Sunday, May 15, 2016

Mei di Jakarta

salam semua yang membaca. lamaaaaaaaaaaaaaaaa sangat2 nak menulis tapi sungguh2 tak berkesempatan. anak2 dah tidur ni kat atas, tinggallah aku yang masih menahan mata untuk menulis. haha... tak lah, sebenarnya nak telefon cimb. tapi tak berjawab sampai habis pulsa@kredit aku. hampeh betullah..
di manakah lakiku? hehe... din ada kerja lapangan kat Bali. 10 hari. bapok lama! isnin lepas dia pergi dan akan pulang semula khamis ni. kitaorang pun baru je balik dari Bali dan Lombok tu sebenarnya minggu lepas. din belanja jalan2, ambil angin di negara orang sementara masih merasa gaji penuh ni. well, potongan rumah dah bermula dan aku pun mulai Jun ni dah kena potong gaji. dan nampak gayanya ada juga orang kena bayar semula ke kerajaan dalam rm15k sbb kerajaan dah terbayarkan gaji aku walaupun hakikatnya aku dah mulakan cuti tanpa gaji ni sejak bulan Mac. kukikuki... menangislah kau Sam lepas ni.... uwa....
jalan2 di Bali tak lah seseronok yang di gambarkan. terlalu banyak (diulangi, terlalu banyak) candi atau pura (tokong kecil - special for hindu) di sepanjang jalan dan keadaan. di mana2 mesti ada pura. naik pening tgk. dan masyarakat hindu kat Bali ni boleh diandaikan golongan yang taat pada fahamannya. sampaikan satu bos di kedai (aku beli beg2 kat kedai dia) kata, dia sendiri upah kawan2 di pulau lain untuk siapkan beg2 tu sbb katanya kalau upah di Bali juga mesti lambat siap sbb terlalu banyak acara keagamaan. tapi mmg betul pun...ada satu hari tu, tgh berlangsung acara apa entah. aku dgn pantas suruh din baca ayat quran sbb anak3 semua tidur dalam kereta. risau jgk. siap usung2 keranda dan keliling tempat. and the thing is, they look like Malays. pakaiannya, mukanya dan segala2nya. and kesimpulannya ialah i would not recommend for those who has small kids to Bali. a very unfriendly places for kids but a very interesting shopping center for mothers! ahaks...!
lepas 4 hari 3 malam kat Bali, kita ke Lombok. flight delayed pulak dah! lakiku sudah hampir merah masa staff lion air tanya "puan dah isi borang pelepasan bawa bayi belum?" haha...mmg betul pun kata laki aku. masa kita duk senang2 tunggu flight tu, hang mai la tanya. buat pengumuman. kan senang macam tu. aku dengan sabar pun turunkan lah tandatangan dan secepat kilat letak no seat flight. tapi kat Lombok Airport best. siap2 isi masa kita nak check in. senang. efisien. kat Lombok, more of all mmg pantai nya lah yang mengagumkan. tapi kos semua lebih mahal berbanding dengan Bali. sewa kereta mahal. hotel juga mahal. yang bestnya ialah hampir kesemuanya Islam. mudah. tapi masjid tak secantik masjid2 di Jakarta. masjid2 sini tiada tandingan.
after 5 nights and 6 days, we went back for Jakarta. dan bermulalah episod super mom semula..! yeeha....!!!