Wednesday, July 11, 2012

........ kenapa mesti aku kat sini? huhu....

makin lama duduk sini, makin rasa bersalah pada diri sendiri (bab-bab gaji la ni). mengajar kat sini macam tak mengajar. pelajar tiada dalam kelas. yang ada pun kadang-kadang tu, seorang dua je yang belajar. itu pun, kadang-kadang berpujuk. jenuh berpujuk? tidak! sebab aku pun dah terbiasa kat sini. kalau taknak belajar, jangan mengajar. memang pun aku tak mengajar sangat. gaji buta! hoho... tak bestnya kat sini macam ni... pelajar tak boleh dimarah. nanti dikatanya kita ni mencantas dia. mencantas? dia tahu tak yang kalau kita ni marah dia, bermakna kita ni ambil berat tentang masa depan dia. mungkin dia tahu atau saja2 buat tak tahu sebab tak suka kena marah. memang lumrah dalam dunia, siapa yang suka kena marah? hehe... tapi dah kalau selalu buat masalah, sampai bila tak boleh kena marah. cakap elok2 pun, tak ada kesan juga... huhu.... sekarang ni tumpuan aku lebih kepada kerja2 pentadbiran atau kerja2 aktiviti sekolah je. tak bestnya! sepatutnya mengajar adalah tumpuan utama. tapi dah terbalik. aku fotostat nota (nasib baik sekolah ni boleh fotostat bahan di pejabat) bukan banyak pun. 35 helai saja. tak laku! pelajar tak nak ambil. yang ambil yang nak belajar je. jadi, kelas 3a3 dan 3a4 tu, nota tu laku dalam 5 helai je. bila kita tanya kenapa tak ambil nota, jawapan yang sangat ringkas diberikan mereka. cikgu, nanti kami buang je nota tu. cikgu ambil la nota tu. tak payah bagi la... aduh..! kalau pelajar cina dan india lagi senang. nak nota tak? tak nak cikgu. nak belajar tak? tak nak cikgu. habis, awak semua nak buat apa? tidur, cikgu. haha..... rasa bersalahnya aku....!