salam....dan selamat petang semua...
hari ni dah masuk hari ke 3 adli ke tadika KEMAS tldm. selasa dan rabu lepas dihantar oleh bapaknya. hari ni dihantar oleh emaknya. emaknya yang kelam kabut sbb tak iron baju siap2 semalam sbb terlupa langsung hari ni pakai batik. dan kelam kabut sbb tgk ada kotoran minyak kat baju putih along. huh....sangat memenatkan dah mengkelamkabutkan...
angah pun tadi nangis lah pulak masa nak hantar ke rumah k ayu...uwa....ni betul2 mencabar pengurusan masa aku. hari ni din ada lari satu pangkalan. jadi xleh nk hantar. sama lah mcm minggu depan. 2 minggu din ke usm. for the last final semester. insyaAllah....amin....
hari ni syukur dapat naik feri pukul 8 pagi. mujur jgk linda dah tolong adjust waktu ngajar mula pada waktu kedua. aku memberanikan diri berjumpa dgn pengetua. cuba ceritakan pasal adli dan masalah penghantarannya. ibu mana yang tak sebak, kan? anak sulung. anak syurga. anak soleh aku. pengetua looks like ok. but not so agree dgn option yang aku kemukakan. aku request utk datang lewat dan pulang lewat. the most reason yang membuatkan dia tak berapa setuju is, kelewatan ini akan berpanjangan. katakan din belayar 3 minggu. jadi 3 minggu aku akan lewat. kalau din kursus 3 bulan, aku akan lewat selama 3 bulan. ada logiknya dalam hujah dia.
nak harapkan adli naik van atau bas, rasanya itu bukan satu pilihan kut. aku sendiri tak percaya kat dia. macam mana nak harapkan dia dari van ke pintu lif. katakan k ayu kena turun dan tunggu kat lif. macam mana kalau k ayu turun lambat. adli pergi mana nanti. takkan nak harapkan driver van tu tunggu pulak ke along. mesti dia kena hantar budak2 lain lagi..sungguh merungsing jiwaku.
ada juga aku minta tolong dari k ayu. harapkan bantuan dia atau suami utk hantar dan ambil along, bersama2 dengan aina dan faqihah. tapi suami dia tak mau naik kereta. kalau suami dia mahu naik kereta ke tempat kerja, selesai masalah aku. tapi sbb kan suami dia tak mau, aku xleh paksa. bukan tanggungjawab dia pun untuk hantar anak aku. itu tanggungjawab aku dan din. buat masa sekarang ni, k ayu dah sukarela utk amik adli kalau din xda. takkan aku nak balik dari pangkor utk ambil adli. gerak dari pangkor naik feri 11.30 dan kembali ke sekolah dengan feri 1.00 ptg. sangat tidak logik! aku hantar adli ke sekolah nanti setiap hari (sepanjang masa din tiada) dan akan naik feri pukul 8.00 pagi. jadi, setiap hari lah puch card aku warna merah dan bertandatangan cikgu daman...uwa......
xpe lah sam...adalah tu salah aku buat dengan Allah. solat lambat, contohnya kan? huh....it comes from u, and u are the one who should solve it!