Tuesday, August 27, 2024
The worst point as a navy wife
alhamdulillah, dah kembali ke Perak selepas hampir 6 tahun berkelana dan mencari pengalaman di Sabah. Pergi 2018 dengan 5 ahli, pulang dengan 6 orang ahli - Rijal. Bermula di Tawau, berakhir di Kota Kinabalu. Alhamdulillah, Allah bagi mudah, bagi peluang dan bagi pengalaman baru bersama keluarga sendiri tanpa ahli yang lainnya menjalani hidup di bumi orang.
Punca pulang ke Perak adalah sebab suami dapat ikut kursus MPAT di Puspahanas selama setahun. aku n anak4 tinggal di Perak, dan suami di Putrajaya. sekali lagi PJJ. cumanya kali ni, PJJ ni atas tuntutan kursus. Kursus yang 'tough' untuk ATM. ada master yang perlu dikejar, ada kelas dan assignment yang banyak. Sekadarnya perlu untuk naik pangkat nanti ke peringkat lebih tinggi. Komitmen sangat tinggi. Ada slot untuk BAKAT.
Dimulai dengan Kaya Budi untuk BAKAT, dah di'brainwash' bahawa ini akan jadi musim getir untuk suami kerana tingginya komitmen suami masing-masing kepada tuntutan kursus. Reaksi aku? How can, macam mana ianya hanya getir untuk suami, takkan isteri dan anak-anak tidak terjejas? Rebel started here. We were asked to give 100% support to husband. Aku rasa nak marah. Jadi, macam mana pula sokongan suami untuk isteri dan keluarga? See, how complicated I am. The Commandant should say "we will work together to achieve success - in course and family".
The worst point came when they had their first exam. Been told, the exam would be so stressfull, so hard, dammed hard. Husband said he would not come back for 2 weeks. 1 week - study week, another week - exam week. then, plus another week, they had their first visit to UK. Only after that, baru lah akan balik see us here. I nodded my head, as the signal of supporting his plan. The first plan was, aku pun akan ikut sekali the trip. Tapi tengok cost, aku pun tak plan nak ambil cuti seminggu sangat nak ikut ni, me myself surrender. Husband pun tak berapa juga lah nak ajak pun aku rasa sebab cost tinggi. RM13k/pax.
Then the struggle came day by day. Dia pun tak berapa call kami di rumah. Study. Anak4 start asking. Most of the time, us will call him first. finally, i fed up. Rasa useless. Rasa tak diperlukan pun masa tu. Rasa macam, dia semasa itu, lebih perlukan exam dan rakan-rakan di sana. Agaknya dia lupa, doa isteri dan anak4 ni adalah sebahagian daripada kejayaan dia kat sana. Me become heartless. Takde perasaan. Menangis siang dan malam. Allah, masa tu rasa takde perasaan. Jadi kosong. Letih di sekolah, letih hal anak4, hal memasak, hal kerja sekolah, hal kereta (accident - ada orang langgar dari belakang), hal cari duit tukar belanja anak3 sekolah. and, bila malam, xde pun call kata-kata semangat dari dia. Bila tanya, dia kata dia tahu isterinya ini sedang marah. Jadi dia pun dah tahu, isterinya ini takkan cakap dengan dia kalau call, jadi, why should he keep asking and calling? me feel very bad. Rasa nak tinggalkan rumah sekejap, rest my mind, tapi siapa nak jaga anak4 di rumah? Hal kerja macam mana?
Perempuan, bila semangatnya hilang, lain-lain juga turut hilang. Tak lalu makan, muka takde perasaan. But still buat kerja macam biasa. Sekolah, anak4, rumah, masak diurus seperti biasa. Alhamdulillah, satu bab aku sangat-sangat bersyukur ialah pemanduan aku Allah beri panduan dan perlindungan. Allah lindung dan jaga aku dan anak4 sepanjang tempoh aku memandu dalam keadaan fikiran menerawang, sedih, kelam kabut, marah dan tanpa perasaan itu. Sungguh rasa diri tak berguna masa tu.
Me, came to school dengan muka bengkak. Friends asked - why Sam? Me answered as resdung, salah makan, etc. hidung merah-merah, mata sembab. Angah Aqli perasan, my thought think so. Me at worst point. ada juga cuba-cuba macam nak sharing dengan Oyun dan Cham, tapi tak jadi. Sikit-sikit je lah dalam group wasap kami bertiga. tapi Oyun (especially) macam dapat hidu aku macam nak share something dengan dia. But, at the end, i kept my feels alone. Ada juga terpikir nak drive jumpa Oyun, nak peluk dia, nak share my feelings. Takpun, nak drive jumpa Yong, nak cerita semua perasaan aku kat dia. Masa ni , rasa sedihnya bila kenangkan diri ini sebenarnya yatim piatu.
Betul-betul makan diri perasaan yang tak dilepaskan tu sebenarnya. And that time, i really understand what people say about mayat hidup. u are alive, but u dont get the roh. Kosong, tapi Allah itu maha menjaga. Mungkin juga sebab doa suami yang sentiasa doakan isterinya ini agar sentiasa dimudahkan urusan.
