Tuesday, August 18, 2015

bila tuan punya tulang rusuk tiada di sisi...

dah nak masuk seminggu dah din pergi jakarta untuk kursus bahasa indonesia dan seterusnya sambung kursus di sana. it's tuesday today. dah 2 hari jg along adli di ppki sk tldm 2. macam2 perasaan timbul masa nk hantar din ke lapangan terbang. dalam hati terselit perasaan bangga dan bersyukur kerana din terpilih ke sana untuk kursus ni. mtat. kursus kelayakan untuk ke pangkat seterusnya. tapi dalam perasaan bangga dan syukur itu, perasaan sedih dan hiba tu lagi maha hebat kesannya... din dah lama sangat tak belayar, dari januari tahun ni. tiba2 kena pergi dalam keadaan begitu terdesak. anak2 pastinya lebih sedih dan lebih struggle untuk hadapi benda ni.
pertengahan puasa ramadhan tahun ni, din dapat tawaran tersebut. bersiap sedia untuk ke sana pada september nanti. medical report disediakan. sangkut kencing manis. kata doktor, dari tahun 2007 sudah ada tanda2 kencing manis. tapi masih tidak memulakan rawatan asbab pulhems nya saban tahun mendapat kelulusan doktor. aku dan din dah seronok sbb tak jadi pergi ke jakarta kerana sangkut masalah kesihatan ni. kami dah merancang untuk kembali bergembira semasa konvo dia nanti november hujung tahun ni. dah kembali berangan2 mahu menangkat gambar studio di samping bayi dalam kandungan yang semestinya semasa itu sudah pun mencecah 9 bulan. bestnya nanti...! tiba2 dapat panggilan ke jakarta. mesti pergi ke jakarta sebab panglima tentera laut sudah tandatangan kelulusan. adui....pening semula kepala. bertambah pening bila tahu kena pergi lebih cepat dari tarikh asal. aku dan anak2 bersedia ke jabatan imegresen. siap passport. esoknya din ke kuala lumpur membawa passport kami semua untuk urusan visa. everything is going too fast. i'm not ready for that. kemas baju din pun hanya bermula sehari sebelum berangkat ke kl. suasana sepi di rumah. senyap. masing2 melayan emosi. din jadi sukar melawan perasaan. mungkin tertekan tgk aku beremosi. sedih dalam hati tak dpt disembunyikan. suasana rumah sepi dan sepi. kerja aku menangis dan menangis dan menangis. sedihnya kali ni sukar untuk digambarkan. mungkin pembawakan budak. aku merengek2 minta dia temankan aku tidur malam2. mcm budak2. lebih dari anak2. tapi din melayan ja permintaan aku.
sampai hari ni, aku tgk angah dapat tempias lebih teruk dari along. demam. asyik tanya apak mana? kalau dgr bunyi enjin kereta atau motor pun, disangka din balik. tapi dia sendiri jgk yang jawab apak kerja... aku jadi sedih...jadi hiba..xtahu nk tahan macam mana air mata dari berderai. angah jadi sgt struggle utk lepaskan rindu dia pada din. aku ingat aku ja yang teruk. rupa2nya angah pun sekapal dengan aku. aku kena kuat! tapi tak larat dah nk kuat2 sangat dalam keadaan mengandung ni. letih aku uruskan rumah, tak tahu lah...tunggu peluang untuk tidur ja... malam tadi, sambil melayan kehendak angah untuk tgk youtube, aku lena di tepi. tiba2 angah kejut, ajak aku tidur atas katil. along pun bagi kerjasama yang sangat baik malam tadi. layan adiknya tgk pada zaman dahulu. tapi, bab nak menggaru badan sebelum tidur tu masih belum boleh tolerate!