Sunday, May 28, 2023
Fasa-fasa ditinggalkan demi tugas.
Dah mangli (kalau orang Utara cakap) kalau suami sebut, abang belayar sekian sekian tarikh. Kita standby ja dengar kali ni belayar untuk apa. Operasi? Lawatan? Eksesais atau lain-lainnya. Kalau operasi, kita faham. Kalau eksesais pun kita faham. Komitmen lagi tinggi untuk eksesais sebab selalunya melibatkan lain-lain kapal atau organisasi kebangsaan atau antarabangsa. Untuk 2 tujuan ni, selalunya aku ok je. Takde rasa apa-apa pun. Malah dalam setiap kali pun, doa akan mengiringi setiap aktiviti dan pelayaran pergi dan balik. Tambahan, doa semoga suamiku itu tenang-tenang saja di laut dengan pelbagai karenah anak-anak buah dia.
Tapi, bila belayar dia tu ke satu tempat yang aku tahu memang akan berlaku banyaknya perkara-perkara yang membahagiakan di sana, jadikan aku rasa marah dan dengki betul. Dengki sebab aku kat sini punya la letih kan dengan kerja n anak4. Adui la... tak normal ke perasaan ni? Bila nampak any posting about how great are the situations there, rasa nak menangis. Pelan2 bergenang air mata.... Perasaan jadi sebak. Sampai hati post gambar-gambar best kat sana... sampai hati dia... tak ingat ke aku kat sini susahnya nak atur diri dan anak4. Haih... muhasabah betul la... Kut ye pun seronok kat sana, simpan la diam2 dalam telefon. Pedih betul hati ni. Kalau dulu-dulu kan, rasa nak mencarut pun ada. Tapi bila dah kerap betul ada posting kegembiraan for everytime, hm........ Dulu-dulu kan, aku memang mengarut ja dalam wasap. Sekarang, tua dah. Dah 40 tahun pun. Bagi la satu dua ayat. Cukup la kan.. Marah cara orang tua.. Haha...
Letih kali ni luar biasa. Mungkin sebab cuaca panas sangat2. Balik sekolah lewat, melekit2 badan, ambil Rijal, ambil Uda n Angah dari KAFA. Letihnya..... masak sehari 1 je lauk. kalau nasib anak4 tak baik, makan lah lauk tu untuk 2 atau 3 hari. kalau lagi malang, makan lah telur goreng je. Senang kan aku, emosi aku tak kacau. Bila tengok sinki penuh pinggan mangkuk, stress nya rasa. Belum lagi tengok bersepah ruang tamu dengan plastik biskut/coklat. Along suka makan biskut/coklat tapi pembungkusnya tu dia biar bersepah. Aku cakap 'macam tikus'. Bab kain baju pun boleh trigger emosi. Dulu-dulu, memang aku capai terus pembaris/hanger. Aku libas je sampai sakit. Tapi dah masuk 40 tahun ni, takde dah semangat nak marah2 macam umur sebelum 40 tahun. Aku makin pandai kut jaga emosi sendiri sekarang. Haha.. aku nak santai2 ja dalam rumah. Berdamai dengan sepah. Cukup tempoh, aku sendiri akan bersihkan sinki, setelkan baju, clearkan ruang tamu. Mana bahagian yang anak4 boleh buat, aku paksa diorang buat sendiri.
Letihnya kali ni, sampai aku tak boleh tidur atas katil. I'm easily fall asleep kat mana2 je except katil. Psiko betul rasa.... Aku tertelap sambil sandar kat sofa. Aku lena ya amat kat sofa. Padahal panas la hai masa tu. Sambil mandi, pejam mata. Taip wasap, pejam mata. Basuh kain kat mesin basuh pun, pejam mata. Adui la parok gini.... Cuaca panas memenatkan badan dan jiwa. Jadikan, tup2 kat FB laki aku, ada gambar dia gi dinner, berfoto dengan orang itu, orang ini. Lampu itu, lampu ini. Bikin aku panassssssssss.....!!!
Jadi, dia tak boleh bergembira kat sana? tak boleh post gambar kat sana? Bolehhh............... Simpan lah gambar tu. Ataupun, unfriend aku dulu. Tak pun, private kan lah. Supaya emosi aku yang penat ni tak terganggu. Hah, gitu aku mengarah! haha...
Dah la.. takde mood. Babai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment