Saturday, October 6, 2012
saiful aqli bin khairuddin
Salam....alhamdulillah... dh selamat melahirkan Saiful Aqli bin Khairuddin pada 28.9.2012 yg lalu. Ceser lagi... he... habis lah impian nak anak ramai terkubur.. dalam takut2 nk bersalin normal tu, aku masih nk merasa bersalin normal. Aku nak anak ramai kalau diizinkan Allah. Tapi nampaknya tak diizinkanNya kut buat masa sekarang ni.... apa2 pun, ahlan wasahlan anakku.... semoga dirimu menjadi anak yang soleh dan sentiasa di dalam keredhaan Allah. Amin....jadi tahfiz ye sayang..... amin......
Thursday, September 20, 2012
budak sekolah aku.... (buat masa sekarang)..
tadi dapat slip ganti untuk kelas 4k1. hm... dari jauh budak2 ni dah bersahut2an menyambut kehadiran aku... mula2 rasa keliru. ni masuk kelas ke masuk zoo? budak2 ni buat bunyi macam dalam 'game angry bird' tu. aku dah duduk kat kerusi guru pun, masih tak senyap. macam2! aku duduk dan pada masa yang sama, tengok corak hiasan dinding kelas. macam-macam ada. tup2 nampak perkataan carlsberg. 'no carlsberg'. 'no smoking', dan pelbagai lagi lukisan yang tak nampak pun di mana kecantikannya untuk sebuah kelas.....
pelajar lelaki keluar beramai-ramai untuk ponteng. ada seorang pelajar perempuan pula, curi ambil kad daun terup untuk dimain bersama kawan-kawan. dah diugut oleh aku pun, masih curi2 nak main. akhirnya bila diugut akan ditangkap gambar dengan telefon bimbit, baru la nak berhenti. lepas itu, semua pelajar lelaki tadi masuk balik ke kelas dengan roti di tangan. dari mana budak2 ni ambil ye... dengar kawan2 cakap, 'itu daging **** la..' hm... ni mesti ambik dari beg budak cina ni... tapi makan jugak beramai2! apa la nak jadi budak2 kat sini.... pening! sakit kepala! lelaki dan perempuan sama saja. bila ditegur, menjawab menyebabkan kita ni jadi lagi sakit hati dan mula nak keluarkan perkataan tak baik. bila dah jadi macam tu, mesti jadi perang mulut antara cikgu dan budak2 ni. sudahnya, cikgu akan disalahkan. huh.... susah jadi cikgu sekarang ni.. =) susah bertambah susah bila dapat pelajar macam ni. cabaran tu cikgu! he... nasib baik la cita-cita aku dari sekolah rendah lagi memang nak jadi cikgu pun. cuma tak sangka tiba-tiba ada impian untuk berhenti kerja sekiranya masa dan rezeki suami mengizinkan... amin... =)
Monday, August 20, 2012
selamat hari raya 2012
hr ni dh hari raya ke2. smlm sampai dr jeli, kelantan. khamis lepas aku n family dh bertolak ke jeli utk sambung puasa n sambut hari raya pertama dgn keluarga din. aku tak berkeras pun dgn din nk beraya kt taiping sbb aku dh jd yatim piatu dah mula thn ni. lg pun, mak mertua aku mmg suka klu anak2 dia ada waktu pagi raya. lps tu klu nk g beraya ke mn2 pn dh x kisah. jd aku bgtau din biarlah aku mengalah pun xpe kut. janji ptg raya pertama mesti dh bertolak balik ke taiping. din setuju, jd kira ok la...
rupa2nya sayu raya sebagai anak yatim piatu ni. bila malam raya je dah mula rasa syahdu. mak selalu ckp, mlm raya org yg meninggal akan balik rumah. mungkin aku masih pegang kata2 tu kut, jd aku jd sayu sgt2. bapak x pnh tgk adli. mak ada jgk bela adli setshun setengah. mesti mak rindu kt adli kn.... aku berdoa mlm tu supaya mak n apak dtg jeli tgk aku, din dan adli....
