kalau tak dek kerana banjir teruk di kelantan, terengganu dan perak, mungkin sekarang ni aku masih di sekolah dan adli dah pun pulang dari tadika dan sedang berehat di rumah k ayu. adli dah ke sekolah! yeay...! tadika kemas pangkalan tldm. satu institusi pembelajaran yang aku setuju sejak dari dulu. tadika KEMAS. aku pun berasal dari situ. cikgu yang penyayang, sabar dan semestinya kreatif. guru yang paling banyak pahala (aku rasa) sbb dari mereka ni, aku dan orang2 lain dapat mengeja, mengenal huruf dan belajar berkawan.
aku doakan cikgu adli dapat terima adli seadanya dan berusaha bersungguh2 untuk masa depan anak2 muridnya.. amin...
debaran menunggu hari persekolahan dia macam mana ya nak cerita.... aku risau tapi tak tonjolkan. buat masa sekarang aku masih belum tegas dalam rancangan tv di rumah. masih belum tegas dalam ulangkaji. masih belum tegas dalam waktu tidur. dan aku akan mula bertegas sebaik sahaja dia mulakan langkah menuju ke tadika minggu depan.
ya Allah, permudahkanlah urusan aku, suami, angah, guru2 adli dan keluarga k ayu untuk menguruskan adli... amin...
Tuesday, January 6, 2015
leftenan komander khairuddin bin mohamad paudzi
semalam, 5 januari 2015 - genap lebih 2 tahun din jadi pegawai memerintah di kd kinabalu. after all tears, pains, sacrifices and happiness finally he made it to the end. alhamdulillah.. xde ucapan yang lebih berharga daripada kalimah tu. lega, bebas dan semuanya bermain dalam satu perasaan yang aku sendiri rasa kesedihannya. pilu, rindu dan semestinya bangga berpadu pada dia. i know it! ada sikit riak sedih dan seolah berat nak melepaskan kapalnya kepada pemerintahan yang baru. mungkin sebab terlalu lama di situ. jiwa dah sebati. marah, bengang, letih dan rindu pada kami sekeluarga sewaktu belayar tak mungkin akan dia lupakan dengan mudah. air matanya di situ. debarnya di situ. keletihannya di situ. rindunya juga di situ.
sepanjang 2 tahun lebih din berkhidmat di kd kinabalu, terlalu banyak peristiwa yang tak mungkin akan dilupakan. kesukaran belajar pjj sambil mengemudi kapal. keletihan menguruskan perubatan arwah emaknya sehingga meninggal dunia di sini. kerinduan yang ditanggung semasa belayar. dan semuanya adalah memori terhebat yang Allah dah kurniakan pada dia. aku kira, menjadi pegawai memerintah di kd kinabalu jg ada menyumbang kepada keimanannya pada Allah. bangun tengah malam utk solat hajat. memulakan solat jemaah di kapal. tapi masih ada yang belum habis sepenuhnya - baran dan marah! haha..... tak mungkin hilang kut....
kini dia bertugas kembali seperti pegawai yang lain. menimba ilmu di tempat baru - pustakmar. satu tempat yang bagi aku sgt susah nk berhubung sbb xde line telefon. aku doakan dia akan mahir dan dapat menyesuaikan diri dengan cepat di situ, sambil menimba ilmu2 yang belum dia kuasai. dan semestinya, semoga kehadiran dia situ menyenangkan semua dan dapat merapatkan diri dia dengan Allah. kami di rumah setia menanti dia dan mendengar keluhannya which is i like to hear. anytime. any place.
to encem ayang, all the best! i will always be here for you; anytime, all the time. semoga dengan kasih sayang dan cinta kita, kita akan sentiasa diredhai Allah dan sentiasa mendapat rahmat dariNya. i love u and always love u.... mhuah....

Subscribe to:
Comments (Atom)