
hai.... salam.... selamat datang 2010. selamat kembali ke alam persekolahan untuk pelajar2 sekolah di seluruh Malaysia. mesti excited kan nak sekolah balik! baju baru, kasut sekolah baru, beg sekolah baru. dan semuanya baru! kalau dulu2, zaman aku bersekolah, time paling best adalah time nak naik tingkatan 1 dan 4. time tu, ada ganjaran baju baru sebab dapat result best time upsr dan pmr. best2.... !
tahun ni, pelajar2 yang naik tingkatan dari tingkatan 3 ramai jugak. macam biasa, ada 11 kelas semuanya. bersesak2 la buat masa sekarang sebab ramai. dalam satu-satu kelas tu, mesti berpuluh2. takpela.. sementara je tu. sementara pelajar2 ni tak terima tawaran dari sekolah2 lain. sekolah asrama penuh, mrsm, teknik, skm. dengar kata, minggu depan keluar tawaran teknik. mintak2 ramai la student ni dapat gi sekolah teknik. amin....
aku suka galakkan student kelas hujung untuk ke skm. sijil kemahiran Malaysia. ditawarkan di sekolah teknik & vokasional sahaja. khas untuk pelajar2 yang mempunyai keputusan periksa C, D, E. janji BM lulus. bagus tau bidang ni. nampak macam kurang standard sebab yang masuk ke situ memang pelajar2 yang tak pandai. tapi, ruang kerjaya lebih terbuka luas untuk golongan skm ni. amik 6 subjek teras seperti pelajar2 lain di sekolah + 3 subjek elektif kemahiran. boleh amik automotif, air cond, welding dll. daripada student2 tak pandai ni duduk sekolah (ponteng kelas, hisap rokok, tak buat homework, melawan, conteng dinding), lebih baik pergi skm. dengar kata, cikgu2 skm ni garang. tapi memang la kena garang. kalau tidak, macam mana nak latih disiplin untuk handle alat2 welding, enjin, air cond tu. senang mintak kerja nanti kat workshop. kereta makin hari makin bertambah. sama la dengan motosikal. jadi, peluang tu lebih luas untuk yang ada sijil skm ni. jadi, aku menggalakkan 100% pelajar2ku untuk ke skm daripada membuang masa belajar teori di dalam kelas. lebih baik pulun kemahiran kalau akademik tidak memuaskan. hidup skm!