Thursday, August 16, 2012
thanx syg...!
Mmg betul2 aku dpt samsung slll sehari selepas nokia aku jd nokia bubur lambuk! Haha... din hadiahkn. Dh nk seminggu dh gn. Hehe.. kebetulan pd 8.8.12 tu, samsung buat sale.jd ada 10% off utk slll..din offer byk kali.tp aku mcm malu2 nk terima.tp akhirnya terima jua....! Hehe.. k wn2 igt hadiah hr lahir. X lah... din kata hadiah sempena mengandungkn angah! He thanx syg... i love u very much! Mhuaah...
Wednesday, August 8, 2012
sIII?
semalam din bertugas kat kdsi. jadi, aku berbuka puasa sorang kat rumah ditemani si hensem adli yang tengah tidur kat dalam bilik. tengah berbuka, hensem bangun. terus aku suapkan dia makan sekali. makan bubur lambuk yang k milah bagi (dari masjid annur, tldm). tengah2 makan, din telefon. saja tanya. lepas letak telefon, anak mak yang encem tu ambil nak mintak bukakkan video dia. aku tak nak bukak sebab nak bagi dia makan kenyang2 dulu. tup tup, dia lempar telefon aku dalam bubur lambuk tu! hoho... terus aku amik bilas. kesian pulak nak marah kan dia...
mula-mula telefon tu ok. lepas din sms malam tadi, terus aku tak boleh reply sms dia. tak dapat line. huhu... din balik waktu sahur, dia terus tawarkan aku telefon baru! hohoho... best jugak ni! tapi aku rasa sama-sama takde budget ni.. hehe.... telefon dah ok sebenarnya. pagi tadi ok. jadi, rasa macam tak perlu kan? betul tak?
Wednesday, August 1, 2012
puasa ramadhan 2012..
dah 12 hari aku perpuasa hari ni. insyaAllah, dengan izin Allah, aku berazam dapat puasa penuh 30 hari. jadi tak payah dah ganti puasa. puasa di Pangkor memenatkan. perjalanan kaki ke feri dan dari jeti ke van memenatkan. tambah pulak tahun ni aku berpuasa dan mengandung (nak masuk 7 bulan dah.. =)). memang penat sangat2. semalam PPD datang sekolah serang beramai-ramai. habis mesyuarat dalam pukul 3 petang lebih. naik feri 3.45 ptg. din datang amik bersama adli. he... sejuk perasaan ni bila tgk adli senyum2 sengih2 seronok. i love u son...! sampai rumah, solat zuhur. lepas tu terus tidur dengan jayanya. sbb? sbb dah janji dengan din, semalam dia masak untuk berbuka. alhamdulillah, dijodohkan dengan suami seperti din. semalam dia masak dan sediakan juadah berbuka 100%! aku tak tolong apa2 pun. setakat teman dia kat dapur je.. hari ni mesyuarat lagi.. tak tahu la feri pukul berapa pulak ni....
Wednesday, July 11, 2012
........ kenapa mesti aku kat sini? huhu....
makin lama duduk sini, makin rasa bersalah pada diri sendiri (bab-bab gaji la ni). mengajar kat sini macam tak mengajar. pelajar tiada dalam kelas. yang ada pun kadang-kadang tu, seorang dua je yang belajar. itu pun, kadang-kadang berpujuk. jenuh berpujuk? tidak! sebab aku pun dah terbiasa kat sini. kalau taknak belajar, jangan mengajar. memang pun aku tak mengajar sangat. gaji buta! hoho... tak bestnya kat sini macam ni... pelajar tak boleh dimarah. nanti dikatanya kita ni mencantas dia. mencantas? dia tahu tak yang kalau kita ni marah dia, bermakna kita ni ambil berat tentang masa depan dia. mungkin dia tahu atau saja2 buat tak tahu sebab tak suka kena marah. memang lumrah dalam dunia, siapa yang suka kena marah? hehe... tapi dah kalau selalu buat masalah, sampai bila tak boleh kena marah. cakap elok2 pun, tak ada kesan juga... huhu....
