita (guru2 dan ibubapa) dengan KBAT?