Monday, January 28, 2013
cabaran 2013...=)
as salam... hari ini sudah mencecah 28 Januari 2013. sudah 28 hari kita melangkah dalam tahun 2013 ni. macam-macam perkara dah terjadi. Din sudah pun menjangkau umur 30 tahun! he... tapi yang paling kerap sekali terjadi adalah perpisahan sementara antara aku dan anak2 dengan suami. perpisahan kerana suami melaksanakan tanggungjawabnya dan kerana kerjaya aku sebagai guru kini bersambung kembali.
suami aku dah nak masuk 2 bulan menjawat sebagai ketua memerintah KD Kinabalu. satu pencapaian yang membanggakan aku dan sudah pasti pada diri dia sendiri. satu pencapaian yang sepatutnya menjadi batu loncatan kepada kami untuk lebih rapat dengan Allah kerana semua ini adalah dengan izin Allah dan keredhaanNya. seperti kata Halim Cho, 'being a navy is just about time and luck'. kerana rezeki daripada Allah ini lah, seharusnya dapat menambahkan iman aku dan din kepada Allah, pencipta sekalian alam.dan sepanjang tempoh ini, dah beberapa kali aku dan anak-anak ditinggalkan sbb dia kena belayar.. (ye lah, takkan nak bawa keluarga pula setiap kali belayar. =))
dah seminggu Din menjejakkan kaki ke USM untuk menghadiri kelas intensif yang diwajibkan ke atas setiap pelajar PJJ kat USM. kali ini, 3 minggu. tahun lepas 2 minggu je. sepatutnya Din tak balik pun sepanjang tempoh tu. tapi nak dijadikan rezeki aku dan anak-anak, pagi sabtu (lebih kurang pukul 2 pagi), Din sampai di muka pintu. sayangnya aku dan anak-anak dah tidur dengan lenanya dalam bilik. bila aku bangun dalam pukul 3 pagi, aku tengok dia dah tidur atas lantai. suamiku.... suamiku.... sampai begitu sekali tak nak kejut aku bangun tidur. bila ditanya esok paginya, dia jawab 'kesian. tengok lena sangat tidurnya'... hm... terima kasih sayang..
baru sekejap tadi, hantar Din balik depan muka pintu. sedihnya.... sabar cikgu Sam. lagi seminggu 4 hari je lagi. dan dua tahun je lagi macam ni. insyaAllah selepas tu selesai. tapi buat masa ni tak selesai lagi sebab lepas balik je dari USM pada 7hb Februari, panggilan kerja telah pun bersiap sedia. 8hb - 16hb Februari, belayar..! habislah cuti seminggu cikgu Sam kali ni.... uwa....=(
Subscribe to:
Comments (Atom)