Thursday, April 26, 2018

luahan kita tak mungkin sama. pasti berbeza. pasti.

malam ni kecoh juga dalam group wasap sekolah. non official group for the muslim ladies only. hal menguruskan anak-anak semasa suami belayar atau kursus. perkara rutin kan untuk semua isteri tentera laut. sekolah aku rata-rata guru perempuannya memang dapat mengajar di Pangkor atas tiket mengikut suami ke TLDM, Lumut. it's an ordinary story. especially for some of us yang dah senior dalam menguruskan hal anak2 ni.

but, we will always have a different stories. each of us. bila ada yang nasihatkan 'bersabarlah, kita yang lain pun pernah mengalaminya dulu', it sound like selfish. they (not me, because i'm not telling them my tiredness now until they ask) just want to release the stress. kita dengar dan baca sudah la. that is the best action now (for me). telling the juniors about their success in handling kids while husband is not around make me sick! yang berkata-kata itu masih punya suami yang tidak belayar pun. hanya berjauhan. masih punya line telefon. yang berkata-kata itu punya ibu yang masih sihat (ketika itu) dan tinggal bersamanya. yang berkata-kata itu punya anak-anak yang sihat, tiada seorang pun yang berkeperluan khas. jadi, macam mana puan-puan sekalian boleh memberi nasihat sedemikian kepada kami? oh...... kita tak mungkin akan pakai kasut yang sama. kalau pun sama, materialnya tidak sama.

jadi, hormat. hormat perasaan kami yang berjauhan ini. jangan samakan keadaan tuan puan dengan keadaan kita yang lain. boleh nasihatkan. sekadar perlu. jangan bandingkan dengan kejayaan tuan puan. keadaan kita tidak sama. tidak mungkin sama. aku jadi sakit hati bila membaca kejayaan itu. sungguh. pedih. kerana aku tahu, cabaran kita ini tidak setara langsung!

No comments: