Wednesday, April 26, 2023
Raya 2023
Alhamdulillah.. raya kali ke5 kami di Sabah. Kali ke6 untuk Din sebab dia dah raya Lahad Datu dah 2018. Kami semua menyusul pindah ke Tawau pada hari raya ke5. Jadi, 2023 adalah tahun ke5 kami berhari raya di bumi Borneo.
Asalnya tahun ni nak tema warna merah. sebab aku berkenan betul ke warna merah last year masa pilih baju melayu kat Jakel. dah jadi tips aku n Din, kami shopping baju raya sebelum Ramadan. masa pergi 1B, singgah Parkson jap sebab teringat ustazah Ain cakap baju kat Parkson not bad dan harga tak mahal sangat. Lepas pilih baju Melayu merah, nampak Din berkenan kat 1 baju Melayu warna ala2 cyan. belek punya belek, kami amik yang tu. padahal sebelum tu aku dah beli dah kain 12 meter nak buat baju Melayu anak4. haha... jadi, cancel lah warna merah. kebetulan kat rumah memang ada kain beli dari Jakarta 2016 dulu. 12 meter juga panjangnya. cuma warnanya more to Petronas. so, kami pun tukarlah warna tema raya 2023. actually, mujur juga bukan merah. aku lupa, sebenarnya 2018 pun warna merah juga cuma merahnya tak terang sangat. dan rupa2nya warna hijau pun kami pernah dah la tahun 2019. lain sikit je warnanya dengan yang 2023 ni.. hm.. lantak lah kome!
Rezeki KD KERIS 2022, audit diorang paling tinggi markah. jadi tahun ni, diorang dapat anugerah audit terbaik masa Navy Day 2023. udah ke Lumut pulak Din nya.. raya ke2 dah fly to KLIA. sempat raya hari pertama je lah dengan kitaorang.
kami memang asal2nya pun memang tak balik raya every year. kami akan balik hujung tahun sebab hujung tahun cutinya lama. kecuali tahun ni la. cuti Feb/Mac lagi lama sebab SPM. hujung tahun hanya tinggal 14 hari a.k.a 2 minggu sahaja. KPM dah start anjakkan SPM lebih awal setiap tahun dan potong cuti hujung tahun supaya 2025 (hopefully la), sesi sekolah will start back on January. ha.. back to cuti raya this year. total cuti raya 2023 ialah 12 hari (termasuk cuti break semester 1 + cuti buruh). tup2 KPM umum tambah lagi sehari cuti. total 13 hari. kurang sehari je dari cuti hujung tahun nanti. ada pulak kawan FB post harga tiket murah. terus google eh.. memang murah... 6 orang tak sampai RM3k. murah la tu... goyah pulak perasaan nak balik ke tak. pikir punya pikir, kami tak balik kecuali Din la. sebabnya, Din terus ke Lumut rehearsal. Rijal baru baik demam selepas beberapa hari. aku sakit pinggang tak habis2 lagi. takkan la aku nak kepung 4 hero kat Jeli seorang2. no way man... tak sanggup.. dengan pinggang sakit macam ni, tak mau...
jadi kami berlima raya di PTKK dan Din sambung raya di padang kawad sampai esok. lepas tu dia akan gerak balik ke Jeli dan fly back to Labuan in 29th. kapal nak turun yard dah. then sailing back to PTKK on 13th May. aku cakap, lebih lagi dari belayar time raya haih.. Din kata, kalau belayar time raya pun, raya ke3 ada dah kat jeti. ni ha, raya ke 13 pulak baru jumpa.. hm.. nasib2... sedia berkorban dan sedia terkorban!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment