Saturday, September 22, 2018

Tawau, Sabah.

hai semua....lamanya tak menulis. banyak sangat benda nak share kat sini tapi tak ter share-share. we all semua kat Tawau, Sabah..! menetap di sini sekarang. gara-gara isi borang egtukar mengikut suami. i like! habis ku angkut sekalian tentera ke sini. duduk di Taman Sejati di Jalan Kuhara. aku dapat mengajar di SMK St. Ursula. Convent. the students all girls. but not the teachers. haha.... riuh nya tu boleh lawan murid aku kat SMK Pangkor. kahkahkah..
aku ajar sesi petang. sains tingkatan 1 dan 2. heaven! takde dah beban spm dan pt3 kat kepala ni. seronok mengajar walaupun silibus baru ni mencabar. banyak masa nak download video for students. ngajar boleh slow sikit. aku ada masa nak semak buku budak2 ni. tapi 1 tak best kat sini. semua english. padahal level english tu tak hebat mana pun. DLP. tapi semua kelas balas dlp. konsep lemah. aku pulak yang kena terangkan semula konsep2 bab awal. soalan all in english. markah? lagi teruk dari budak aku sebelum ni. kami kat Pangkor ambil BM. senang. yang penting, bagi faham. bukan semua nak masuk universiti. at least, dia boleh guna ilmu dari sains tu untuk keluarga dia nanti. kan?