Thursday, July 5, 2012
nisfu syaaban.....
hari ini hari nisfu syaaban. untuk orang islam termasuklah aku, digalakkan untuk berpuasa sunat. untuk kes aku, kena puasa ganti dulu! he... tapi mungkin tak ada rezeki dari Allah, Tuhan sekalian alam untuk aku hari ni. pagi tadi bangun sahur bersama suami. makan nasi, telur goreng, kicap dan sayur petola (yang aku bersungguh-sungguh masak malam tadi). berselera aku makan. disertakan dengan air susu hi goat. tapi masa berus gigi mandi subuh tadi, habis segala-galanya dimuntahkan semula. jadi azam aku hari ini, nak memasak untuk berbuka suami aku. mintak2 lah diizinkan Allah.
kandungan aku dah nak masuk 6 bulan. setakat yang sekarang ni, memang penat bersekolah dan mengajar kat sini semasa mengandung. macam biasa, hal berjalan kaki lah yang aku bebelkan....
Subscribe to:
Comments (Atom)