salam subuh dari Jakarta semua....
hari ni din dah ada di Jakarta semula. semalam sampai. dah lepas azan asar baru sampai. tu pun lps sampai rumah, dia g hantar aaron balik ke gandaria sekejap. pak hilal ada kecemasan. jadi tak boleh nak ambil dia dari seskoal dan hantar pulang ke gandaria. gandaria tu shopping complex tau. kat sini belambak2 shopping complex ada apartment/studio suite untuk orang sewa.
dah hampir 9 tahun kawin ni, selalu dah kena tinggal dek suami sebab tugasnya demi negara. cheewah.... ate, semua kerja kat Malaysia ni pun mmg demi negara lah kan (special for government servants only, ok). saban waktu. daripada masa takde anak, sampai lah anak dah 3 ni. masa jadi CO KD Kinabalu dulu, lagi sokmo rasanya. eh... lebih kurang je kut sama macam masa kat KD Lekiu. cumanya pos yang berbeza. jadi, jenis urat muka yang tegang tu pun tak sama lah.. haha.....
malam tadi, konon2 bajet boleh tidur awal. sekali suamiku itu tarik dengkur lagi awal dari aku. tak mandi. x salin seluar. x solat isyak lagi (masa tu lah). udah di kabor, pergi solat dulu. lepas tu baru tidur. ngantuk sangat. tidur dulu. ikut la hai...nanti bangun sendiri. aku gi mandi. anak2 mandi. uda tidur dan menangis. macam2. angah nak anik. along pun nak nasi. aku pun kebulur jugak. satgi nk nenen uda tengah2 malam. jom, kita turun makan...! lepas makan, kita tidur. setel. tiba2 angah cakap 'mak, nk botol owen'. ha...? pi kejut apak. haha....suami ku bangun dan terus solat isyak.. selamat dunia akhirat untuk malam ni.
mimpi malam tadi. pasal outstation lagi. haha....ini mmg tak pernah berlaku (seingat aku). baru balik ptg, malam ni dah mimpi din kena p outstation lagi. haha..... kali ni tak lama sgt. dalam 4 hari je kut. aku dah memikir nak buat aktiviti apa dgn anak2. takkan nk g shopping dengan anak3 kut. haha....dalam mimpi pun aku sempat pikir nak buat apa. naya sungguh. terus terjaga. dan sampai sekarang, masih berjaga. hebat sungguh penangan mimpi kali ni.
nak buat camna.....suamiku milik negara..... redha.... i love u sayang...!!