sekarang ni tumpuan aku lebih kepada kerja2 pentadbiran atau kerja2 aktiviti sekolah je. tak bestnya! sepatutnya mengajar adalah tumpuan utama. tapi dah terbalik. aku fotostat nota (nasib baik sekolah ni boleh fotostat bahan di pejabat) bukan banyak pun. 35 helai saja. tak laku! pelajar tak nak ambil. yang ambil yang nak belajar je. jadi, kelas 3a3 dan 3a4 tu, nota tu laku dalam 5 helai je. bila kita tanya kenapa tak ambil nota, jawapan yang sangat ringkas diberikan mereka. cikgu, nanti kami buang je nota tu. cikgu ambil la nota tu. tak payah bagi la... aduh..! kalau pelajar cina dan india lagi senang. nak nota tak? tak nak cikgu. nak belajar tak? tak nak cikgu. habis, awak semua nak buat apa? tidur, cikgu. haha.....
rasa bersalahnya aku....!
Thursday, July 5, 2012
nisfu syaaban.....
hari ini hari nisfu syaaban. untuk orang islam termasuklah aku, digalakkan untuk berpuasa sunat. untuk kes aku, kena puasa ganti dulu! he... tapi mungkin tak ada rezeki dari Allah, Tuhan sekalian alam untuk aku hari ni. pagi tadi bangun sahur bersama suami. makan nasi, telur goreng, kicap dan sayur petola (yang aku bersungguh-sungguh masak malam tadi). berselera aku makan. disertakan dengan air susu hi goat. tapi masa berus gigi mandi subuh tadi, habis segala-galanya dimuntahkan semula. jadi azam aku hari ini, nak memasak untuk berbuka suami aku. mintak2 lah diizinkan Allah.
kandungan aku dah nak masuk 6 bulan. setakat yang sekarang ni, memang penat bersekolah dan mengajar kat sini semasa mengandung. macam biasa, hal berjalan kaki lah yang aku bebelkan....
Sunday, May 6, 2012
hm... sunyi dan sepi.....
25hb april 2012, mak meninggalkan dunia ni. mungkin telah berjumpa bapak di syurga sekarang.. tinggal lah aku & adik beradik yang lain. 4 orang dah berkahwin, ada lagi bongsu yang belum ketemu jodoh. semoga dipermudahkan urusan jodoh dia.. amin...
dengan automatiknya, cuti separuh gaji aku terbatal dengan sendiri. minggu lepas dah bermula balik kerjaya aku sebagai cikgu kat smk pangkor. huh... rasa tak nak bangun pagi khamis tu. malasnya.... nak dijadikan cerita, feri pun pagi tu tersangkut2 sbb air surut. jenuh jugak rasanya pemandu feri tu menggunakan semua kemahiran dan pengalaman dia. bila dah sampai kat jeti pangkor, terlanggar jeti pulak. rasa macam dalam kemalangan jalan raya. bezanya ni kemalangan laut. senget2 feri. cikgu2 perempuan rata2nya menjerit. kedengaran suara melawak rakan2, ni sbb nak sambut sam datang sekolah ni. haha.... nampak sangat aku tak sesuai kat pangkor tu!
pagi tadi hantar din pergi kdsi, naik bas ke kuantan untuk belayar. huh.... mengeluh lagi! rindunya kat dia.... di saat2 kesedihan melanda seluruh jiwa aku ni, din pulak takde depan mata.... semoga dia selamat pergi, selamat di sana dan selamat pulang ke pangkuan aku dan anak2... amin....
