Monday, March 26, 2012

cuti separuh gaji...=)

hari ni dah masuk minggu kedua aku bercuti separuh gaji. sekarang ada kat sungai relong, kamunting. duduk sini selama cuti ni untuk jaga mak. gilir2 dengan adik mar sbb dia dah mula mengajar selepas cuti pertengahan penggal 1 haritu. aku pulak sekarang ni bercuti sehingga lah sehari sebelum cuti pertengahan penggal bulan mei nanti. mesti hadir ke sekolah (kira macam lapor diri) sebelum cuti atau sebelum cuti sebab nak layakkan kiraan gaji penuh semasa cuti. macam2.... cikgu ni cutinya kan lain macam sikit. jadi, nak kira separuh gaji pun lain macam jugak lah. hehe....

duduk kat sini, adli jadi rebutan jugaklah kiranya. petang2 selalunya tok jon mai ambik balik rumah dia. lepas maghrib karang, dia mai hantar. dia bawak adli ronda2 dulu, pehtu baru berhenti kat rumah dia. mintak2lah anak2 dia tak main kasar2 sangat. aku bukan apa, takut dia terjatuh. aku tak suka tengok budak2 terjatuh lebih-lebih lagi di usia muda2 ni.. minta selisih... amin....

ramai la datang ziarah mak kat sini. kawan2 kampung mai jugak. tapi mak tak ingat sangat dah.. semalam pak ji datang. last weekend, kakcik + yong pun balik. nyah dah mmg lepak sini sejak seminggu lepas. oh, lupa pulak nak bagitau. nyah now is mama! mom of imran hakimi bin zainal. seperasan aku, nama hakimi ni macam nama anak sedara abang zenal je... ye ke...? ntah...