salam... aku masih di sekolah. saja balik lambat. solat dan pam susu siap2. nanti balik rumah terus amik anak2 syurga aku dan din, terus balik rumah. senang. x yah pikir dah nk pam susu. kalau pam susu sebelah dan sebelah lagi nyusu aqli, jawabnya tak dapat banyak lah..hari ni kurang minum air kosong. pehtu minum pulak air ais kat kantin tadi.., memang x meriah lah susu. dah lama jgk aku berjaya disiplinkan diri untuk tidak minum ais, tapi seminggu ni asyik tewas je... uhuk2...
pagi tadi mak n abah pi amik darah. aku serba salah nk g teman ke tidak. tp din cakap takpe. dia setelkan setakat dia mampu sebelum dia g belayar. semenjak insiden isnin lepas, aku jadi makin tawar hati. kenapa? berdosa. aku tahu berdosa, tp aku belum mampu mengatasi tawar hati aku tu. mungkin aku terlalu marahkan abah. dan kurang kesian kan mak. mungkin.... selepas apa yang aku dengar dan alami sendiri, aku tak nafikan sikap abah yang tegas. tegas dgn anak2. tapi aku masih kecewa sbb aku tak terbiasa sebegitu. air mata mmg mengalir tiap kali terfikirkan takut nya aku pada pandangan 2-2 mentua aku ni. macam2 aku pikir. sbb tu Islam tak bagi kita bersangka buruk kan? bila kita mula bersangka buruk, kita sendiri secara automatiknya akan melakukan perkara yg buruk tu. aku jadi takut nak masuk bilik depa, risau nanti tersembang. setakat ni aku masih bertahan, walaupun aku tgk sendiri aku semakin pandai menegakkan pendapat aku depan ke2-2nya.
bila duduk dan mula berfikir, aku rasa berdosa kepada 2-2 orang mentua aku. rasa berdosa sbb menceritakan masalah aku kepada kawan2. rasa berdosa seolah-olah aku sendiri yang membuka pekung di dada. abah dan mak bukannya orang lain pun. syurga suami aku sendiri. masa yang telah lepas saat aku menzahirkan perasaan sedih dan kecewa melayan kerenah kedua-dua mentua aku tu mmg tak kan dapat aku putarkan kembali. untuk aku meminta maaf kepada mereka juga kelihatannya agak mustahil. oleh itu, aku berazam untuk tidak lagi menceritakan apa2 kekecewaan aku pada kedua-duanya pada sesiapa pun kecuali suami aku sendiri. "ampunkan bibah, mak dan abah". semoga kita akan menjadi lebih bahagia selepas ini.
No comments:
Post a Comment