Monday, August 20, 2012
selamat hari raya 2012
hr ni dh hari raya ke2. smlm sampai dr jeli, kelantan. khamis lepas aku n family dh bertolak ke jeli utk sambung puasa n sambut hari raya pertama dgn keluarga din. aku tak berkeras pun dgn din nk beraya kt taiping sbb aku dh jd yatim piatu dah mula thn ni. lg pun, mak mertua aku mmg suka klu anak2 dia ada waktu pagi raya. lps tu klu nk g beraya ke mn2 pn dh x kisah. jd aku bgtau din biarlah aku mengalah pun xpe kut. janji ptg raya pertama mesti dh bertolak balik ke taiping. din setuju, jd kira ok la...
rupa2nya sayu raya sebagai anak yatim piatu ni. bila malam raya je dah mula rasa syahdu. mak selalu ckp, mlm raya org yg meninggal akan balik rumah. mungkin aku masih pegang kata2 tu kut, jd aku jd sayu sgt2. bapak x pnh tgk adli. mak ada jgk bela adli setshun setengah. mesti mak rindu kt adli kn.... aku berdoa mlm tu supaya mak n apak dtg jeli tgk aku, din dan adli....
Thursday, August 16, 2012
thanx syg...!
Mmg betul2 aku dpt samsung slll sehari selepas nokia aku jd nokia bubur lambuk! Haha... din hadiahkn. Dh nk seminggu dh gn. Hehe.. kebetulan pd 8.8.12 tu, samsung buat sale.jd ada 10% off utk slll..din offer byk kali.tp aku mcm malu2 nk terima.tp akhirnya terima jua....! Hehe.. k wn2 igt hadiah hr lahir. X lah... din kata hadiah sempena mengandungkn angah! He thanx syg... i love u very much! Mhuaah...
Wednesday, August 8, 2012
sIII?
semalam din bertugas kat kdsi. jadi, aku berbuka puasa sorang kat rumah ditemani si hensem adli yang tengah tidur kat dalam bilik. tengah berbuka, hensem bangun. terus aku suapkan dia makan sekali. makan bubur lambuk yang k milah bagi (dari masjid annur, tldm). tengah2 makan, din telefon. saja tanya. lepas letak telefon, anak mak yang encem tu ambil nak mintak bukakkan video dia. aku tak nak bukak sebab nak bagi dia makan kenyang2 dulu. tup tup, dia lempar telefon aku dalam bubur lambuk tu! hoho... terus aku amik bilas. kesian pulak nak marah kan dia...
mula-mula telefon tu ok. lepas din sms malam tadi, terus aku tak boleh reply sms dia. tak dapat line. huhu... din balik waktu sahur, dia terus tawarkan aku telefon baru! hohoho... best jugak ni! tapi aku rasa sama-sama takde budget ni.. hehe.... telefon dah ok sebenarnya. pagi tadi ok. jadi, rasa macam tak perlu kan? betul tak?
Wednesday, August 1, 2012
puasa ramadhan 2012..
dah 12 hari aku perpuasa hari ni. insyaAllah, dengan izin Allah, aku berazam dapat puasa penuh 30 hari. jadi tak payah dah ganti puasa. puasa di Pangkor memenatkan. perjalanan kaki ke feri dan dari jeti ke van memenatkan. tambah pulak tahun ni aku berpuasa dan mengandung (nak masuk 7 bulan dah.. =)). memang penat sangat2. semalam PPD datang sekolah serang beramai-ramai. habis mesyuarat dalam pukul 3 petang lebih. naik feri 3.45 ptg. din datang amik bersama adli. he... sejuk perasaan ni bila tgk adli senyum2 sengih2 seronok. i love u son...! sampai rumah, solat zuhur. lepas tu terus tidur dengan jayanya. sbb? sbb dah janji dengan din, semalam dia masak untuk berbuka. alhamdulillah, dijodohkan dengan suami seperti din. semalam dia masak dan sediakan juadah berbuka 100%! aku tak tolong apa2 pun. setakat teman dia kat dapur je.. hari ni mesyuarat lagi.. tak tahu la feri pukul berapa pulak ni....
Subscribe to:
Comments (Atom)