Salam petang di angin lalu, langsung dari Hotel Symphony Suite kat Ipoh. lama jugak rasanya tak pergi kursus bermalam macam ni. sebab memang tak boleh pergi pun! haha.. alasan paling kerap (dan memang itu pun alasannnya, serius) tiada siapa nak tengok2an anak3 waktu malam. perkhidmatan taska setakat jam 6 petang. semua kursus bermalam akan ditolak mentah-mentah dan semua orang maklum keadaan itu. tiada siapa komplen. eh, ada yang komplen ke?
Din sekarang di Lahad Datu. Esscom. bermula 19 Februari 2018 hari tu. kami tak hantar dia kat lapangan terbang pun. nanti ada drama sinetron air mata anak3 kat situ. masa 2 tahun lepas hantar din kat KLIA nak ke Jakarta, meraung-raung Angah menangis. lepas tu kena drive lagi balik ke Lumut. tak kuasa dah nak ulang semula kepenatan tu. mujur juga masa tu Shahirah anak Pakji teman. Uda pun dalam rahim lagi. kalau kali ni kami hantar, aku tak tahu lah apa nak jadi sepanjang jalan dari KL ke Lumut tu. haha.... sila lah berkeputusan bijak.
aku kat Ipoh. ada kursus Teknologi Hijau untuk semua Jurulatih Utama. aku wakil Biologi Daerah Manjung. silibus baru untuk 2020. 3h2m. rindunya kat awang3 kenit kat rumah tu. kali ni kena datang, sebab alasan tadi tu tak relevan! haha... daku terkena! din balik kursus 2 minggu kat Lumut. ko rasa? rasa nak hangin kan... aku kena kursus di saat suamiku pulang ke sisi. sendu weh! pasrah je la... mujur kursus ni dekat dengan jiwa biologi aku ni. semua best sebab boleh buat sendiri di rumah. lepas ni boleh aplikasi dulu dengan keluarga. kemudian kena war war kan ke masyarakat. tak tahu la tahap kena dokumentasi tu macam mana lepas ni.
sisi lain seorang guru? kerani. doktor. jururawat. pemandu. sekarang..., saintis. i like! boleh kaitkan pemikiran anak2 sekarang yang makin matang sebelum usia. kena rajin explore their interests. best. enjoy. kalau bukan kerana cikgu, tak mungkin juga nak belajar buat semua TH ni. rezeki menjadi guru di zaman canggih begini. semua kena pantas. cekap dan inovasi. tapi, serius la cakap. jangan suruh aku hafal segala tonggak, prinsip dan mak nenek falsafah dalam pendidikan (terutamanya hal PAK21). haram tak ingat! haha....
bai....