Thursday, September 20, 2012

budak sekolah aku.... (buat masa sekarang)..

tadi dapat slip ganti untuk kelas 4k1. hm... dari jauh budak2 ni dah bersahut2an menyambut kehadiran aku... mula2 rasa keliru. ni masuk kelas ke masuk zoo? budak2 ni buat bunyi macam dalam 'game angry bird' tu. aku dah duduk kat kerusi guru pun, masih tak senyap. macam2! aku duduk dan pada masa yang sama, tengok corak hiasan dinding kelas. macam-macam ada. tup2 nampak perkataan carlsberg. 'no carlsberg'. 'no smoking', dan pelbagai lagi lukisan yang tak nampak pun di mana kecantikannya untuk sebuah kelas..... pelajar lelaki keluar beramai-ramai untuk ponteng. ada seorang pelajar perempuan pula, curi ambil kad daun terup untuk dimain bersama kawan-kawan. dah diugut oleh aku pun, masih curi2 nak main. akhirnya bila diugut akan ditangkap gambar dengan telefon bimbit, baru la nak berhenti. lepas itu, semua pelajar lelaki tadi masuk balik ke kelas dengan roti di tangan. dari mana budak2 ni ambil ye... dengar kawan2 cakap, 'itu daging **** la..' hm... ni mesti ambik dari beg budak cina ni... tapi makan jugak beramai2! apa la nak jadi budak2 kat sini.... pening! sakit kepala! lelaki dan perempuan sama saja. bila ditegur, menjawab menyebabkan kita ni jadi lagi sakit hati dan mula nak keluarkan perkataan tak baik. bila dah jadi macam tu, mesti jadi perang mulut antara cikgu dan budak2 ni. sudahnya, cikgu akan disalahkan. huh.... susah jadi cikgu sekarang ni.. =) susah bertambah susah bila dapat pelajar macam ni. cabaran tu cikgu! he... nasib baik la cita-cita aku dari sekolah rendah lagi memang nak jadi cikgu pun. cuma tak sangka tiba-tiba ada impian untuk berhenti kerja sekiranya masa dan rezeki suami mengizinkan... amin... =)