Tuesday, January 19, 2010

mengapa dan mengapa....?


tadi masa melepak dalam bilik persediaan makmal biology kat sekolah, tiba-tiba terbincangkan pasal pelajar tingkatan 4. minggu lepas penyampai berita dah umumkan tentang keputusan kemasukan pelajar2 tingkatan 4 ke sekolah berasrama penuh. ada berpuluh2 ribu calon, tapi tawaran hanya untuk 4 ribu pelajar sahaja. rupa2nya antara 4 ribu pelajar2 tu, beberapa orang datang dari sekolah aku. kalau anda menjadi mereka, adakah anda akan ke sekolah tersebut?

mesti ye kan.. tapi pelajar2 sekarang ni pelik. tak nak pergi @ menolak tawaran tersebut. alasan? 1. hilang senioriti. 2. nanti kena lepaskan jawatan2 penting di sekolah seperti pengawas sekolah, naib pengerusi kelab/persatuan. alasan-alasan ni bagi aku tak logik langsung. tentang senioriti dan jawatan. kedua2nya penting. tapi tak lah sehingga menyebabkan aku menolak tawaran yang tak selalu datang. aku rasa sebenarnya student2 ni anak manja kut. tak biasa hidup berjauhan. nanti kena seterika baju sendiri. kena basuh baju sendiri. makan ikut masa. solat mesti cukup. solat di surau. ada ceramah agama dan motivasi. macam2 kena buat sendiri...

tapi student2 ni tak terfikir ke yang ini semua nanti akan mematangkan diorang sendiri. nanti bila masuk matrikulasi/universiti, kan dah biasa nanti. tak runsing dah nak sesuaikan diri dengan masa dan kelas. can survive better than others! ish... memang pelik lah student2 ni..... malas nak berfikir lah ni...

Thursday, January 14, 2010

2010


hai.... salam.... selamat datang 2010. selamat kembali ke alam persekolahan untuk pelajar2 sekolah di seluruh Malaysia. mesti excited kan nak sekolah balik! baju baru, kasut sekolah baru, beg sekolah baru. dan semuanya baru! kalau dulu2, zaman aku bersekolah, time paling best adalah time nak naik tingkatan 1 dan 4. time tu, ada ganjaran baju baru sebab dapat result best time upsr dan pmr. best2.... !

tahun ni, pelajar2 yang naik tingkatan dari tingkatan 3 ramai jugak. macam biasa, ada 11 kelas semuanya. bersesak2 la buat masa sekarang sebab ramai. dalam satu-satu kelas tu, mesti berpuluh2. takpela.. sementara je tu. sementara pelajar2 ni tak terima tawaran dari sekolah2 lain. sekolah asrama penuh, mrsm, teknik, skm. dengar kata, minggu depan keluar tawaran teknik. mintak2 ramai la student ni dapat gi sekolah teknik. amin....

aku suka galakkan student kelas hujung untuk ke skm. sijil kemahiran Malaysia. ditawarkan di sekolah teknik & vokasional sahaja. khas untuk pelajar2 yang mempunyai keputusan periksa C, D, E. janji BM lulus. bagus tau bidang ni. nampak macam kurang standard sebab yang masuk ke situ memang pelajar2 yang tak pandai. tapi, ruang kerjaya lebih terbuka luas untuk golongan skm ni. amik 6 subjek teras seperti pelajar2 lain di sekolah + 3 subjek elektif kemahiran. boleh amik automotif, air cond, welding dll. daripada student2 tak pandai ni duduk sekolah (ponteng kelas, hisap rokok, tak buat homework, melawan, conteng dinding), lebih baik pergi skm. dengar kata, cikgu2 skm ni garang. tapi memang la kena garang. kalau tidak, macam mana nak latih disiplin untuk handle alat2 welding, enjin, air cond tu. senang mintak kerja nanti kat workshop. kereta makin hari makin bertambah. sama la dengan motosikal. jadi, peluang tu lebih luas untuk yang ada sijil skm ni. jadi, aku menggalakkan 100% pelajar2ku untuk ke skm daripada membuang masa belajar teori di dalam kelas. lebih baik pulun kemahiran kalau akademik tidak memuaskan. hidup skm!