Saturday, August 15, 2009

sabtu = sekolah


hari ni hari Sabtu. hari yang sepatutnya aku dan rakan2 seperjuangan berehat2 di rumah bersama keluarga. tapi dah jadi sebaliknya pulak... kena sekolah.... haru..!

hari ni sekolah sbb nanti time cuti Deepavali, kita boleh cuti lebih satu hari dari sekolah-sekolah lain. bagus2...! jadi, tak boleh merungut la ni...

tapi tak ramai pun yang datang. budak2 form 3 lagi la tak ramai. diorang semalam dah last paper percubaan. lebih baik hari ni bergumbira di rumah. tapi untuk kelas depan2 tu, ramai je yang hadir. kelas2 hujung je yang berkeadaan 'normal' seperti biasa. kelas 3p4, sorang pun tak datang rasanya. kalau datang pun, diorang gi bengkel Bahasa Melayu kat Dewan Perpaduan kat depan ni ha... pendek kata hari ni, mmg tenang la... tak ada budak2 lepak kat kantin. maklumlah yang buas2 semua nya 'sakit'. jadi bila sakit, tak yah datang sekolah. yang tinggal hanya lah pelajar tingkatan 4 sbb diorang exam, ujian 2. tapi kelas2 yang takde paper hari ni, studentnya tak datang jugak... haha... bergumbira la semua orang...!

Thursday, August 13, 2009

H1N1...


semalam aku baca berita, kes terbaru H1N1 ialah kes 2 kanak-kanak dan 1 kes ibu hamil. dah melarat dah kes ni.. kat sekolah aku ni, student dah ramai yang pakai mask @ penutup mulut + hidung tu. bagus la kalau ada kesedaran. tapi masalahnya, yang pakai tu student2 yang sihat. bagus jugak untuk perlindungan. yang selsema dan batuk-batuk, tak nak pakai pulak. slumber je batuk dalam kelas. pehtu, biar batuk dan selsema tu bagi satu kelas dengar. diorang ni takde kesedaran sivik betul la...

tadi aku jaga kertas Matematik II, percubaan PMR. aku rasa semua orang boleh bayangkan keadaan kelas sekolah harian macam mana saiznya. tak besar mana pun. kita bukan sekolah swasta yang nak sediakan kelas besar-besar. dalam kelas tu ada 36 orang pelajar. 36 orang hadir dan semua juga boleh bayangkan susunan dalam kelas tu macam mana kan? padat. sempit. rapat2. yang jadi tak syoknya ialah ada seorang dua yang selsema dan tak nak pakai mask. aku naik angin betul la... hari Isnin hari tu, aku dah tegur sorang student kelas yang ni jgk. nasib baik baik hari ni dia pakai mask. tadi aku tegur jugak kawan dia yang tak pakai mask lagi ni. hm... elok aku lintas koridor je, member dia lagi sorang pandang2 senyum2 kat aku. salah aku ke tegur dia? .... ?

minggu depan exam tingkatan 4 pulak. minggu ni pun dah ramai tak hadir. minggu depan tak tahu la macam mana sambutannnya. sekolah aku ni, time tak exam mmg ramai tak datang. tapi minggu exam, penuh pulak kerusi-kerusinya. kadang2 aku ni sampai naik pelik bila masuk relief kelas. eh, tak pernah nampak pun muka awak ni..? member2 dia nanti akan tolong jawab. cikgu, dia ni mmg datang time exam je.. dan disambut oleh gelak ketawa beramai-ramai.. hahahaha...... nasib korang la.... jangan menyesal sudah la satu hari nanti...