Effect of that tragedy, aku tak boleh langsung dengar pasal London, UK. Rasa nak marah, sebenarnya sedih. Sebab itu lah puncanya how i became at my worst point. Masa dia ke sana, it was the third week lah sebenarnya dia tak balik. kereta kena langgar minggu kedua. dia tanya nak dia balik ke? me thought he still had paper exam on Friday, so cakap tak perlu lah balik. nanti takkan nak patah balik ke KL for exam. Suprisingly esoknya, aku dapat tahu diorang takde paper. If he told me that, mesti aku dah suruh dia balik masa tu. Me was drained, totally drained, kena hadap cara-cara nak claim insurans etc, ya Allah, stressnya.... Masa tu, rasa nak lempar handphone macam aku pernah buat dulu kat KK masa dia cakap haah, takde paper sebenarnya. Ya Allah, rasa nak menangis depan anak4 sambil merintih. Kosong sekosong-kosongnya.....
The situation became worst bila geng isteri yang ke sana post gambar diorang dalam flight. aku nampak si dia thumbs up. big smile. aku rasa aku nak menjerit masa tu. bersungguh-sungguh diri aku ni meluah marah, geram, dan tiba-tiba nampak macam tu. aku rasa sedihnya.................... memang aku tak bernilai ke masa tu? memang isi hati aku masa tu tak bernilai? lepas tu, semua gambar yang masuk aku delete. demi emosi aku, aku delete semua. aku jadi baran bila aku nampak gambar diorang. anak4 call dia kat sana, aku sikit pun tak ingin nak tengok. aku lebih rasa nak marah. kenapa rasa nak marah?
1 malam tu, dia kat sana. lama aku menaip. aku tulis semua benda aku nak cakap. esoknya dia reply. dia beritahu susahnya dia studny, dia tahu aku marah, tapi tak tahu dah macam mana nak buat. nak melayan exam dan pada masa yang sama nak kena layan emosi aku.
malam luahan rasa, masa tu gathering adik beradik aku kat Kuala Selangor. aku drive sambil tahan macam-macam emosi. terpikir juga, ni kalau accident, mati semua, puas hati kut. memandu malam, hujan, anak4 di belakang, jadi takde perasan nak ke sana. tapi, still nak pergi sebab dah janji nak mandi kolam. they asked bila Din sampai, aku tak berminat pun nak elaborate. Aku cakap, aku tak bagi dia post apa2 pun pasal sana. Nyah cakap, bitter. Yong nampak macam memahami lah aku time tu. Yong tak cakap apa pun. Dia diam je. atau mungkin Yong perasan kut aku macam mana masa tu. sebenarnya, ada juga gambar dia send dari sana. aku delete semua. Me seriously tak berminat langsung nak ambil tahu.
Ada 1 hari tu, kebetulan aku tertinggal laptop di rumah. Jadi aku balik rumah nak ambil semula. Mungkin sebab kita melangkah masuk rumah seorang diri, keinginan nak menangis tersedu-sedu tu datang. aku menangis seteruk-teruknya. merintih, memanggil 'mak' yang dah takde, dan suami nun jauh kat sana yang mungkin masa tu tengah tidur. Pilu nya masa tu.... rasa sunyi, pilu, yang ada hanya lah perasaan nak meluah kepada orang, tapi orang takde. seksanya jiwa masa tu, masyaAllah, Allah sahajalah yang tahu. Me beranikan diri 'voice note'. menangis, memanggil, merintih. Dia reply sambil menangis juga dari sana.
Aku sentiasa warning dia aku tak nak tahu/dengar apa pun pasal visit dia ke sana. Bila Along tanya, aku jadi nak marah kat dia. Punya lah aku tak boleh berdamai dengan perkara ni. Aku tak izinkan hatta 1 pun post dia kat sana di FB melintas. Aku rasa dia dah take lesson dari peristiwa LIMA 2023. (Sampai sekarang aku tak berminat langsung dengan baju LIMA 2023 yang dia dah beli - benci). Dan aku pun tak berminat nak tengok gambar dia kat handphone masa dia kat sana. Aku tak boleh lagi berfikir dengan waras. Aku jadi lebih berdendam dengan dia.
Setelah lamanya kes ni berlalu, ada trip ke Indonesia. Me apply cuti, lulus. Dia bayar semua. Me pay nothing, even expenses kat sana pun dia bayar semua. Ada one day tu, dia cakap 'sama je visit mana-mana pun'. aku jawab 'mana boleh sama, takkan lah sama visit ke negara lain/London dengan visit ke Indonesia'. dia terus diam. Aku memang takkan lupa my worst point moment tu sampai bila-bila.
Entah mana datang keberanian dia, ada dia up story di depan stadium di sana. aku mula rasa nak start marah semula. padahal emosi dah stabil sebab dia dah bawa visit ke Indonesia. then, aku realize, aku sebenarnya belum move on lagi pasal benda ni. pelan-pelan aku sabarkan diri aku. tahu kenapa aku rasa nak meletup? sebab dia up kan gambar dia sambil tersenyum. Meaning apa? dia mungkin susah hati kat sana bila aku mengamuk, tapi sekejap saja. aku rasa aku orang bodoh kat sini yang meratap sedih, layan diri yang letih ni, layan otak yang dah nak jadi tak betul sebab terlalu banyak menangis, layan kaki yang sakit. Aku yakin aku dah bagitau jangan post apa-apa pun pasal sana kat FB. Allah... rasa hinanya aku ni....... Rasa bodohnya aku ni... Bodohlah kau ni Sam!
Dan hari ni, perasaan yang aku cuba sabarkan dengan susah payah ni kembali dicabar. Sebab ada 1 lagi story di FB dia. Begitu lah...... Sam dan dendamnya pada kota L dan ketidaksensitifan suaminya akan permintaan untuk tidak up apa2 pun pasal hal di sana itu di FB dicabar semula.
Subscribe to:
Comments (Atom)