Monday, March 26, 2012
cuti separuh gaji...=)
hari ni dah masuk minggu kedua aku bercuti separuh gaji. sekarang ada kat sungai relong, kamunting. duduk sini selama cuti ni untuk jaga mak. gilir2 dengan adik mar sbb dia dah mula mengajar selepas cuti pertengahan penggal 1 haritu. aku pulak sekarang ni bercuti sehingga lah sehari sebelum cuti pertengahan penggal bulan mei nanti. mesti hadir ke sekolah (kira macam lapor diri) sebelum cuti atau sebelum cuti sebab nak layakkan kiraan gaji penuh semasa cuti. macam2.... cikgu ni cutinya kan lain macam sikit. jadi, nak kira separuh gaji pun lain macam jugak lah. hehe....
duduk kat sini, adli jadi rebutan jugaklah kiranya. petang2 selalunya tok jon mai ambik balik rumah dia. lepas maghrib karang, dia mai hantar. dia bawak adli ronda2 dulu, pehtu baru berhenti kat rumah dia. mintak2lah anak2 dia tak main kasar2 sangat. aku bukan apa, takut dia terjatuh. aku tak suka tengok budak2 terjatuh lebih-lebih lagi di usia muda2 ni.. minta selisih... amin....
ramai la datang ziarah mak kat sini. kawan2 kampung mai jugak. tapi mak tak ingat sangat dah.. semalam pak ji datang. last weekend, kakcik + yong pun balik. nyah dah mmg lepak sini sejak seminggu lepas. oh, lupa pulak nak bagitau. nyah now is mama! mom of imran hakimi bin zainal. seperasan aku, nama hakimi ni macam nama anak sedara abang zenal je... ye ke...? ntah...

Tuesday, February 28, 2012
penatnya....! tapi masih gembira.... =)
penatnya mengajar kat sini! perjalanan yang memenatkan. setiap hari berjalan kaki banyak. terlalu banyak sampaikan masa duduk pun rasa tak hilang penat tu. bila la semua ni nak berakhir ye... i really miss the old times at kamunting... hu.....
adli minggu ni (jumaat) genap 2 tahun (kalendar sekarang). tapi kalau ikut kiraan kalendar Islam, dah lama dah 2 tahun. 16 Rabiul Awal. hehe.. dah boleh berjalan! suka sangat! asyik berjalan je.. tak letih ke sayang..? mana nak letihnya, baru dapat jalan. jadi kena cepat2 praktis supaya stabil dan boleh berlari.. rindu betul kat anak mak sorang ni... mulut pun dah makin banyak bicaranya. Allahu Akbar, tak nak, tak boleh, nak, macam2 lagilah mulut tu bercakap. geram betul! cium rapat2 kat pipi dia, mesti dia suka.. he...
insyaAllah tahun ni Adli dapat adik.. =)

Thursday, January 26, 2012
2012...=)
dah masuk minggu ke3 dah bulan Januari ni. birthday suami pun dah berlalu pada 18 januari lepas. maknanya dah 3 minggu jugaklah kita semua dah melangkah ke tahun 2012. macam-macam rancangan tahun ni.... he...
tahun ni tahun naga untuk orang cina. elok beranak dalam tahun ni. macam-macam kepercayaan orang cina ni. he.. aku pun plan nak tambah anak jugak tahun ni. tengok lah dulu macam mana. sebelum ni ada jugak berbincang dengan suami. mungkin nak tunggu adli jalan dulu kut atau tunggu dia 2 tahun. insyaAllah 2 mac 2012 ni cukup la umur dia 2 tahun. tapi kalau ikut kalendah agama Islam, 16 rabiulawal dah cukup 2 tahun dah. jadi, insyaAllah jika Allah memberi rezeki kepada aku dan suami, tahun ni (hujung tahun) dapat lagi seorang anak.. insyaAllah..! amin....
kerja di sekolah pun bertambah2. macam-macam jawatan dapat. sebab lancang sangat mulut ni berkata-kata kut.. he... pengetua pulak dah bagitau awal2. dalam seminggu mesti sekurang-kurangnya 2 hari balik lewat. boleh ke macam tu? pening la aku dengan pengetua ni.. hu....
insyaAllah jugak, esok aku dapat kereta aku. aku beli second hand je. atos prima. rm17k. senang sikit nak bergerak. din dah banyak kali mengalah dalam bab-bab kenderaan ni. biarlah tahun ni senang sikit pergerakan dia. hehe...

Subscribe to:
Comments (Atom)