kalau tak dek kerana banjir teruk di kelantan, terengganu dan perak, mungkin sekarang ni aku masih di sekolah dan adli dah pun pulang dari tadika dan sedang berehat di rumah k ayu. adli dah ke sekolah! yeay...! tadika kemas pangkalan tldm. satu institusi pembelajaran yang aku setuju sejak dari dulu. tadika KEMAS. aku pun berasal dari situ. cikgu yang penyayang, sabar dan semestinya kreatif. guru yang paling banyak pahala (aku rasa) sbb dari mereka ni, aku dan orang2 lain dapat mengeja, mengenal huruf dan belajar berkawan.
aku doakan cikgu adli dapat terima adli seadanya dan berusaha bersungguh2 untuk masa depan anak2 muridnya.. amin...
debaran menunggu hari persekolahan dia macam mana ya nak cerita.... aku risau tapi tak tonjolkan. buat masa sekarang aku masih belum tegas dalam rancangan tv di rumah. masih belum tegas dalam ulangkaji. masih belum tegas dalam waktu tidur. dan aku akan mula bertegas sebaik sahaja dia mulakan langkah menuju ke tadika minggu depan.
ya Allah, permudahkanlah urusan aku, suami, angah, guru2 adli dan keluarga k ayu untuk menguruskan adli... amin...
No comments:
Post a Comment