Wednesday, April 26, 2023

Raya 2023

Alhamdulillah.. raya kali ke5 kami di Sabah. Kali ke6 untuk Din sebab dia dah raya Lahad Datu dah 2018. Kami semua menyusul pindah ke Tawau pada hari raya ke5. Jadi, 2023 adalah tahun ke5 kami berhari raya di bumi Borneo. Asalnya tahun ni nak tema warna merah. sebab aku berkenan betul ke warna merah last year masa pilih baju melayu kat Jakel. dah jadi tips aku n Din, kami shopping baju raya sebelum Ramadan. masa pergi 1B, singgah Parkson jap sebab teringat ustazah Ain cakap baju kat Parkson not bad dan harga tak mahal sangat. Lepas pilih baju Melayu merah, nampak Din berkenan kat 1 baju Melayu warna ala2 cyan. belek punya belek, kami amik yang tu. padahal sebelum tu aku dah beli dah kain 12 meter nak buat baju Melayu anak4. haha... jadi, cancel lah warna merah. kebetulan kat rumah memang ada kain beli dari Jakarta 2016 dulu. 12 meter juga panjangnya. cuma warnanya more to Petronas. so, kami pun tukarlah warna tema raya 2023. actually, mujur juga bukan merah. aku lupa, sebenarnya 2018 pun warna merah juga cuma merahnya tak terang sangat. dan rupa2nya warna hijau pun kami pernah dah la tahun 2019. lain sikit je warnanya dengan yang 2023 ni.. hm.. lantak lah kome! Rezeki KD KERIS 2022, audit diorang paling tinggi markah. jadi tahun ni, diorang dapat anugerah audit terbaik masa Navy Day 2023. udah ke Lumut pulak Din nya.. raya ke2 dah fly to KLIA. sempat raya hari pertama je lah dengan kitaorang. kami memang asal2nya pun memang tak balik raya every year. kami akan balik hujung tahun sebab hujung tahun cutinya lama. kecuali tahun ni la. cuti Feb/Mac lagi lama sebab SPM. hujung tahun hanya tinggal 14 hari a.k.a 2 minggu sahaja. KPM dah start anjakkan SPM lebih awal setiap tahun dan potong cuti hujung tahun supaya 2025 (hopefully la), sesi sekolah will start back on January. ha.. back to cuti raya this year. total cuti raya 2023 ialah 12 hari (termasuk cuti break semester 1 + cuti buruh). tup2 KPM umum tambah lagi sehari cuti. total 13 hari. kurang sehari je dari cuti hujung tahun nanti. ada pulak kawan FB post harga tiket murah. terus google eh.. memang murah... 6 orang tak sampai RM3k. murah la tu... goyah pulak perasaan nak balik ke tak. pikir punya pikir, kami tak balik kecuali Din la. sebabnya, Din terus ke Lumut rehearsal. Rijal baru baik demam selepas beberapa hari. aku sakit pinggang tak habis2 lagi. takkan la aku nak kepung 4 hero kat Jeli seorang2. no way man... tak sanggup.. dengan pinggang sakit macam ni, tak mau... jadi kami berlima raya di PTKK dan Din sambung raya di padang kawad sampai esok. lepas tu dia akan gerak balik ke Jeli dan fly back to Labuan in 29th. kapal nak turun yard dah. then sailing back to PTKK on 13th May. aku cakap, lebih lagi dari belayar time raya haih.. Din kata, kalau belayar time raya pun, raya ke3 ada dah kat jeti. ni ha, raya ke 13 pulak baru jumpa.. hm.. nasib2... sedia berkorban dan sedia terkorban!

Monday, April 10, 2023

Pindah ke Kota Kinabalu 2020

Tahun 2020 adalah tahun yang dinantikan oleh satu dunia (aku rasa) sebab nombornya yang cantik. 2020. Ramai yang rancang nak kahwin, dan ramai juga yang rancang untuk melahirkan anak pada tahun 2020. Tapi rancangan dari Yang Esa itu lebih baik. Hadirnya Covid 19 di penghujung 2019 tapi kesan ketara bermula pada awal 2020. Lebih kurang dari Januari ke Februari, akhirnya semua sekolah bawah kelolaan KPM dicutikan bermula daripada cuti sekolah. Kami semua sempat ke Kota Kinabalu untuk bercuti (sebab Din dah mula bertugas sebagai Pemangku KOMPAK dan CO KD SKK di PTKK bermula Januari 2020) dan akhirnya terus melepak di CM32 sehingga Jun/Julai. Din terus ke Pernama, belikan mesin basuh, peti ais dan tv, dan pasang Unifi. Bermula juga pembelajaran maya - online teaching and learning. Aku di KK, mengajar pelajar di Tawau. Bilangan pelajar yang boleh online pun terhad sebab bukan semua ibubapa mampu sediakan telefon bimbit dan line telefon untuk anak-anak pada masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Ramai yang diberhentikan kerja sebab syarikat/kedai ditutup bawah arahan ni. Nak kurangkan penyebaran Covid19. Doktor dan jururawat semua ber'PPE'. Masa genting ni, ramai kakitangan kesihatan, ATM, Polis etc bekerja siang malam di pintu sempadan, sekatan jalan raya (tak dibenarkan merentas daerah dll kecuali sebab yang terdesak). Everybody in home. Work from home. Bonding time masa ni MasyaAllah....., sangat erat bagi yang memanfaatkannya. Solat berjemaah, Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di rumah masing-masing. Din jadi imam dan bacakan khutbah. What a lovely memories! Tapi untuk kebanyakan keluarga yang pendapatan tidak menentu, PKP ni jadi menyeksakan. Ada yang tiada pendapatan sebab gaji harian, jadi ramai yang membunuh diri. Ramai yang menyeksa isteri dan anak2. Talian Nur jadi iklan untuk seketika. Seksanya masa tu, ramai yang terkorban dalam perasaan dan desakan hidup. Anak-anak hilang fokus pada pelajaran. Semangat hilang, yang ambil SPM hilang fokus. Untuk keluarga yang terkesan dengan PKP (anak-anak yang hanya boleh harapkan sekolah sahaja untuk belajar), jadi susah untuk belajar sebab tak mampu nak adakan telefon bimbit dan talian internet. Soalan SPM pun diolah supaya dapat bantu calon SPM. Masalahnya, calon-calon pun tak ramai yang dapat belajar kecuali yang betul-betul mampu untuk belajar ja. Jadi, bantuan dari LPM tu macam tak boleh nak gunakan untuk semua calon.